Jumat, 13 Januari 2012

ThE tAle OF HiGh sChooL (part1)


            "Bila perlawanan antara sekolah kita dengan smkas nak berlangsung?"Tanya Humaira.
            "Huh?"
            "Perlawanan antara sekolah tu bila berlangsung?"
            "Oh,maaf,aku tak dengar tadi.Hurm,kalau tak silap aku,minggu depan"balas Uwais.
            "Mesti abang Shahizran dengan abang Faris sibuk kan.Kesian diorang"Kata Humaira dengan muka prihatin.
            "Eh eh,apsal kesian pulak kat diorang?Yang mamat kacak depan mata kau nih,tak kesian ke?"
            "Haha,kau?Perlu ke?Tak penting"
            "Oooo,tak penting ea.Ok fine.Kalau aku menang perlawanan tu nanti tak payah ko nak dekat dekat dengan aku.Dont dream to share my glamorous."Uwais buat muka merajuk.
            "Eley,tak payah lah ko na buat muke cam gitu.Dah gaya muka nak minta penampar ko tahu?"
            Uwais menjeling Humaira dengan geram.Selepas beberapa saat,dia melangkah meninggalkan Humaira keseorangan dengan muka bingung.
            'Apsal pulak dengan mamat nih.Selalunya oke kalau orang bergurau.Ni tetiba ambil serius pehal?PMS kot,hik3.Ah,lantak dia la.'

***************************************************************************

"Hiargh!hiargh!"Peluh mula membasahi badan Shahizran dan begitu juga Faris.
            Tumbukan padu dari Izran berjaya dielak dengan pantas.Izran termengah-mengah kerana tumbukannya tidak mengena.Peluh di muka dikesat dengan sebelah tangan.Jurulatih yang berdiri di tepi gelanggang hanya tersenyum melihat anak muridnya berlatih dengan bersungguh-sungguh.
            "Oke,sekarang berkumpul.Faris,tolong ambil kayu yang ada dekat pintu tu kejap. Bawak kesini ye.”Faris mengangguk.
            “Nah,”Beri Faris.
            “ Terima kasih Faris. Sekarang cikgu nak Syahizran pegang kayu ni dikedua-dua hujung. Faris gunakan semua teknik yang telah cikgu ajar dan cuba kalau boleh pecahkan kayu tu.” Kata jurulatih sambil tersenyum. Faris menarik nafas dalam-dalam.
            Sesi latihan tamat setelah jam menunjukkan tepat-tepat pukul 6.00 petang. Kesemua pelatih silat pulang ke rumah masing-masing. Sewaktu Faris sedang memakai helmet dikepalanya,dia disapa seseorang.
            “Hey,cantik tendangan kau tadi.”
            “Eh?” Faris memalingkan muka ke tepi. Sesaat kemudian itu dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.
            “Em,kau nak apa Uwais ?”Tanya Faris.
            “Tak de la. Tak de apa-apa.Erm,kau dah bersedia ke nak lawan dengan smkas tu?”
            “Agak-agak kau la..aku dah sedia ke belum?Nak dipendekkan cerita,kau nak ape?Dah sedia ke belum?Hahahahaha” Faris gelak dengan gaya putera kejam.Lelucon Faris diterima Uwais.So,dia pun gelak sama.
            “Kahkakahkah!!Kau buat lawak ye.”Kata Uwais dengan ketawa yang masih bersisa.
            Faris mengangkat bahu. ‘terpulang’  Faris membelek jam tangan di tangan kirinya. Uwais faham bahawa Faris perlu segera beredar. Dia menepuk bahu Faris dan membuat isyarat untuk beredar. Faris mengangguk dan tersenyum kecil.
            “Jumpa lagi! Bawak motor tu elok-elok!” Uwais memekik dari jauh. Dia berjalan sambil mengangkat sebelah tangan melambai kearah Faris.
            “Broommm..” Faris memulas minyak motornya dan meninggalkan kawasan perkarangan dewan dengan kekasihnya yang berwarna silver itu.


            “hmmmm” Uwais bersenandung. “nananananna~”
            “uwais!uwais!”
            Uwais berhenti bersenandung.dia menjengukkan kepalanya ke luar tingkap.
            “ye mak!” Uwais menyahut panggilan ibunya. Ibunya sedang sibuk menghidangkan minum petang di halaman luar. Ayahnya pula kelihatan sedang leka membaca akhbar sambil menyilangkan kaki.
            “ Uwais,keluar lah. Mak dah sediakan minum petang ni.mari minum sama-sama.”
            “baik mak!” Uwais menukar seluar pendeknya dan memakai seluar denim berwarna biru muda. Dia berjalan dengan santai ke luar rumah.
            “hai!” satu suara menyapa Uwais berdekatan dengan pagar tembok rumahnya.
            “hey” Uwais mengerutkan keningnya. Seorang gadis dengan basikal hijau sedang tersenyum manis memandang kearahnya.
            “erm, sibuk ke?” Tanya gadis itu.
            Uwais teringat tentang peristiwa di sekolah. Dia memasamkan muka. ‘herm, malas lah aku layan budak ni’ dia lantas meninggalkan Humaira terkebil-kebil di pagar tembok itu.
            ‘isy, Uwais ni. Dia bla macam tu je? Apa salah aku?” Umaira menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.  “budak ni memang PMS ke?tapi dia kan lelaki..hormon tak stabil?ye kot.hihihi” dia menutup mulutnya menahan ketawa.
            Uwais terdengar Humaira ketawa kecil tetapi dia tidak menoleh kebelakang. Dia mahu mogok. Mogok apa? Mogok merajuk! ‘haih,kau ni macam budak kecik la Uwais’
            “mak,lusa Uwais nak pergi latihan cemerlang dekat kem WEAS. Minggu depan kan Uwais ada perlawanan seni bela diri,jadi Uwais kena lah berlatih bersungguh-sungguh. Mak tolong hantarkan Uwais eh.” Kata Uwais selepas melabuhkan punggung di kerusi berwarna merah hati .
            Ibu Uwais mengangguk. Ayahnya hanya menjeling dari ekor mata tanpa mahu mengalihkan pandangan dari surat khabar. Berita ‘seorang anak menyembelih ayah sendiri ‘ begitu menarik perhatiannya. ‘zaman sekarang.macam-macam boleh terjadi’ dia menggelengkan kepala beberapa kali.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar