PERTAMA :[
“Hey budak!”Jerit
ketua gangster sekolah mutiara.
Sekolah
mutiara terletak di kawasan berdekatan pantai. Ditubuhkan oleh Sir Milke Al Diet.
Beliau merupakan bangsawan kaya di zaman penjajahan dahulu. Sekolah ini
diuruskan oleh pewarisnya sehingga berlaku peperangan teruk kira-kira pada
tahun 1914. Selepas kekacauan dari peperangan tersebut, tampuk pengurusan
sekolah menengah mutiara diserahkan kepada
seorang papa kedana yang jujur. Beliau dikenali sewaktu orang-orang musuh
Sir Milke cuba membunuhnya. Sir Milke telah terhutang nyawa kepada papa kedana
tersebut. Oleh itu, Sir Milke telah mewasiatkan sekolah tersebut kepada papa
kedana selepas kematiannya dan ditambah lagi dengan ketiadaan pewaris kerana
semua mereka telah dibunuh sewaktu operasi Red Indian (huahahahahaha).
“Hey, pekak!”Suara itu kedengaran lagi.
Langkah
kaki Imran terhenti.Perubahan mukanya jelas menunjukkan yang dia sedang menahan
diri daripada mencari apa-apa pergaduhan dengan buaya cacat di depan nya itu.Buaya
cacat?Hahaha,gelaran yang amat sesuai untuk kau Mikail.Hati Imran
mengejek-ngejek .
Mikail
tersengih-sengih seperti kerang busuk. Imran tersenyum sinis. Hati Imran
berkira-kira sama ada nak lari atau hadapi sahaja kenakalan Mikail yang tidak
habis-habis ingin mengganggu hidupnya.
“Kau
nak apa dengan aku Mikail? Mana semua kuli-kuli kau?”Imran bertanya kepada Mikail.
“Pape
je la. Hey tenuk,aku nak pergi sekolah ni.Kau boleh tolong ketepi.Buang masa
aku je.”Selamba toye Imran memangkah Mikail buaya cacat.
“Prittttttttttttttt”Mikail
meniup wisel yang sentiasa tergantung dilehernya.Wisel itu digunakan untuk
memanggil semua balaci-balacinya untuk back
up.Terukkan perangai Mikail ni.Pengecut!
“Ada apa bos?”Jerit segerombolan pelajar yang sedang
berjalan ala-ala tak cukup zat.Terhuyung-hayang tak tentu arah.Keret giler..
“Korang tolong uruskan budak ni.Aku nak pergi sarapan pagi”Arah
Mikail lalu pergi ke kedai makan di seberang jalan.
Imran tersenyum .Dia membuat satu helah.
“Ooo..Ni
lah balaci Mikail yang pengecut tu ea.Patut pun.Datang ramai-ramai nak lawan
aku sorang.Apa korang semua ingat aku takut?Sori sikit.ni Imran lah,pantang
berundur sebelum berlawan.Hahahahaha”Imran ketawa galak.Mukanya yang kacak itu
tidak sedikit pun menunjukkan kegentaran walaupun lebih kurang 10 keatas
orang-orang mikail yang akan ditentangnya.
“Cis budak
ni.Menaikkan darah aku je.Memang nak kena lanyak separuh mati nih.”Udin,salah
seorang orang suruhan Mikail berkata dengan geram.
“Geng!apa
ditunggu lagi?Jom serang!!!!”
Semua
samseng mengeluarkan senjata dari beg sekolah mereka.Ada diantara mereka
membawa pisau Rambo.Tidak terkecuali kayu besbol besar yang di modified menjadi
tajam di hujung.Pasti akan menimbulkan luka yang dalam.
Imran
bersiap siaga.Tiba-tiba mata Imran berubah menjadi hitam sepenuhnya.Kekuatan Imran
betambah berkali-kali ganda berbanding sebelumnya.Bersenjatakan seni bela diri
yang dipelajari dari kecil,Imran menyerang dengan cool giler ^.^ .
“Hiargh!”Musuh
datang dari depan.Imran mengelak dengan mudah .Satu tumbukan padu diberikan
pada sisi kanan badan Adit.Adit mengerang kesakitan.Imran tersenyum kemenangan.
“Kurang
ajar kau Im.Amik ni tumbukan naga dari aku”
Imran
mengelak.Tumbukan Nasir tersasardan mengenai Udin yang sedang leka melihat
pelajar perempuan cantik di seberang kedai.Udin dan Nasir terperosok dibawah
meja rosak berdekatan tong sampah.
“Hadoi,sakitnya
perut aku.Bodoh la kau Nasir.Apsal kau tak guna mata ha?Sekarang kau tengok,apa
dah jadi”Marah Udin.
“Ala,manalah
aku nampak ketua ada dekat situ
tadi.Sori la ketua .Hehehehe”Nasir masih sempat tersengih walaupun sudah dimarahi oleh Udin.
Udin dianggap
ketua apabila ketiadaan Mikail.Sebagai orang kanan Mikail yang dipercayai,Udin
tiada masalah untuk menyuruh samseng-samseng bawahannya untuk melakukan
kerja-kerja untuknya.Mereka semua akan patuh tanpa sebarang pertanyaan.Sekiranya
ada bantahan,tindakan yang keras akan diambil.Bantahan itu diklasifikasikan
sebagai satu pemberontakan secara terang-terangan dan amat dilarang dalam
organisasi samseng seantero sekolah menengah di kawasan Pantai Mutiara.
“Hey
pengecut ,Nak lawan ke tak?Buang masa je.”Kata Imran berpeluk tubuh.Mata
hitamnya sudah bertukar menjadi normal seperti sediakala.
Kata-kata
itu mengundang kemarahan samseng lain.Mereka mara kehadapan beramai-ramai dan
menjerit seperti beruang ganas yang kehilangan kasut.Imran mengangkat kening
sebelah.Dia duduk dan memperkemaskan tali kasut.Imran mendongakkan kepala .Mata
imran berwarna hitam pekat penuh.Sengihan nakal jelas terukir dibibir Imran.Beg
sekolah dibelakang badan dibetulkan kedudukannya.Imran bangun dan berlari
kearah kumpulan samseng yang sedang mara.Mereka semua terkejut dan berhenti
berlari.
Wajah
mereka dipenuhi ketakutan apabila terlihat muka Imran yang berubah dengan
taring kecil di giginya.Mata hitam Imran memukau mereka sehingga tidak boleh
bergerak.Imran berlari melepasi samseng-samseng yang terpukau itu.
“Jumpa lagi
semua!”Jerit Imran sambil ketawa.Dia berlari kearah pintu pagar sekolah dan
menyusup dicelah-celah pelajar yang baru tiba di sekolah.
Larian Imran
terhenti apabila sampai dihadapan pintu tandas pelajar lelaki.Beg sandangnya
diletakkan ditepi sinki.Tangan dibasuh dan dia meraup muka beberapa kali.Selang
beberapa saat,Imran tersengih.
‘Heh,apa
korang semua ingat senang nak kalahkan aku.Mimpi je la.Melainkan....’
Fikiran
Imran menerawang pada peristiwa waktu silam.
‘........................................................................’
Seorang
kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun sedang melangkah
perlahan-lahan dibilik yang suram itu.Di atas katil kelihatan Imran sewaktu
kecil sedang tidur dengan nyenyak.
‘.........................................’
“Abang?”Satu
suara halus menegur kanak-kanak lelaki itu.
Kanak-kanak
itu terkejut dan terjatuhkan sesuatu dari genggamannya.Dia menghampiri katil Imran.
“Adik,adik
tidur ya.Abang ada perkara nak buat.Nanti kalau dah siap,abang temankan adik
tidur.”Pujuk budak lelaki itu.
“Oke.abang
janji tau.”Balas Imran dengan nada mengharap.
“Emm!abang
janji.”Budak lelaki itu mengangguk.
Budak
lelaki itu tunduk dan mencari barang yang terjatuh tadi.Ianya besi berbentuk hati yang berwarna hijau.Besi itu
bercahaya apabila budak lelaki itu meletakkannya didalam kocek.
Budak lelaki itu keluar melalui pintu bilik dan tidak
kembali sejak detik itu.Imran bangun pada keesokkan pagi dan tercari-cari
abangnya.Imran menangis apabila mendapati abangnya turut hilang seperti ibu
bapanya.
Ibu bapa mereka hilang sejak seminggu yang lalu.Mereka
sedang menunggu kehadiran penjaga yang akan menjaga mereka sehingga mereka
cukup umur iaitu pada hari lahir mereka yang ke 18 tahun.
Peristiwa
itu masih menjadi misteri kepada Imran.Kejadian aneh yang berlaku terhadap Imran
turut mengundang rasa pelik dalam diri Imran.Imran boleh berubah menjadi
seakan-akan makhluk Pontianak atau lebih dikenali sebagai vampire di Negara
eropah. Kekuatan Imran turut bertambah seiring dengan perubahan itu.Imran mampu
memukau orang yang berada disekelilingnya dan ingatan mereka akan terpadam
untuk jangka masa tertentu.
**********************************************************************************
“KRINGG!!!!!”Loceng
pertama persekolahan berbunyi sebanyak 3 kali.
Imran
tersedar dari lamunan.Dia menyandang kembali beg sekolah dibahu kiri dan berjalan
dengan santai ke kelas.Pada waktu kebiasaannya,guru kelas akan lewat 5 minit ke
kelas selepas loceng dibunyikan.Justeru itu,para pelajar tidak akan
tergesa-gesa ke kelas sewaktu loceng dibunyikan.
Kelas 4
al farabi riuh-rendah dengan gurau-senda pelajar.Imran mengambil tempat duduk
bersebelahan dengan farhan.
“Hey,wassup
Im?”Farhan menyapa Imran .
“Macam
biasa.It just, i’ve a little bit fun with Mikail and the geng.Hahahaha”Imran
ketawa menampakkan giginya yang putih bersih .
“Aku
dah agak dah.Im,kenape eh si Mikail tu suka cari pasal dengan kau?”
“Entah”Imran
mengangkat bahu tanda tidak tahu.”Emm,mungkin sebab akulah budak paling kacak
dekat sekolah ni?”Kata Imran sambil mengangkat kening sebelah dan ketawa.
“Tap!”Kepala
Imran diketuk farhan dengan menggunakan pensil box.”Ha!Mula la tu.Masuk bakul
angkat sendiri”Farhan mencebik.
“Eley,bukan
selalu kawan. Lagi pun,aku kan memang kacak.Hahaha”Imran melarikan diri
sehingga hampir terlanggar seseorang.Farhan yang baru ingin membuka langkah
terhenti.
“Oppss”Imran
terkejut. “Eh?Siapa pulak ni?Budak baru ke?”Imran berkata dengan nada perlahan.
“Huh?Apa
awak cakap tadi?”Satu suara lunak mencelah.
‘Dup
dap dup dap...’Jantung Imran berdegup dengan kencang.
Semua
mata memandang kearah pelajar baru dan Imran.Farhan tersengih-sengih apabila
melihat Imran yang riuh sebentar tadi sudah kelu seperti garuda melanda otaknya.’Kena
buat sesuatu ni’Satu idea nakal terpancar seperti mentol lampu didalam kartun
network.
“Ehem
ehem.Im,berapa lama lagi kau nak tenung anak dara orang tu?Karang boyfriend dia
datang belasah ko sape yang susah?Aku jugek.”Farhan tersengih-sengih seperti
kerang busuk.
Muka Imran
mula memerah.Malu!’Aiseh,kurang asam punya Farhan .Siap la kau nanti’Hati Imran
mendongkol geram.Imran menjeling Farhan dengan hujung mata.farhan masih
tersengih.’memang nak kena cepuk budak ni.apa aku nak buat eh.ha!’imran
tersenyum.
“Farhan,tadi
encik amat nak jumpa dengan kau.Maaf aku lupa nak bagitahu kau.Ni pun baru
teringat”.Imran berpaling dan memandang kearah Farhan.Wajah Farhan berubah
menjadi pucat lesi.
“Ap..apa?Betul
ke?Mati lah aku kali ni.”Muka Farhan yang toreh tidak berdarah itu mengundang rasa
lucu dihati Imran.Imran berusaha menahan tawa namun terhambur juga.
“KahkahkahkahkahImran
ketawa terdekah-dekah.
“Eh?”Farhan
memandang hairan.Selang beberapa saat baru Farhan sedar yang dirinya baru
dibohongi.”kureng betol kau Im.nak tercopot Jantung aku tau.Eee..Rasa macam nak
tumbuk je muka kau ni”Farhan menunjukkan penumbuk kepada Imran yang masih galak
ketawa.
“hahahahahahaahahahhahaha....”seisi
kelas turut ketawa apabila melihat Farhan di prank oleh Imran.Pelajar perempuan
tadi mengangkat bahu dan menuju ke meja belakang yang kosong.Setelah mengambil
tempat duduk,pelajar itu tersenyum sendiri.
‘SO,INILAH BUDAK YANG DICARI PAK CIK JOSHUA.MEMANDANGKAN AKU
DAN DIA SATU KELAS,LAGI SENANG LAH KERJA AKU KALI INI’
Tanpa
disedari,mata pelajar baru itu berubah menjadi hitam pekat sepenuhnya.Imran merasakan
satu perasaan yang aneh.Sesuatu yang kurang menyenangkan.Farhan menepuk bahu Imran
dengan perlahan.
“argh!”Imran
terkejut.
“whow,kenapa
dengan kau ni Im?ada apa-apa masalah?”Farhan bertanya hairan.
“err..err nothing.”Imran menjawab dengan gugup.
**********************************************************************************
“arh!!penatnya hari ni”beg sekolah dilemparkan ke sofa.Tubuhnya
yang berat dihempaskan diatas katil.”ah.lega rasanya.”Imran memejamkan
mata beberapa detik.Tiba-tiba matanya
dibuka semula.Dia bingkas bangun dan berlari ke bilik bacaan.
“aduh,macam mana aku boleh lupa pulak.hari ni giliran aku
mengemas.”jam dipergelangan tangan dibelek.’masih ada 30 minit sebelum papa dan
mama pulang.Em,mana Shahir ni?Dari tadi tak Nampak muka.Mentang-mentang hari ni
giliran aku.Huh!tak boley nak kautim langsung.’Imran membebel dalam hati.
“ohuk ohuk!”satu bunyi batuk yang dibuat-buat jelas menusuk
ke salur pendengaran Imran.Imran berpaling kearah pintu bilik bacaan.Shahir
sedang tersenyum mengejek memandang Imran.’padan muka kau.Semalam kau sepah kan
bilik macam raksasa.Sekarang siapa yang kena kemas.Engkau jugek.hahahaha’hati Shahir
ketawa gembira.
‘isy budak ni.takkan tengok je.Please give me a hand!’Imran
memandang Shahir dengan muka mengharap.
“eh?kau kenapa?demam ek.Apsal pandang muka aku macam tu?”
“Shahir,boleh tak kalau kau tolong aku kali
ni?please....tolong la.Hari ni aku penat sangat.esok aku ambil turn kau.boleh
kan?”pujuk Imran.”shahir Shahir...kau kan cantik.Orang cantik kena tolong abang
dia.Nanti bertambah-tambah cantik lah muka kau.Hehehehehe”tambah Imran lagi.
Nur Idayu Shahiera atau lebih dikenali sebagai Shahir oleh
kawan-kawan adalah adik sepupu kepada Imran.Dia seorang yang berperwatakan
ceria dan riang.Walaupun luarannya dia kelihatan lemah lembut,tetapi dia gemar
menyertai aktiviti lasak seperti mendaki bukit.Bagi sesiapa yang tidak
mengenali Shahir pasti menyangka dia seorang yang sombong .Ironinya,dia seorang
yang peramah dan baik hati.enough for that.now,let get back to the situation
where imran is asking for shahir’s helps.
“emm,give me five hour to think about it”shahir melawak
dengan muka serius.
“hey,lagi setengah jam papa dengan mama nak balik la.”sergah
imran.
“okey-okey.orang gurau je la.mengenai tawaran tu,terima
kasih je.sebab..shahir ni kan budak baik.so,abang im tak payah susah-susah
ganti waktu dengan shahir.bak sini penyapu tu.abang im pergi naik atas
tidur.nanti makan malam shahir kejutkan.”arah shahir dengan muka selamba.
“dah..tak payah puji lebih-lebih.karang orang ni terubah
fikiran nak?”ugut shahir sambil membulatkan matanya.
Habis sahaja shahir berkata-kata,imran sudah lesap keatas
rumah.bunyi tangga di pijak orang bergema di seluruh rumah agam itu.shahir
hanya menggeleng-gelengkan kepala mengenang perangai abangnya itu.seiring
dengan bunyi tersebut,pintu hadapan rumah dibuka dan ditutup dengan cermat.
“assalamualaikum...papa dan mama dah balik”
“waalaikumsalam”shahir menjengukkan kepala ke luar bilik
bacaan.mukanya yang berdebu itu tersenyum riang apabila mendapati tuan rizal
dan puan rose sudah pulang dari majlis sosial. dia segera berlari ke ruang tamu
dan bersalam dengan papa dan mamanya.
“awalnya papa dengan mama pulang.ada apa-apa ke?”kata shahir
sambil menjeling manja.
“tak ada apa-apa sayang. Cuma..”kata puan rose mahu
berteka-teki dengan anak perempuan tunggalnya itu.
“Cuma apa mama?cepat la bagi tahu”gesa shahir
“assalamualaikum..”seseorang melangkah masuk kedalam rumah
agam itu.shahir memandang hairan.’siapa pulak ni?rupa boleh tahan.kacak!’shahir
memuji jejaka dihadapannya.
“kenalkan ni faris Daniel.anak kawan papa.sepanjang bulan ni
sehingga cuti penggal ,dia akan tinggal bersama-sama kita.”bicara papa tidak
diendahkan shahir.matanya memandang tidak berkelip kearah sepasang mata milik
faris.mata yang menawan.fikir shahir.
“shahir,tolong tunjukkan faris bilik tetamu ya.jngan lupa
panggilkan im turun.kejap lagi makan malam.papa dengan mama nak bersihkan diri
dulu.”tambah papa lagi. “faris,jangan malu-malu,jangan segan-segan.buatlah
rumah ni macam rumah sendiri ye”
“baik uncle”balas faris dengan senyuman.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar