“ Nah, ambil. Hidu ubat ni.” Aqi menghulurkan ubat herba kepada Syamil. Perlahan-lahan Syamil mencapai botol kecil itu. Dia membuka penutup ubat tersebut dan melakukan seperti yang disuruh Aqi. Dia berasa lebih elok dari sebelumnya. Tiada lagi perasaan aneh yang cuba menguasai minda warasnya.
“ Terima kasih” ucap Syamil ringkas. Aqi mengangguk perlahan.
“Emm,jom kita balik ke makmal semula. Karang ada pulak rumour budak famous dekat sekolah ni dating dengan kawan baik sendiri.” Aqi membuat lawak walaupun dia tahu Syamil tidak akan ketawa.
Syamil menjungkitkan kening sebelah. Dia melangkah setapak demi setapak meninggalkan Aqi di belakang.
“ Hey! Tunggu la aku. Kau ni,kalau tak meninggalkan budak comey ni di belakang tanpa guard tak boleh ke?” Aqi membebel nyaring.
Syamil melangkah tanpa mempedulikan Aqi yang berlari-lari anak mengejarnya. ‘macam budak-budak’ Syamil tersenyum sinis memikirkan keletah Aqi. Tangan Syamil sentiasa berada di dalam kocek seluar. Imejnya menunjukkan dia seperti seorang samseng yang gemar menyendiri.
Pukul 11.30 malam..
Di dalam bilik tidur Syamil..
Suara unggas-unggas di waktu malam bersahut-sahutan. Syamil tidak dapat melelapkan mata. Kepalanya mendongak ke atas memandang siling bilik. Tangan kirinya menggenggam sehelai sapu tangan. Terdapat kotoran berwarna merah di sapu tangan itu. Dia mendekatkan sapu tangan ke muka dan menghidu haruman yang terdapat pada sapu tangan itu.
Seketika, Syamil memandang kearah sapu tangan itu dan menarik-narik benang yang sudah terkeluar dari paksinya. Syamil tidak mahu membasuh sapu tangan itu kerana terlalu sayangkannya. Ya,sapu tangan itu ialah tinggalan terakhir daripada ibunya. Apabila dia berasa sedih, dia akan memegang sapu tangan itu. Tiada apa yang mampu menolongnya ketika bersedih atau kecewa.
“klak!” tombol pintu dipulas seseorang dari luar. Syamil menajamkan penglihatan ke arah pintu bilik.
“ Mama~” Syamil bingkas bangkit dari pembaringan. Seorang wanita lewat 30 an melangkah masuk ke dalam bilik sambil tersenyum mesra.
“ Syamil, kenapa tidak tidur lagi? Dah lewat malam ni.” Puan Hana menyoal sambil duduk di birai katil . tangan kanannya mengusap-ngusap rambut syamil dengan penuh kasih-sayang.
Syamil mengeluh. ‘bukan dia tidak mahu tidur. Tetapi banyak perkara yang menyarati otaknya sehingga menyukarkannya untuk tidur’ Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Syamil. Puan Hana sudah masak dengan perangai Syamil yang agak berat mulut. Puan Hana tersenyum dan perlahan-lahan bangun.
“ Syamil,jangan tidur lewat sangat. Dah pukul 11 lebih. Kalau susah nak tidur, baca bismillah dan selawat banyak-banyak. Insyallah , Syamil akan tertidur nanti.” Pesan Puan Hana.
Syamil menganggukkan kepalanya dua kali. Dia menghadiahkan senyuman nipis kepada Puan Hana. Puan Hana melangkah keluar dari bilik dan hilang dari pandangan mata Syamil dalam masa tak sampai satu minit. Syamil menarik selimut ke dada dan baring semula. Dia mula membaca selawat dan bismallah seperti yang telah dipesan oleh mamanya.
Lama-kelamaan mata Syamil terasa memberat. Akhirnya, Syamil tertidur dengan keadaan tangan yang menggenggam sapu tangan ibunya.
“Selamat pagi!”
“Selamat pagi!” senyuman lebar dihadiahkan kepada semua yang terserempak dengannya.
Suasana di waktu pagi itu berjalan seperti biasa. Sekolah dibuka seawal jam 6.30 lagi. Bunyi kicauan burung turut memenuhi perkarangan sekolah. Aqi melangkah dengan pantas . Dia tidak mahu Mr X tertunggu-tunggu kedatangannya. Semalam dia mendapat satu surat misteri. Ya,surat daripada Mr X. Surat itu mengandungi maklumat penting yang dikehendakinya. Namun, bukan kesemua maklumat dilampirkan bersama. Aqi perlu berjumpa mata ke mata dengan pengirim misteri itu.
‘Lorong B23,belakang pokok besar dekat tiang sejarah.’ Aqi mengulang semula maklumat tempat pertemuan yang dinyatakan didalam surat.
“ktak!” aqi menghentikan langkah kaki. Dia sekarang berdiri betul-betul di hadapan tiang sejarah sekolahnya.
‘Tak ada orang pun dekat sini.’ Aqi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia membelek jam tangan untuk memastikan dia tidak terlambat. ‘betul la. Surat tu kata pukul 7.15 . Ni tepat-tepat aku tercongok dekat sini. Bayang pun tak ada.’
15 minit berlalu...
‘okey,cukup!.sesi persekolah dah nak bermula. Baik aku gerak sekarang. Tak menepati janji langsung budak ni. Budak-budak zaman sekarang memang tak boleh harap.’ Muka Aqi macam mencuka. Dia mengangkat punggung dari bangku panjang dan mula berjalan .
Sewaktu berjalan melintasi taman sains, Aqi ternampak satu kelibat yang mencurigakan. Aqi mengerutkan kening kehairanan. ‘siapa pula yang stalker aku ni. Nak kena ni.’ Timbul idea nakal di dalam otak Aqi. Dia tersengih penuh muslihat.
Aqi meneruskan langkah seperti biasa. Di satu selekoh bangunan dia membelok dan menyorok. Derapan kaki yang asing mula mendekat. Apabila kelibat tersebut mendekat, Aqi dengan pantas menarik orang tersebut ke dinding dan mengilas tangannya ke belakang.
“aargh. Sakit la.” Seorang budak lelaki menjerit kesakitan dengan tindakan mengejut Aqi. Aqi tersengih kemenangan.
‘ Itu la. Tak ada penyakit cari penyakit. Kan dah kena’ Aqi ketawa galak.
“ lepaskan aku!” pinta budak lelaki itu.
Perlahan-lahan Aqi melonggarkan kilasan yang dikenakan terhadap budak lelaki tersebut. Tangan budak lelaki tersebut masih dipegang kemas oleh Aqi. Takut budak stalker ni lari. Kena la ambil langkah berjaga-jaga.
“Hah,sekarang cakap. Kenapa ko ikut aku?” desak Aqi.
“..................................”
“Tak nak cakap ye. Rasakan ni” satu tumbukan hinggap di bahu kanan budak lelaki itu. Mukanya mengeriut menahan rasa sakit.
Budak ni degil betul. Baiklah,peluang terakhir. Aik,baru sekali je kau tanya. Ah,lantak la. No need to waste my time. Waktu belajar dah nak mula ni.
“Peluang terakhir. Cakap siapa kau? Kenapa kau mengekori aku?”
Hanya gelengan yang diterima Aqi. Okey,fine. Degil sangat kau ye!. Aqi menarik telinga budak lelaki itu . kali ini budak tersebut mengalah dan mengangkat kedua-dua tangan. Aku surrender!. Aqi berhenti daripada menarik telinga budak tersebut.
“ Aku Tarmizi. Budak kelas 5 bulan. Aku Mr X. Maaf sebab tak muncul tadi. Aku takut silap orang. Dan, maklumat tu penting. Kalau jatuh ke tangan yang salah,pasti musibah besar akan melanda.” Terang Tarmizi.
“oppss, senior rupanya. Ehehehe, maaf sebab berkasar .” Aqi melepaskan tangannya dari belakang badan Tarmizi.
Tarmizi perlahan-lahan pusing menghadap Aqi dan mengibas-ngibas bahagian depan bajunya yang sudah berwarna putih akibat melekap pada dinding tadi. Cat dinding sekolah ni sepatutnya diganti. Sekali pegang,hablurnya melekat pada tangan. Tarmizi menggeleng-geleng beberapa kali.
Dia mengangkat wajah dan what the fish. Kacaknya senior! . Aqi terpegun dengan ketampanan Tarmizi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar