Selasa, 29 November 2011

siri prince ~kes1~ zombie part 2


Kedua :’)

 Bulan kelihatan bercahaya dimalam yang gelap itu.bunyi burung hantu bersahutan berdekatan dengan balkoni dibilik imran tidak dipedulikan.dia menyusup bagaikan bayang-bayang.tiada bunyi yang dihasilkan.sememangnya tunjuk ajar yang diajar atuknya berguna diwaktu-waktu seperti ini.
            ‘aku mesti selidik dimana hati itu disimpan.hati itu telah banyak membawa malapetaka pada keluarga aku’
            “klak!!”tingkap bilik dibuka menggunakan dawai.salah satu taktik yang dipelajari sewaktu tinggal bersama atuk awan.
            Imran dikatil kelihatan bergerak-gerak sedikit.si penceroboh terkaku sebentar.tiada apa-apa berlaku.’huh~~’satu kelegaan terpamer di wajah si penceroboh.
            Imran dipandang beberapa ketika.sudah lama wajah itu tidak ditatapnya.tidak banyak perubahan pada wajah  imran melainkan wajah imran yang comel suatu ketika dahulu telah berubah menjadi kacak dan matang selayaknya bagi seorang remaja.
            Si penceroboh kembali melaksanakan tugas yang tertangguh sebentar tadi.laci ditarik perlahan-lahan.matanya sibuk bekerja namun barang yang dicari tidak kelihatan.
            “abang!!!”imran menjerit tiba-tiba.si penceroboh terkejut dan dengan pantas menyusup keluar melalui tingkap.angin malam menderu-deru memasuki tingkap yang ternganga.imran tersedar dari igauan.wajahnya dibasahi peluh dingin.
            “astaghfirullah....”imran beristifar.mukanya diraup.terasa pipinya dingin di sapa angin malam.dia memalingkan muka kearah tingkap.aneh,tingkap yang tertutup sebelum tidur kini ternganga bagaikan mulut gergasi.gelap dan hanya disimbahi sedikit cahaya bulan.
            ‘bukan ke tadi aku dah tutup tingkap tu?macam mana boleh terbuka pula?pelik.”minda imran giat berfikir.
            Imran bangun dan berjalan mendekati jendela.tiada apa-apa yang mencurigakan diluar.jam tangan dibeleknya.’sudah jam 9 malam?ah,lamanya aku tidur.’
            “tok tok tok”pintu bilik imran diketuk seseorang.
            “eh?”imran masih kebingungan.”siapa?”dia bertanya.
            “faris!”jawab seseorang di luar pintu bilik.
            ‘faris?siapa pulak faris ni?’kening imran berkerut. “sekejap”
            Imran masuk ke bilik air dan membasuh muka.mulutnya dikumur-kumur dengan cecair berwarna biru untuk menghapuskan mikroorganisma didalam mulut.
            ‘groooorrrh’air kumuran diludah ke sinki.semua pekerjaan tersebut dilakukan dengan pantas.rasa ingin tahu didalam hati membuatkan imran tergopoh-gapah melakukan perkara-perkara tersebut.
            Imran mencapai tuala mini yang tersangkut di tepi cermin tandas.muka dan tangannya dilap sehingga kering.tuala yang tebal itu dengan senang menyerap semua cecair dipermukaan kulit imran.
            Imran seterusnya melangkah ke pintu bilik.kunci pintu terbuka apabila dia memulas tombol dari dalam.sudah menjadi kebiasan kepada imran untuk mengunci pintu bilik sekiranya ingin tidur.dia tidak mahu diganggu sesiapa.sama ada kunci bilik atau dia akan keletihan akibat tidak mendapat tidur yang mencukupi.
            Pintu bilik terbuka luas.tiada sesiapa diluar.namun,derapan kaki kedengaran menjauhi ruang laluan kebilik imran. ‘sudah pergi rupanya’hati imran hampa.
Imran melangkah keluar dan menutup rapat pintu bilik. ‘klak!’bunyi berkeriut terhasil daripada perbuatan imran itu.
            Tangan dimasukkan kedalam kocek seluar denimnya.imran berjalan dengan santai.dia menuruni tangga berpilin dengan berhati-hati.senyuman diwajahnya terukir apabila terserempak dengan shahir ditingkat bawah.
            “shahir!”imran memanggil.shahir yang tersengih hanya mengangkat kening apabila namanya dipanggil. ‘mengapa?’
“erm..terima kasih eh sebab tolong aku kemaskan bilik bacaan tadi.”imran tidak membahasakan dirinya dengan abang im lagi.bahasa tersebut hanya digunakan pada waktu-waktu yang tertentu saja.kabanyakannya berlaku secara spontan.mereka berdua lebih gemar menggunakan aku dan kau sebagai ganti nama diri sesama mereka.
Shahir tersenyum. “no hal la bro.hal kecil je.eh,kau tahu tak siapa yang akan tinggal dengan kita sepanjang tahun ni sehingga cuti penggal?”kata shahir dengan nada teruja walaupun dia sudah mengetahui akan hal tersebut.
Muka imran berkerut hairan. ‘tinggal dengan kite?’otak imran ligat berfikir. “faris?”imran meneka.shahir melopong.macam mana pulak imran boleh tahu ha?.
“eh,betul la.siapa yang kasi tahu im?”shahir bertanya.imran hanya mengangkat bahu.
“isyh..im ni.orang tanya ,dia angkat bahu pulak.tak menjawab soalan betul.”shahir muncung apabila imran tidak menjawab soalannya.
“alololo..sayang bucuk-bucuk adek abang ni.meh sini abang peluk.”gurau imran.shahir bertindak menjauhi imran.kepalanya digeleng dengan laju.imran hanya ketawa melihat aksi spontan adiknya itu.
“cepat la bagi tahu shahir.macam mana kau boleh tahu pasal mende tu?”
“kay,tadi masa aku baru jage dari tidur,ada orang ketuk pintu bilik.aku tnya siapa,dia jawab faris.tu lah yang buat aku agak maybe orang yang ko maksudkan tu dia.lagipun siapa lagi orang asing dalam rumah yang ada.dia je la kan.”terang imran panjang lebar.
“0oooo..ingatkan kau ada deria keenam.”shahir ketawa kecil.
Imran mengangkat kening sebelah. “heh,bukan ada ke?aku kan hebat.bukan setakat deria keenam.deria kesepuluh pun aku ade.kan kan.”kata imran dengan bangga.
“eley,kalo deria yang daasyat-dasyat tu mana kire la.setakat mate hitam.shahir pon boleh buat.pergi mall beli bende yang name lens-lens tu.gaye mata harimau pun ada.”shahir mencebik.
“imran!shahir!apa yang tercegat kat tangga tu.meh turun ke dapur.makan malam dah siap.”
Belum sempat imran membidas kata-kata shahir,puan rose sudah bising.lantas,imran melompat turun dari tangga.pipi shahir sempat dicubitnya sebelum turun kebawah.shahir menjerit kegeraman.imran dibawah buat muka badut.lidahnya dijelirkan kearah shahir.isyarat kemenangan ditunjukkan kepada shahir.
Shahir menghentak-hentakkan kaki ditangga.perbuatannya mengundang kedatangan puan rose dan juga faris.mereka memandang hairan.pipi shahir merona merah akibat menahan malu dan geram.imran sudah lama beredar ke dapur.
‘aduh,malunye aku.kenapa aku boleh lupa ada orang lain dalam rumah ni.siap la kau imran.ada ubi ada batas,ada hari aku balas.huh!’
“apa yang shahir buat dekat tangga tu lagi?cepat,jom pergi dapur.karang sejuk lauk tu tak sedap pula nak makan.”puan rose mengajak shahir makan.faris mengangguk menyetujui kata-kata puan rose.
“mari”ajak faris.

            “Em sedapnya masakan mama.makin hari makin sedap la.bukan macam masakan shahir tu.berapa kali masak pun tak sedap-sedap.”kata imran sambil menjeling kearah shahir.
            Muka Shahir masih merah.marah + geram.faris dihadapan hanya memandang hairan.shahir menghadiahkan senyuman apabila mendapati faris sedang memandang kearahnya.
            ‘kalau tak ada abang kacak ni depan mata aku.dah lama kau jadi pekasam.kau tunggu je la waktu sume orang keluar.tahu la nasib kau macammana,’sengihan jahat terpamer dimuka shahir.
            Senyuman kemenangan imran tiba-tiba terpadam apabila melihat wajah jahat shahir. ‘alamak.dia ni kalau da buat muka macam tu memang tamat la riwayat hidup aku.harap-harap dia terhantuk lepas ni.biar dia hilang ingatan.kalau aku guna kuasa tu mesti aku kena marah dengan papa.aduh,masalah betul.ah,biar je la.selagi bende tu xjadi,aku masih ada waktu untuk berhati-hati dan juge mempersiapkan diri aku dari dia.hehe’imran kembali tersenyum.
            “hey!korang berdua ni.mama tengok dari tadi asyik tersengih-sengih.macam orang hilang akal.ada apa-apa masalah ke kat sekolah tadi?”Tanya puan rose.
            “eh?”imran dan shahir mengangguk-anggukkan kepala.mereka berpandangan seketika.sejurus selepas itu,mereka menggeleng-gelengkan kepala dengan cepat.
            “tak tak ada apa-apa la mama.im/shahir cuma penat hari ini”mereka berkata serentak.
            “ha,tengok tu.kejap angguk,kejap geleng.pastu kata tak ada apa-apa?korang jangan nak tipu mama.baik cakap betul-betul.apa masalah korang.”gesa puan rose.
            Faris hanya menjadi pemerhati.nasi dipinggannya sudah luak berbanding sebelumnya.perutnya yang kelaparan tadi sudah enak menyanyikan lagu rasa sayang.lagu rasa sayang?ah,layan je la lagu apa pun.janji perut dah kenyang.faris tersenyum.
            “eh,mana ada mama.kami tak ada apa-apa masalah walau sebesar kuman pun.betul tak imran?”
            “em,betul mama.kami oke.mama tak payah risau.”sambung imran.
            “kalau macam tu tak pe.tapi kalau mama Nampak lagi korang berkelakuan aneh.tersenyum-senyum lagi, siap!.mama akan korek sampai ke lubang cacing.”puan rose memberi amaran.
            “em!”imran dan shahir pantas menganggukkan kepala dengan pantas.
            “err..imran sekolah dekat simpang masuk pantai tu ke?”Tanya faris teragak-agak.semua mata memandang kearahnya.
            “yea.im sekolah dekat situ.”balas imran . “nanti abang faris daftar untuk bersekolah sementara dekat sekolah im juga kan?”faris mengangguk kecil.
            “abang faris,kalau cikgu suruh pilih kelas abang kata nak masuk kelas 6 bestari tau.dekat dengan kelas shahir.”shahir tersengih sambil memandang faris.
            Sebelum sempat faris menjawab imran terlebih dahulu membangkang. “ah,tak payah abang.buat apa duduk kelas yang hampir dengan kelas shahir?tak ada faedah langsung.baik abang pilih kelas 6 berani.deeekat dengan kelas im.”saran imran sambil membuat muka yang menyakitkan mata shahir.
            Shahir mendengus geram.faris tersenyum.macam anjing dengan kucing budak-budak ni.nampak je matang tapi tak.fikir faris.
            “em,nanti abang fikirkan saranan korang berdua.abang nak tengok dulu kawasan sekolah tu.im boleh tolong abang tak nanti?”pinta faris.
            “tolong apa abang?”
            “tolong jangan sibuk.”shahir mencelah. ‘hehehe!baru puas hati aku.padan muka’shahir ketawa dalam hati.
            Imran menjeling shahir dengan tajam.shahir menjelirkan lidah.faris bangun dan menggawang-gawangkan tangannya dihadapan imran dan shahir.
            “sudah,sudah.jangan bergaduh.shahir,kejap lagi abang nak jumpa dekat luar.im pun sama.untuk men’settle’kan hal korang ni,we have a game to win.”muka faris penuh dengan muslihat.beberapa rancangan sudah siap dirangka dalam mindanya.
            Shahir dan imran berpandangan.imran mengangkat kening.shahir membalas dengan mengangkat bahu.faris mengangkat pinggan dan membasuhnya di sinki.puan rose hanya memandang.Tuan Rizal seperti biasa tidak mempedulikan situasi yang berlaku diantara Imran dan Shahir.sekejap lagi baik la tu.fikirnya.
            Imran bangun dan bergerak ke sinki apabila faris siap meletakkan pinggan di rak.pinggan dibasuh imran dengan cermat.shahir memandangnya sekilas.malas bersama-sama membasuh pinggan. ‘biarlah imran basuh dulu.’

Tidak ada komentar:

Posting Komentar