"Hai kacak!"Sapa seorang budak perempuan apabila Syamil berjalan melepasi pintu pagar sekolah.
Syamil memandang tanpa sebarang emosi. Kaki diayun tanpa perasaan.burung berkicau riang dengan suara yang merdu.Tiba-tiba syamil terdengar suara seseorang yang sangat dikenalinya.
"Syamil!oi,ko dengar tak?Aku panggil ni,pandang lah sini.Macam cakap dengan tunggul kayu je" Kata Aqi sedikit geram apabila Syamil tidak memberi apa-apa respon kepadanya.
"Em,ada apa?Aku tak ada mood ni"Balas Syamil malas.
Aqi memandang hairan.Selalunya Syamil la orang yang paling gembira bila sampai ke sekolah. Oppsss,pembetulan.Syamil orang yang paling pelik yang pernah Aqi jumpa kat dunia ni.Tak ada perasaan.Hati batu?Maybe?
"Err,tak ada apa-apa lah Syamil.Aku..aku bla dulu la ye.He3"Aqi lantas beredar meninggalkan Syamil yang berwajah kaku.
Syamil meneruskan langkahnya yang terhenti.Fikiran Syamil kosong.
Syamil dipelihara oleh ayah dan ibu angkatnya iaitu Tuan Arman dan Puan Hana.Syamil dijaga bagai menatang minyak yang penuh.Ibu bapa kandung Syamil mati semasa Syamil berusia 2 tahun.Punca kematian adalah kebakaran.Itulah yang didengar dari mulut kedua orang tua angkatnya.
Mohd. Syamil Archés bin Shahir seorang yang kacak dan mempunyai senyuman menawan.Arches adalah perkataan greek.Nama tersebut diberi oleh moyangnya.Tidak diketahui bagaimana moyangnya iaitu Raja Mill boleh hidup begitu lama berbanding manusia biasa.Syamil jarang tersenyum.Mukanya kaku tanpa perasaan.Hanya sesetengah orang yang mampu melihatnya tersenyum.
Apabila Syamil marah,bola matanya akan bertukar hitam sepenuhnya.Kebanyakkan pelajar di Sekolah Green Tears akan berlari bertempiaran apabila Syamil marah.Sesiapa yang masih terpacak didepannya pasti akan terkena penyakit yang aneh.Badan mereka akan menjadi lemah dan mereka akan koma selama seminggu.
Hanya Aqi iaitu seorang bunian yang menyamar ke alam manusia untuk belajar berdikari sebelum tampuk pemerintahan kerajaan buni di serahkan kepadanya yang tidak terkena penyakit aneh tersebut.Aqi mengetahui rahsia hidup Syamil yang tidak diketahui oleh Syamil sendiri.
Kejadian aneh itu juga yang menjadikan Syamil dipulaukan oleh kebanyakkan pelajar lelaki tetapi tidak kepada pelajar perempuan.Beribu-ribu surat peminat sampai kepada Syamil mengatakan rasa cinta kepadanya.Surat itu kebanyakkannya dibuang oleh Syamil.Hadiah2 seperti coklat akan diberikan kepada Aqi selaku rakan karibnya disekolah.
Syamil sampai di kelas tepat apabila loceng pembelajaran berbunyi.Dia mengambil tempat duduk berhampiran dengan tingkap.Pemandangan diluar tingkap dapat menenangkan otak nya yang bercelaru.
Syamil memandang ke arah kerusi aqi.Tiada orang disitu.Gelak ketawa di hadapan kelas menarik perhatian Syamil.Senyuman syamil terukir apabila terpandang Harina yang tersenyum mendengar celoteh Aqi yang tidak kering gusi itu.
“Lepas itu apa yang terjadi?”Tanya Harina kepada Aqi.
“Apa lagi,aku pun buka langkah seribu lah.Kau gila nak aku tunggu pak cik itu takek kepala aku dengan batang penyapu.Hahahaha”
“Hahahahahahahahaha….lawak lah kau ni Aqi”Farid menyampuk.
“A’ah,memang lawak.Kalau kau nak,nanti biar aku kasi tahu pak cik tu yang ko nak join sekali konsert penyapu dia.Biar lebam mata kau”Balas Aqi.
Perbualan mereka berlanjutan sehingga jam 9.30 pg.Mesyuarat yang dihadiri guru-guru mereka memberi peluang untuk mereka bergosip.
“Eh,korang dengar tak berita pasal di sekolah kita akan diadakan pertandingan seni pertahankan diri dengan Sekolah Alam Sakti.Mesti havoc kalau sekolah kita lawan dengan smkas”Topek membuka cerita baru.
“Betul ke Topek?Waa,ini yang aku suka ni.Agak-agaknya lah kan,siapa yang akan mewakili sekolah smkas?”Tanya Aqi.
“Aku agaklah kan Fahran a.k.a Paan yang jadi wakil smkas.Budak tu terer weh.Sekali dia dah ada dalam gelanggang korang memang tak boleh lari.”
“Betul tu.Aku pun dengar ada orang masuk hospital lepas kena tendang dengan dia.Tapi kan,aku sokong dia.!”
“Heh?Biar betul ko ni Har tak kan ko sokong musuh sekolah kite pulak” Aqi menjeling dengan hujung mata kearah tempat duduk Syamil.
Air muka Syamil berubah. ‘Har sokong Fahran?Har suka dekat Fahran ke?’
Syamil ligat berfikir. ‘Ah!biarlah.Fahran?Heh,kau bukan siapa-siapa nak lawan aku’Syamil tersenyum.
“oi!”Satu suara menyergah Syamil.Syamil tidak terkejut walau sedikit pun.Dia merenung dengan tajam mata Aqi.Entah sejak bila Aqi berada dihadapan mejanya itu.
“Ko nak apa?”Kening Syamil naik sebelah.Salah satu ekspresi yang sering ditunjukkan apabila bercakap dengan Aqi.Aqi mengangkat bahu.
“Saje.Aku tengok ko dari tadi termenung je.apa yang ko fikirkan?”
“perlu ke aku bagitahu ko?”syamil bertanya sinis.
“emm..jap aku fikir”sebelah tangan diletakkan didagu persis seorang detektif.
syamil mencapai sebuah buku kecil dan mengetuk kepala aqi.aqi menjerit kecil.syamil buat-buat tak Nampak dan beberapa saat selepas itu dia ketawa dengan kuat
muka aqi monyok tapi apabila melihat syamil ketawa,dia turut ketawa bersama-sama.
“bangun!selamat pagi cikgu!”ketua kelas memberi ucapan kepada guru yang baru melangkah ke kelas.ucapan itu diikuti oleh pelajar lain.Suara-suara mereka bergema didalam kelas yang sederhana besar itu.
Syamil menggosok-gosok rambutnya yang hitam kemerahan. Rambutnya yang kemas tadi,kini kelihatan kusut. Dia suka begitu. Sememangnya imej yang kemas bukan salah satu daripada cita rasanya. Puan Hana lah yang sering mengemaskan dirinya sebelum ke sekolah agar Syamil kelihatan tampan dan kacak. Walau seteruk manapun imej Syamil,dia tetap mendapat tempat di hati pelajar perempuan di sekolahnya itu. Aqi mengeluh melihat perangai Syamil yang tidak pernah berubah.
“ Duduk murid-murid. Sekarang buka buku Demora bab 3. Semua pelajar sila baca dengan senyap sehingga perenggan ke lapan bagi bab 3. Sebentar lagi cikgu akan adakan satu ujian. ” Cikgu Mala memberi arahan.
Syamil mengambil buku dibawah meja dan mula membaca. Tidak sampai 5 saat,dia sudah menutup buku Demora. Aqi juga begitu. Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan termenung.
Ujian bagi bab3 Demora selamat dijalankan. Loceng pertama berbunyi nyaring.Satu kelegaan terpancar diwajah setiap penghuni kelas 4 Teratai. Pelajar-pelajar beransur-ansur keluar dari kelas dan menuju ke makmal uji kaji. Mata pelajaran seterusnya ialah Keliosa. Keliosa berkaitan dengan kajian alam. Keliosa banyak menggunakan eksperimen sewaktu pembelajaran.
“ Mil,Adli tak datang lagi ke hari ni?”Tanya Aqi sambil memandang tempat duduk di sebelah Syamil yang kosong sejak tiga hari yang lalu.
“Em,nampak gayanya macam tu la.” Jawab Syamil dengan muka kaku tanpa perasaan.
“hey!senyum lah.” Aqi menarik kulit mukanya sendiri dengan tangan . mukanya kelihatan seperti badut. “macam ni” tunjuk Aqi kepada Syamil.
Syamil pura-pura tidak nampak.sekilas,dia merasakan seseorang sedang memandang kearahnya. Dia lantas menoleh kearah itu. Dia tersenyum sinis apabila mendapati Harina sedang memandang kearahnya. Gadis itu tersenyum apabila Syamil menghadiahkan senyuman walaupun tidak nampak mesra.
‘herm,pandai juga budak tu senyum. Ingat otot senyum dekat muka dia tu dah hilang.’ Harina tergelak kecil.
Syamil mengangkat keningnya sebelah. Pelik apabila melihat Harina gelak. Apa yang lucunya? Ada benda ke kat muka aku ni?herm....dia mengangkat kedua-dua bahu dan kembali mengadap meja dihadapan.
Prof. Karl baru sahaja melangkah masuk ke dalam makmal uji kaji keliosa. Tangannya dipenuhi dengan buku yang setebal kamus. ‘buku tu kalau nak habiskan mesti memerlukan masa berbulan-bulan’ Zaman tersengih.
‘budak ni.hahaha’ Syamil ketawa dalam hati.wajahnya masih kaku. Syamil memiliki keistimewaan. Dia boleh mendengar fikiran orang lain. Ianya hanya terjadi sekali-sekala. Dia masih belum mampu menguasai kelebihan itu sepenuhnya.
“ouch!” Syamil memandang kearah Harina. Tangan Harina berdarah akibat tergesel paku yang terkeluar dari meja makmal. Muka Syamil serta merta menjadi pucat seperti hantu. Dia tidak boleh melihat darah.
“hah!” Aqi tahu Syamil bukan alergi atau takut pada darah tapi dia akan berubah menjadi makhluk lain jika terhidu bau darah. Bau darah itu terlalu harum dan membuat dia menginginkan darah tersebut. Dia ingin makan darah itu. Aqi lantas bangun dan menarik tangan Syamil keluar dari kelas.
Dia sempat meminta izin daripada prof. Karl sebelum melangkah keluar bersama-sama Syamil. Prof Karl agak hairan namun dia sedang sibuk menguruskan tangan Harina dan tiada masa untuk bertanya dengan lebih lanjut. Toplast dibalut ke tangan Harina setelah luka itu disapu antiseptic bagi menghalang kemaraan kuman.
Korido yang bertemakan warna pic itu ditelusuri mereka sehingga sampai ke bangunan seni. Derap langkah mereka semakin perlahan dan akhirnya berhenti. Syamil menarik tangannya daripada terus di pegang oleh Aqi. Dia tidak suka disentuh. Aqi melepaskan tangan Syamil dan memandang kearah muka Syamil yang sudah beransur-ansur normal.
“Maaf. Aku tak sengaja.” Kata Aqi perlahan . Syamil menjeling Aqi dengan tajam. Aqi menyeluk saku baju sekolahnya dan mengeluarkan satu botol kecil.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar