Haira seorang
gadis yang tinggal di sebuah perkampungan diraja bersama-sama seorang abang
angkat yang ditemuinya sejak dia berusia lima tahun. Waktu itu,ribut melanda
perkampungannya. Dia ditinggalkan keseorangan oleh keluarganya yang dia sendiri
sudah lupa bagaimana rupa wajah mereka. Dia kesejukan ditimpa hujan dari atap
jerami kandang kuda yang bocor. Dia hanya ditemani selimut tebal pelindung
kepala dan separuh badannya daripada kesejukan . namun,selimut tebal itu tidak berjaya menolong
memanaskan badannya malahan membuatkannya menggigil kedinginan. Sekali-sekala
bunyi besi berlaga kedengaran tidak jauh dari kandang kuda yang sedang
diteduhinya.
Mata Haira galak memerhatikan
sekeliling. Rambutnya yang panjang menutupi dahi turut mengganggu pandangan matanya.
Dia tidak mempedulikan rambutnya itu dan terus meliarkan pandangan ke segenap
arah. Tanpa diduga, muncul seorang kanak-kanak lelaki dari pintu kandang kuda
itu. Kanak-kanak lelaki yang hampir sebaya dengannya itu melangkah setapak demi
setapak dan berhenti betul-betul dihadapannya. Mata Haira membulat ,dia
mengeratkan pelukan tangan ke tubuhnya sendiri. Matanya basah bergenang air
mata. Dia menangis tanpa suara.
Kanak-kanak lelaki itu menarik
selimut tebal yang membaluti tubuh kecilnya dan melemparkan jauh dari pandangannya.
Badannya dirangkul erat dan rambutnya yang basah terkena air hujan itu
diusap-usap penuh kasih-sayang persis pelukan seorang abang kepada adiknya. Dia
membalas pelukan itu . Haira berasa selamat ketika itu dan dia berharap waktu
terhenti buat selamanya.
“Alam! pasangan suami isteri itu dan
seorang anak lelakinya telah tiada. Mereka gagal diselamatkan” seorang lelaki
berhud dikepala muncul di tempat yang sama kanak-kanak lelaki itu muncul tadi.
Sebilah keris terhunus di tangan kirinya. Haira berasakan kepenatan yang amat
sangat. Matanya lama-kelamaan mula terkatup secara perlahan-lahan. Dia rebah di
dalam dakapan kanak-kanak lelaki itu.
“Haira!pesanan meja 2” seorang gadis
cilik tersenyum dan menganggukkan kepala seraya mendengar suara itu. Dia
mengambil dulang yang berisi makanan dan membawanya ke meja 2.
“Ini dia makanan tuan. Sila
nikmatinya” Haira menundukkan kepala sedikit tanda hormat. Senyuman masih mekar
di bibirnya.
“Alam!Kenapa tak cakap kau nak
singgah?” Seorang pemuda di kaunter pesanan melambaikan tangan ke arah
pelanggan yang menerima makanan daripada Haira. Pelanggan yang berambut coklat
kehitaman itu tersenyum mendengar jeritan Darma.
“Aku perlu bertugas di luar
kawasan.jadi,aku mahu mengucapkan selamat tinggal sebelum aku pergi.
Lebih-lebih lagi kepada adik aku yang tersayang ni” Alam berkata dengan suara
yang serak-serak basah. Wajahnya memang kacak seperti anak raja. Tambahan pula
dengan suara itu membuatkan tercetusnya impian di hati gadis-gadis di perkampungan
itu untuk memiliki hatinya.
Kerusi kayu dihadapan mejanya
ditarik keluar oleh Haira. Haira lantas duduk seraya berbuat demikian. Talam
yang dipegangnya tadi kini ditolak ke tepi. Dia merenung wajah abang angkatnya
itu. Abangnya itu sering keluar daerah semata-mata ingin menjaga keamanan
perkampungan itu. Tugasnya sebagai ketua panglima membuatkannya sering tiada
untuk menemani Haira. Dia hanya mengharapkan sahabat-sahabatnya yang dipercayai
seperti Darma si penjaga kaunter dan juga adik beradik kembar Winter. Hanya
kepada mereka bertiga dia berharap ketika ketiadaannya.
“Abang,tak boleh ke suruh orang lain
yang pergi jaga kawasan di Hutan Dalima?Haira takut terjadi sesuatu yang tak
elok kepada abang” Kening Haira bertaut. Alam hanya melemparkan senyuman kepada
Haira.
“Alam,kalau adik kau nakal-nakal aku
sekeh,tak apa kan?”Darma sudah tersengih nakal. Haira mencebik mendengar
kata-kata Darma yang sering kali mencari jalan untuk mengenakannya.
“Boleh je. Aku tak kisah asalkan
adik aku ni jadi budak yang baik lepas kau sekeh dia” Alam tergelak kecil
ketika menuturkan kata-kata itu. Haira sudah menunjukkan muka tidak puas hati
dengan keizinan yang diberikan oleh Alam kepada Darma.
Alam
mencicip air minuman di atas meja dan mula memakan kentang goreng dicicah
dengan sos keju yang dihidangkan bersama. Usai makan,dia bangun memohon diri
untuk pergi.
“selamat tinggal adikku Haira.
Selamat tinggal Darma. Dan selamat tinggal semua. Aku harap Haira dijaga dengan
baik sepanjang pemergianku. Andai aku tidak pulang,janganlah ditangisi
pemergianku ini.” Bergenang air mata Haira mendengar ucapan Alam. Dia bagaikan
tidak mahu kembali semula ke perkampungan itu. Mata Darma dilihat sudah seperti
kaca. Darma mula mendekati Alam dan memeluknya dengan erat.
“Semoga pulang dengan selamat
sahabatku” Alam membalas pelukan Darma dengan hati yang sebak. Dia tidak mahu
mengalirkan air mata dihadapan mereka berdua. Mereka tidak boleh tahu bahawa
misi kali ini melibatkan sesuatu yang amat dasyat. Dia tidak mungkin dapat
pulang dengan selamat. Agak lama barulah pelukan itu terlerai.
Alam berkalih pula mengadap Haira.
Pelupuk mata adiknya itu sudah basah dek air mata. Dia mengangkat tangan
mendekati wajah Haira. Air mata Haira dikesatnya perlahan. Sesuatu daripada
kocek seluar hitamnya dikeluarkan dan dihulurkan kepada Haira. Haira menyambut
perlahan-lahan. Esakan tangis Haira sudah mula kedengaran. Perkara terakhir
yang dia mahu lihat dalam hidupnya adalah tangisan Haira.
Dia tidak suka adiknya itu sedih sejak dia
menemui Haira di waktu ribut dahulu. Semenjak kejadian itu,dia sudah berazam
untuk menceriakan hari-hari Haira walau apa pun risikonya. Dia pernah memasuki
taman larangan diraja dan mengambil bunga emas yang terdapat di dalamnya kerana
Haira bersedih. Bunga itu Berjaya mengembalikan semula senyuman di bibir Haira.
Alam tersenyum mengingati kembali cabaran yang dihadapinya ketika cuba memetik
bunga emas itu. Dia hamper jatuh ke dalam lopak yang dipenuhi tahi binatang
sewaktu dikejar pengawal. Ketika itu dia masih berumur 12 tahun. Budak itu
tidak perlu bersedih lagi setelah kehilangan keluarga yang tersayang.
Haira memeluk Alam dengan erat. Sama seperti sewaktu dia berumur lima tahun dahulu,dia juga
mahu masa berhenti ketika ini. Dia mahu masa tidak berjalan sampai
bila-bila,selama-lamanya. Malangnya,dia bukan tuhan mahupun dewa yang mampu
berbuat perkara semustahil itu. Dia hanya manusia biasa yang perlu akur pada
takdir. Alam menepuk-nepuk belakang Haira. Perlahan-lahan dia melepaskan
pelukan dan menjarakkan dirinya. Dia tidak boleh lama di situ. Air matanya
sudah mula memaksa-maksa untuk keluar memunculkan diri. Dia lantas mengangkat
beg galasnya melangkah keluar dari kedai itu. Sebelah tangannya melambai-lambai
ke arah Haira dan Darma. Dia mengukirkan senyuman perpisahan yang terakhir
untuk mereka berdua.
“Heeeeeeeeeee.hiiiiiiiii..heheheeeeeeeee”
suara mengilai itu kedengaran hampir sekali dengan tempatnya berdiri sekarang.
Dia menarik keluar sebatang anak panah silver dan membawa busur ke hadapan.
Kaki
kanannya bergerak sedikit ke hadapan. Panah yang telah berada pada busur itu
ditarik dengan kuat. Matanya pantas mengesan sasaran. Objek yang melayang
terbang di sebalik dahan-dahan pepohon hijau itu berjaya dikesannya. Sekelip
mata panah silver itu meluncur dan menepati sasaran tatkala tarikan itu
dilepaskan. Senyuman Alam terukir meraikan kejayaannya itu. Tiba-tiba, dia
terdengar bunyi seperti udara yang sangat laju. Pada masa yang sama,Alam
terpaku. Busur di tangannya jatuh ke tanah. Alam toleh ke bahu kirinya
berdekatan jantung. Baju putihnya di cemari tompokan kecil cecair berwarna merah pekat kehitaman.
Perlahan-lahan tompokan itu merebak membentuk seakan-akan peta.
Waktu
itu,Alam sedar nyawanya sudah sampai di penghujungnya. Ya,riwayat hidupnya akan
tamat di situ. Di hutan Dalima yang penuh misteri hitam. Alam terduduk
,tangannya yang tadi memegang busur kini sedang menekan kuat bahagian luka.
Peluh mula memenuhi wajahnya yang berkerut menahan kesakitan sakratulmaut. Dia
sudah tidak berdaya menahan kesakitan dan jatuh terbaring di tanah.
Perlahan-lahan erangannya berkurangan. Matanya terpejam. Dia sudah
menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Abang!”
Haira tersedar daripada lena. Dahi dan seluruh tubuhnya lencun berpeluh. Dia
baru sahaja mendapat mimpi yang sangat ngeri. Kepalanya digelengkan
berkali-kali tidak mempercayai apa yang dilihatnya di dalam mimpi itu.
“Tok
tok tok” pintu hadapan rumah kayunya diketuk dengan kuat. “Haira!haira!buka
pintu.” Suara kembar Winter kedengaran dari luar rumah. Pintu diketuk-ketuk
sekali lagi. Haira bingkas bangun dari pembaringan dan mencapai kain kecil di
bahagian kepala katil. Mukanya yang berpeluh itu dilap kering. Dia melangkah
lemah ke pintu hadapan. Selak dan kunci pintu yang lebih daripada satu itu
dibukanya dengan cepat pabila ketukan di pintu semakin deras.
Pintu
akhirnya terbuka setelah kunci terakhir dirungkaikan. Micga Winter berdiri di
situ dengan wajah pucat seperti baru lepas terlihat hantu. Tangan kirinya yang
tergenggam erat saat mengetuk pintu rumah Hairatadi kini sedang terketar-ketar
bukan sedikit malahan banyak.
“Kenapa?”
suara halus Haira tajam menusuk ke gegendang telinga Winter. Dia tidak jadi
pengsan. Ya,tadi dia hampir-hampir pengsan apabila mendengar khabar berita
tentang Alam abang angkat Haira. Dia berlari agak jauh,dari pinggir Hutan Dalima
sehinggalah ke rumah Haira. Dia tidak menungga kuda mahu pun burung besar.
Hanya menggunakan kakinya sendiri untuk sampai ke situ. Bila memikirkan
kembali,dia rasa seperti tulang-temulang di kakinya itu mahu tertanggal. Pasti
dia tidak dapat keluar rumah seminggu kerana kakinya mogok.
“Alam..”
Nafas ditarik kembali. Panjang sekali tarikannya itu. Haira memegang bahunya
tatkala mendengar nama itu.
“Kenapa
dengan abang Alam?” Bahu Winter sudah digoncangnya dengan kuat. Memaksanya
untuk berkata-kata selanjutnya.
“Alam
,di….dia ditangkap puntianak. Saksi yang ada di situ mengatakan Alam sudah
mati. Kalau dia hidup pun dia hanya makhluk yang tiada perasaan. Puntianak itu
akan gembira jika dapat menukarkannya menjadi sebahagian daripada mereka”
Winter tertunduk lemah. Haira tajam mendengar. Sampai sahaja bait yang
terakhir,dia rebah ke tanah. Genggaman tanggannya di kolar baju Winter terlerai
serta-merta.
Mata
haira terpaku memandang langit yang gelap-gelita. Bibirnya terkatup rapat. Dia
tidak percaya dengan semua yang dikatakan oleh kembar Winter. Semua itu palsu.
Abangnya masih hidup! Tiba-tiba terpancar gambaran-gambaran di dalam mimpinya
tentang Alam jatuh ke tanah. Dan juga puntianak itu.Tak,Winter benar. Apa yang
aku lihat di dalam mimpi adalah benar. Aku,aku perlu lakukan sesuatu supaya aku
boleh terus bersama Alam!
Haira
sudah tidak menggunakan akal untuk berfikir. Kata hati yang dirasuk kuasa jahat
mula merajai keputusan yang bakal dibuat olehnya. Dia bangun dan berlari-lari
kecil masuk ke dalam rumah. Dia menyelongkar al-mari di bilik abangnya itu.
Botol kecil berisi cecair merah pekat di ambil dan di simpan kemas di dalam
saku baju putihnya. Jubah hitam berhud dicapai dan segera disarungkan ke badan.
Waktu itu,imbasan tentang Alam mula di tayangkan di kotak fikirannya.
“Haira,orang
kampong sudah mula berfikir. Tidak seperti dahulu. Mereka tidak lagi
mengharapkan keajaiban.” Haira mengangguk dengan kata-kata itu. Semua itu benar
belaka. Dia tahu, jika dahulu orang kampong menangkap ikan menggunakan bantuan
makhluk halus,kini mereka sudah mula menangkap ikan menggunakan teknologi.
Mereka sudah mula berfikir!
“Abang
sudah berjaya mengambil sampel darah puntianak. Kajian akan dijalankan ke atas
sebahagian daripada darah itu. Abang harap mimpi penduduk kampung diraja akan
menjadi kenyataan. Kita semua akan imun pada virus puntianak. Malahan,abang
harap kita dapat menemui senjata untuk mengalahkan puntianak yang sedia ada.
Sekadar mengetahui kelemahan mereka tidak mencukupi. Betul tak?” senyuman di
pinggir bibir Alam dibalas dengan tawa kecil daripada Haira.
‘Woot…wot..’
sahutan burung hantu kini semakin jelas di pendengaran Haira. Dia sudah sampai
di pinggir Hutan Dalima. Dia langsung tidak sedar bila dia mula berjalan ke
tempat itu. Sungguh ralit dia dengan kenangan bersama Alam. Dia toleh ke kiri
dan ke kanan. Mencari sesuatu yang mencurigakan. Setelah yakin dia tidak
diekori, dia menyeluk saku dan mengeluarkan botol kecil tadi. Tadi dia juga
sempat mencapai sebilah belati. Belati itu tersisip kemas di pinggang kirinya.
Dia menarik keluar belati itu dan meletakkannya di tanah setentang dengan
tempatnya berdiri.
Botol
kecil berpenutup itu direnung Haira, lama. Dia mengangguk sedikit. Tangannya
laju membuka penutup botol. Belati atas
tanah di angkat dan dihayunkan laju ke dada. Mata belati yang tajam itu menusuk
masuk membuatkan darah Haira keluar dengan laju. Dia sudah tekad,kini. Cecair
merah dalam botol kecil itu di togoknya dengan pantas. Laju sahaja cecair itu
melalui kerongkongnya. Matanya terpejam menahan kesakitan luka dari belati. Dia
sudah tidak mampu berdiri lagi. Perlahan-lahan dia rebah ke tanah. Bunyi-bunyian
dari hutan lama-kelamaan tidak kedengaran di telinga Haira. Ya, masanya sudah
tiba. Masa untuk dia pergi dan kembali
bersama Alam. Selama-lamanya bersama Alam. Dunianya kini bakal terhenti.
Tidak untuk tua mahupun sakit. Dia akan terus muda dan sihat. Tidurnya ini Cuma
sebentar. Mimpi indah bakal menghiasi hidupnya pabila dia terjaga. Harapan dia
akan menjadi kenyataan. Harapan seorang insan yang menagih sebuah kasih
sayang…..
~TAMAT~
Tu je ke penamatnya
BalasHapusHaa tu jelaa..nak sambungan ke?
HapusYa nak sambungan ...please lma dh lma menunggu
HapusSambung la lagi
BalasHapus