When ever you felt the devil inside your heart dont fall over. just slap his/her face with cold metal
"Selamat hari
lahir!!"Kedua-dua kembar mendapat pelukan daripada Ibu dan ayah
mereka.Mereka sengaja memaniskan muka agar ibu bapa mereka tidak syak apa-apa.Ya,pergaduhan
mereka kali ini sudah melebihi waktu biasa.Sudah pun melebihi 24 jam.Aneh dan
teruk sekali pada fikiran Lutfi Zafrill.Isu kali ini memang panas dan tidak
mudah untuk dileraikan.
"Anak-anak
ibu dah besar sekarang ni."Senyum Puan Mai.Nama penuh ibu mereka adalah
Maila binti Mazir.Bunyinya senada dengan huruf 'M' dihadapan nama. Puan Mai
menghulurkan bungkusan hadiah bagi setiap buah hati pengarang
jantungnya.Senyumannya masih tidak lekang dari bibir.
"Terima
kasih ibu!"Kedua-dua kembar serentak mengucapkan kata-kata itu.Ibu mereka
lantas dipeluk buat kali kedua.Puan Mai mengangguk kepala beberapa kali
menerima pelukan itu.Lutfi Zakiel terlebih dahulu melepaskan pelukan diikuti
pleh adiknya.Mereka sentiasa begitu.Tindakan Lutfi Zakiel pasti akan disusuli
oleh adiknya .Sudah lumrah mereka.
"Okey
la.Ibu rasa ibu patut keluar sekarang.Ada kerja yang perlu ibu buat.Persediaan
untuk menyambut hari kelahiran kamu masih belum siap sepenuhnya.Kesian Mak
Melur sorang-sorang dekat dapur tu."
"Ayah pun sama!"Encik
Zamanshah berkata pantas lalu mengikuti isteri tercinta ke dapur.Lutfi Zafrill
tersenyum.Ayah memang pantang kalau ada ibu.Ke mana sahaja pasti mahu ibu di
sisi.Mujurlah perangai ayah tidak berlarutan sehingga ke tempat kerja.Kalau tidak
mesti haru-biru jadinya.Pasti sukar untuk ibu menjalani hidup sebagai seorang
suri rumah berkerjaya.Ke mana sahaja ada orang yang mengikut.Dia tergelak
sedikit.
Kelakuan
Lutfi Zafrill mendapat jelingan daripada abangnya.Dia hampir terlupa tentang pergaduhan
mereka.'Oh,iya.Aku patut bermuka kaku waktu ni.Eh,budak ni.Apa
jeling-jeling?'Dia membalas jelingan Lutfi Zakiel.
Lutfi
Zafrill memandang hadiah di tangannya.Balutan hadiah dibuka dengan
cermat.Hatinya sedikit berdebar-debar.Dia kelihatan seperti seorang kanak-kanak
kecil yang baru mendapat mainan.Matanya menggambarkan perasaan teruja.Ketika
itu,dia tidak langsung mencermin seseorang remaja yang matang.Malahan dia lebih
kepada kanak-kanak berusia 3 tahun.
Lutfi
Zakiel mengeluarkan bunyi seakan-akan menyampah.Kelakuan adiknya itu memang
tidak masuk akal.Umur sudah 17 tahun tapi berkelakuan seperti
budak-budak.Hadiah je pun.Bungkusan hadiah Lutfi Zakiel sudah pun terbuka
sepenuhnya.Dia mengoyakkan kertas pembalut dengan mudah tanpa perlu berfikir dua
kali.
Senyuman
terukir di bibirnya.'Ibu dengan ayah memang terbaiklah!'Dia memegang hadiahnya
yang berupa gitar pada kedudukan yang lebih selesa.Gitar itu berwarna hitam
pekat.Warna kegemarannya.Pasti ibu yang tolong memilihnya.Tangan kanannya
dihalakan pada tali gitar paling atas.Sejurus itu,tangan itu diayun ke atas dan
ke bawah menyentuh tali gitar.hanya pergelangan tangan kanannya yang
bergerak.Bunyi rambang yang keluar dari gitar itu dihayatinya dengan mata
terpejam.
Lutfi
Zafrill berlari keluar dari bilik membawa hadiah yang telah dibukanya.Abangnya membuka mata apabila
mendengar bunyi derapan kakinya.Lutfi Zakiel tersenyum senang melihat ketiadaan
adiknya di dalam kamar.Kakinya sebelah terjuntai ke bawah katil bujang bersaiz
besar itu.Berayun-ayun sedikit kakinya.Dia menyambung semula pekerjaannya
sebentar tadi.Kini,dia memetik gitar berdasarkan chord-chord sebuah lagu.Tentu
korang semua tidak percaya lagu apakah yang sedang dipetiknya.Gitar itu
berbunyi menghasilkan nada bagi lagu Astronout by simple plan dan mula
berkumandang di dalam bilik itu.
~^_^~
Melysa
sedang bersenang-senang di atas katil.Dia meniarap dengan sebelah tangan
memegang sebatang tongkat kecil.Tongkat itu berwarna biru keemasan.Dihujung
sekali ada ukiran yang berbunyi 'Melysa pangkat 3'.Mulut Melysa menggumam
beberapa perkataan yang pelik.Berayun-ayun tongkat sepanjang 15 sentimeter itu.
"Hah!"Melysa
bangkit merenung dinding di hadapannya.Tiada apa-apa yang aneh.Dia mengeluh
hampa.'Kenapa tak jadi apa-apa ni?Penatlah kalau macam ni.Dah seminggu aku
berlatih benda yang sama.Tapi tak berjaya juga' Melysa membaling tongkat itu ke
atas dan menyambutnya ketika tongkat itu hampir menyentuh rambutnya.
"Hmmph,apa
boleh buat.Aku tak sepandai kakak."Dia berkata sambil tangannya bergerak
ke arah rambutnya yang dibiarkan lepas.Tangannya sebelah menghayun tongkat dan
satu getah rambut melayang berhenti di atas tapak tangannya yang kini terbuka
luas.Dapat sahaja getah rambut itu,dia terus mengikat rambutnya membentuk
sanggul ala-ala puteri raja.
"Bukankah
hari ni ada keramaian menyambut hari lahir putera kembar?"Badannya
tiba-tiba tegak sesaat.Selepas itu,dia kelam-kabut turun dari katil dan berlari
ke arah almari pakaian yang terletak di penjuru bilik.Tangannya laju bergerak
ke arah baju-baju di dalam almari itu.Matanya meliar bagaikan singa
kelaparan.Dia mengelipkan mata beberapa kali.
'Tak
ada?'Mukanya berubah pucat serta-merta.'Oh tidak!' Melysa menjerit dengan kuat
dan menerjah keluar dari bilik dengan hentakan kaki yang agak kuat.Dia menuju
ke bilik yang terletak di hujung laluan
pada bahagian rumah yang sama.
"Kakak!"Melysa
memulas tombol pintu.Malang sekali ianya berkunci dari dalam.Dia
mengetuk-ngetuk pintu bilik.Waktu itu dia cuma berharap pintu itu segera
roboh.Bolehlah dia masuk dan mencekik kakaknya yang menjadi dalang kehilangan
baju kepunyaannya.
"Hik hik.."Terdengar tawa seseorang di dalam
bilik kakak Mania.Melysa semakin geram.Mukanya sudah merah padam.Terasa dirinya
dipermainkan.Dia berlari ke tingkat bawah untuk mengambil kunci pendua bilik
kakaknya.
'Ching ching ching'Melysa memulas kunci selepas
memasukkannya ke dalam lubang pintu.Bunyi seseorang terkejut di dalam bilik
membuatkan Melysa semakin bersemangat.Dia menolak daun pintu sehingga terbuka
luas dan dia merempuh masuk dengan hentakan kaki yang sangat kuat.
Matanya meliar ke serata bilik berwarna merah jambu
itu.Aneh!Tiada bayang manusia apatah lagi kakak Mania.Melysa tahu kakaknya itu memang handal bab menyorok dan juga melarikan
diri daripadanya.Pasti kakak menggunakan sihir.Dia tahu hanya satu cara sahaja
yang boleh dia gunakan bagi mendapatkan kakaknya.
Dalam keadaan ini dia masih dapat memikirkan muslihat untuk
mengenakan kakaknya.Sengihan jahat sudah mula mengukir tempat dibibir
Melysa.Dia berjalan seakan seorang kanak-kanak yang riang bermain-main.
Apabila
berhenti di hadapan almari solek kakaknya,Melysa segera mencapai sebotol besar
bedak dan membuka penutupnya luas-luas. Senyumannya bak beruk mendapat ‘makwe’
itu sungguh mengerikan sesiapa sahaja yang memandang. Dalam sekelip mata,serbuk
wangi berwarna putih sudah memenuhi ruang bilik Mania.
Di suatu sudut di dalam bilik itu juga sudah
tercegat satu lembaga putih bersalut tepung yang di lempar Melysa bak tepung
tawar itu tadi. Terdengar kekehan tawa daripada mulut Melysa. Bajunya yang
berwarna oren terang tidak terjejas langsung dengan bedak itu. Botol bedak
jenama Pureen itu diletakkan kembali ke atas almari solek. Berguna juga bedak
bayi ni di waktu kecemasan. Hati Melysa mula berkata-kata. Okey. Langkah
seterusnya!
“Mana baju Melysa,kakak?”
sambil bertanya,tangannya merayap ke botol minyak wangi yang berwarna merah
hati. Dilambungnya botol itu berkali-kali. Kalau silap baling alamatnya
berkecailah botol kaca itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar