Jumat, 12 April 2013

CERPEN Cinta Vampire :[




Haira seorang gadis yang tinggal di sebuah perkampungan diraja bersama-sama seorang abang angkat yang ditemuinya sejak dia berusia lima tahun. Waktu itu,ribut melanda perkampungannya. Dia ditinggalkan keseorangan oleh keluarganya yang dia sendiri sudah lupa bagaimana rupa wajah mereka. Dia kesejukan ditimpa hujan dari atap jerami kandang kuda yang bocor. Dia hanya ditemani selimut tebal pelindung kepala dan separuh badannya daripada kesejukan .  namun,selimut tebal itu tidak berjaya menolong memanaskan badannya malahan membuatkannya menggigil kedinginan. Sekali-sekala bunyi besi berlaga kedengaran tidak jauh dari kandang kuda yang sedang diteduhinya.
            Mata Haira galak memerhatikan sekeliling. Rambutnya yang panjang menutupi dahi turut mengganggu pandangan matanya. Dia tidak mempedulikan rambutnya itu dan terus meliarkan pandangan ke segenap arah. Tanpa diduga, muncul seorang kanak-kanak lelaki dari pintu kandang kuda itu. Kanak-kanak lelaki yang hampir sebaya dengannya itu melangkah setapak demi setapak dan berhenti betul-betul dihadapannya. Mata Haira membulat ,dia mengeratkan pelukan tangan ke tubuhnya sendiri. Matanya basah bergenang air mata. Dia menangis tanpa suara.
            Kanak-kanak lelaki itu menarik selimut tebal yang membaluti tubuh kecilnya dan melemparkan jauh dari pandangannya. Badannya dirangkul erat dan rambutnya yang basah terkena air hujan itu diusap-usap penuh kasih-sayang persis pelukan seorang abang kepada adiknya. Dia membalas pelukan itu . Haira berasa selamat ketika itu dan dia berharap waktu terhenti buat selamanya.
            “Alam! pasangan suami isteri itu dan seorang anak lelakinya telah tiada. Mereka gagal diselamatkan” seorang lelaki berhud dikepala muncul di tempat yang sama kanak-kanak lelaki itu muncul tadi. Sebilah keris terhunus di tangan kirinya. Haira berasakan kepenatan yang amat sangat. Matanya lama-kelamaan mula terkatup secara perlahan-lahan. Dia rebah di dalam dakapan kanak-kanak lelaki itu.
            “Haira!pesanan meja 2” seorang gadis cilik tersenyum dan menganggukkan kepala seraya mendengar suara itu. Dia mengambil dulang yang berisi makanan dan membawanya ke meja 2.
            “Ini dia makanan tuan. Sila nikmatinya” Haira menundukkan kepala sedikit tanda hormat. Senyuman masih mekar di bibirnya.
            “Alam!Kenapa tak cakap kau nak singgah?” Seorang pemuda di kaunter pesanan melambaikan tangan ke arah pelanggan yang menerima makanan daripada Haira. Pelanggan yang berambut coklat kehitaman itu tersenyum mendengar jeritan Darma.
            “Aku perlu bertugas di luar kawasan.jadi,aku mahu mengucapkan selamat tinggal sebelum aku pergi. Lebih-lebih lagi kepada adik aku yang tersayang ni” Alam berkata dengan suara yang serak-serak basah. Wajahnya memang kacak seperti anak raja. Tambahan pula dengan suara itu membuatkan tercetusnya impian di hati gadis-gadis di perkampungan itu untuk memiliki hatinya.
            Kerusi kayu dihadapan mejanya ditarik keluar oleh Haira. Haira lantas duduk seraya berbuat demikian. Talam yang dipegangnya tadi kini ditolak ke tepi. Dia merenung wajah abang angkatnya itu. Abangnya itu sering keluar daerah semata-mata ingin menjaga keamanan perkampungan itu. Tugasnya sebagai ketua panglima membuatkannya sering tiada untuk menemani Haira. Dia hanya mengharapkan sahabat-sahabatnya yang dipercayai seperti Darma si penjaga kaunter dan juga adik beradik kembar Winter. Hanya kepada mereka bertiga dia berharap ketika ketiadaannya.
            “Abang,tak boleh ke suruh orang lain yang pergi jaga kawasan di Hutan Dalima?Haira takut terjadi sesuatu yang tak elok kepada abang” Kening Haira bertaut. Alam hanya melemparkan senyuman kepada Haira.
            “Alam,kalau adik kau nakal-nakal aku sekeh,tak apa kan?”Darma sudah tersengih nakal. Haira mencebik mendengar kata-kata Darma yang sering kali mencari jalan untuk mengenakannya.
            “Boleh je. Aku tak kisah asalkan adik aku ni jadi budak yang baik lepas kau sekeh dia” Alam tergelak kecil ketika menuturkan kata-kata itu. Haira sudah menunjukkan muka tidak puas hati dengan keizinan yang diberikan oleh Alam kepada Darma.
            Alam  mencicip air minuman di atas meja dan mula memakan kentang goreng dicicah dengan sos keju yang dihidangkan bersama. Usai makan,dia bangun memohon diri untuk pergi.
            “selamat tinggal adikku Haira. Selamat tinggal Darma. Dan selamat tinggal semua. Aku harap Haira dijaga dengan baik sepanjang pemergianku. Andai aku tidak pulang,janganlah ditangisi pemergianku ini.” Bergenang air mata Haira mendengar ucapan Alam. Dia bagaikan tidak mahu kembali semula ke perkampungan itu. Mata Darma dilihat sudah seperti kaca. Darma mula mendekati Alam dan memeluknya dengan erat.
            “Semoga pulang dengan selamat sahabatku” Alam membalas pelukan Darma dengan hati yang sebak. Dia tidak mahu mengalirkan air mata dihadapan mereka berdua. Mereka tidak boleh tahu bahawa misi kali ini melibatkan sesuatu yang amat dasyat. Dia tidak mungkin dapat pulang dengan selamat. Agak lama barulah pelukan itu terlerai.
            Alam berkalih pula mengadap Haira. Pelupuk mata adiknya itu sudah basah dek air mata. Dia mengangkat tangan mendekati wajah Haira. Air mata Haira dikesatnya perlahan. Sesuatu daripada kocek seluar hitamnya dikeluarkan dan dihulurkan kepada Haira. Haira menyambut perlahan-lahan. Esakan tangis Haira sudah mula kedengaran. Perkara terakhir yang dia mahu lihat dalam hidupnya adalah tangisan Haira.
 Dia tidak suka adiknya itu sedih sejak dia menemui Haira di waktu ribut dahulu. Semenjak kejadian itu,dia sudah berazam untuk menceriakan hari-hari Haira walau apa pun risikonya. Dia pernah memasuki taman larangan diraja dan mengambil bunga emas yang terdapat di dalamnya kerana Haira bersedih. Bunga itu Berjaya mengembalikan semula senyuman di bibir Haira. Alam tersenyum mengingati kembali cabaran yang dihadapinya ketika cuba memetik bunga emas itu. Dia hamper jatuh ke dalam lopak yang dipenuhi tahi binatang sewaktu dikejar pengawal. Ketika itu dia masih berumur 12 tahun. Budak itu tidak perlu bersedih lagi setelah kehilangan keluarga yang tersayang.
            Haira memeluk Alam dengan erat.  Sama seperti  sewaktu dia berumur lima tahun dahulu,dia juga mahu masa berhenti ketika ini. Dia mahu masa tidak berjalan sampai bila-bila,selama-lamanya. Malangnya,dia bukan tuhan mahupun dewa yang mampu berbuat perkara semustahil itu. Dia hanya manusia biasa yang perlu akur pada takdir. Alam menepuk-nepuk belakang Haira. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan dan menjarakkan dirinya. Dia tidak boleh lama di situ. Air matanya sudah mula memaksa-maksa untuk keluar memunculkan diri. Dia lantas mengangkat beg galasnya melangkah keluar dari kedai itu. Sebelah tangannya melambai-lambai ke arah Haira dan Darma. Dia mengukirkan senyuman perpisahan yang terakhir untuk mereka berdua.

“Heeeeeeeeeee.hiiiiiiiii..heheheeeeeeeee” suara mengilai itu kedengaran hampir sekali dengan tempatnya berdiri sekarang. Dia menarik keluar sebatang anak panah silver dan membawa busur ke hadapan.
Kaki kanannya bergerak sedikit ke hadapan. Panah yang telah berada pada busur itu ditarik dengan kuat. Matanya pantas mengesan sasaran. Objek yang melayang terbang di sebalik dahan-dahan pepohon hijau itu berjaya dikesannya. Sekelip mata panah silver itu meluncur dan menepati sasaran tatkala tarikan itu dilepaskan. Senyuman Alam terukir meraikan kejayaannya itu. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seperti udara yang sangat laju. Pada masa yang sama,Alam terpaku. Busur di tangannya jatuh ke tanah. Alam toleh ke bahu kirinya berdekatan jantung. Baju putihnya di cemari tompokan kecil cecair  berwarna merah pekat kehitaman. Perlahan-lahan tompokan itu merebak membentuk seakan-akan peta.
Waktu itu,Alam sedar nyawanya sudah sampai di penghujungnya. Ya,riwayat hidupnya akan tamat di situ. Di hutan Dalima yang penuh misteri hitam. Alam terduduk ,tangannya yang tadi memegang busur kini sedang menekan kuat bahagian luka. Peluh mula memenuhi wajahnya yang berkerut menahan kesakitan sakratulmaut. Dia sudah tidak berdaya menahan kesakitan dan jatuh terbaring di tanah. Perlahan-lahan erangannya berkurangan. Matanya terpejam. Dia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Abang!” Haira tersedar daripada lena. Dahi dan seluruh tubuhnya lencun berpeluh. Dia baru sahaja mendapat mimpi yang sangat ngeri. Kepalanya digelengkan berkali-kali tidak mempercayai apa yang dilihatnya di dalam mimpi itu.
“Tok tok tok” pintu hadapan rumah kayunya diketuk dengan kuat. “Haira!haira!buka pintu.” Suara kembar Winter kedengaran dari luar rumah. Pintu diketuk-ketuk sekali lagi. Haira bingkas bangun dari pembaringan dan mencapai kain kecil di bahagian kepala katil. Mukanya yang berpeluh itu dilap kering. Dia melangkah lemah ke pintu hadapan. Selak dan kunci pintu yang lebih daripada satu itu dibukanya dengan cepat pabila ketukan di pintu semakin deras.
Pintu akhirnya terbuka setelah kunci terakhir dirungkaikan. Micga Winter berdiri di situ dengan wajah pucat seperti baru lepas terlihat hantu. Tangan kirinya yang tergenggam erat saat mengetuk pintu rumah Hairatadi kini sedang terketar-ketar bukan sedikit malahan banyak.
“Kenapa?” suara halus Haira tajam menusuk ke gegendang telinga Winter. Dia tidak jadi pengsan. Ya,tadi dia hampir-hampir pengsan apabila mendengar khabar berita tentang Alam abang angkat Haira. Dia berlari agak jauh,dari pinggir Hutan Dalima sehinggalah ke rumah Haira. Dia tidak menungga kuda mahu pun burung besar. Hanya menggunakan kakinya sendiri untuk sampai ke situ. Bila memikirkan kembali,dia rasa seperti tulang-temulang di kakinya itu mahu tertanggal. Pasti dia tidak dapat keluar rumah seminggu kerana kakinya mogok.
“Alam..” Nafas ditarik kembali. Panjang sekali tarikannya itu. Haira memegang bahunya tatkala mendengar nama itu.
“Kenapa dengan abang Alam?” Bahu Winter sudah digoncangnya dengan kuat. Memaksanya untuk berkata-kata selanjutnya.
“Alam ,di….dia ditangkap puntianak. Saksi yang ada di situ mengatakan Alam sudah mati. Kalau dia hidup pun dia hanya makhluk yang tiada perasaan. Puntianak itu akan gembira jika dapat menukarkannya menjadi sebahagian daripada mereka” Winter tertunduk lemah. Haira tajam mendengar. Sampai sahaja bait yang terakhir,dia rebah ke tanah. Genggaman tanggannya di kolar baju Winter terlerai serta-merta.
Mata haira terpaku memandang langit yang gelap-gelita. Bibirnya terkatup rapat. Dia tidak percaya dengan semua yang dikatakan oleh kembar Winter. Semua itu palsu. Abangnya masih hidup! Tiba-tiba terpancar gambaran-gambaran di dalam mimpinya tentang Alam jatuh ke tanah. Dan juga puntianak itu.Tak,Winter benar. Apa yang aku lihat di dalam mimpi adalah benar. Aku,aku perlu lakukan sesuatu supaya aku boleh terus bersama Alam!
Haira sudah tidak menggunakan akal untuk berfikir. Kata hati yang dirasuk kuasa jahat mula merajai keputusan yang bakal dibuat olehnya. Dia bangun dan berlari-lari kecil masuk ke dalam rumah. Dia menyelongkar al-mari di bilik abangnya itu. Botol kecil berisi cecair merah pekat di ambil dan di simpan kemas di dalam saku baju putihnya. Jubah hitam berhud dicapai dan segera disarungkan ke badan. Waktu itu,imbasan tentang Alam mula di tayangkan di kotak fikirannya.
“Haira,orang kampong sudah mula berfikir. Tidak seperti dahulu. Mereka tidak lagi mengharapkan keajaiban.” Haira mengangguk dengan kata-kata itu. Semua itu benar belaka. Dia tahu, jika dahulu orang kampong menangkap ikan menggunakan bantuan makhluk halus,kini mereka sudah mula menangkap ikan menggunakan teknologi. Mereka sudah mula berfikir!
“Abang sudah berjaya mengambil sampel darah puntianak. Kajian akan dijalankan ke atas sebahagian daripada darah itu. Abang harap mimpi penduduk kampung diraja akan menjadi kenyataan. Kita semua akan imun pada virus puntianak. Malahan,abang harap kita dapat menemui senjata untuk mengalahkan puntianak yang sedia ada. Sekadar mengetahui kelemahan mereka tidak mencukupi. Betul tak?” senyuman di pinggir bibir Alam dibalas dengan tawa kecil daripada Haira.
‘Woot…wot..’ sahutan burung hantu kini semakin jelas di pendengaran Haira. Dia sudah sampai di pinggir Hutan Dalima. Dia langsung tidak sedar bila dia mula berjalan ke tempat itu. Sungguh ralit dia dengan kenangan bersama Alam. Dia toleh ke kiri dan ke kanan. Mencari sesuatu yang mencurigakan. Setelah yakin dia tidak diekori, dia menyeluk saku dan mengeluarkan botol kecil tadi. Tadi dia juga sempat mencapai sebilah belati. Belati itu tersisip kemas di pinggang kirinya. Dia menarik keluar belati itu dan meletakkannya di tanah setentang dengan tempatnya berdiri.
Botol kecil berpenutup itu direnung Haira, lama. Dia mengangguk sedikit. Tangannya laju membuka penutup botol. Belati  atas tanah di angkat dan dihayunkan laju ke dada. Mata belati yang tajam itu menusuk masuk membuatkan darah Haira keluar dengan laju. Dia sudah tekad,kini. Cecair merah dalam botol kecil itu di togoknya dengan pantas. Laju sahaja cecair itu melalui kerongkongnya. Matanya terpejam menahan kesakitan luka dari belati. Dia sudah tidak mampu berdiri lagi. Perlahan-lahan dia rebah ke tanah. Bunyi-bunyian dari hutan lama-kelamaan tidak kedengaran di telinga Haira. Ya, masanya sudah tiba. Masa untuk dia pergi dan kembali  bersama Alam. Selama-lamanya bersama Alam. Dunianya kini bakal terhenti. Tidak untuk tua mahupun sakit. Dia akan terus muda dan sihat. Tidurnya ini Cuma sebentar. Mimpi indah bakal menghiasi hidupnya pabila dia terjaga. Harapan dia akan menjadi kenyataan. Harapan seorang insan yang menagih sebuah kasih sayang…..


~TAMAT~


















4 komentar: