Selasa, 06 Desember 2011

siri prince~kes1~zombie part3


BAB 3

        Berhampiran dengan bangunan killor,seorang pekerja yang lengkap berseragam kilang berjalan dengan agak pantas menuju ke kilang freeze.jam menunjukkan pukul 8.50 pagi.pasti punch kadnya akan berwarna merah.peluh didahi dikesat menggunakan tuala dibahu.
       Sampai dibelakang bangunan kilang,dia menukar kasut di rak yang telah disediakan.semasa sibuk mengikat tali kasut,tiba-tiba dia berasa tengkuknya perit.seseorang telah memukulnya dari belakang.dia sempat meraba belakang tengkuk dan mendapati..darah!!belum sempat dia berbuat apa-apa,pandangannya mula beransur-ansur kelam.
       Dia diheret oleh seseorang kebelakang tong besar.bajunya dibuka dan bertukar dengan baju orang yang mengheretnya itu.orang itu yang hanya mengenakan t-shirt berwarna hitam bercorak kelawar kini sudah berdiri dan memakai seragam kilang.topi dikepala dibetulkan kedudukannya.sengihan jahat jelas terukir di wajahnya.
        Orang itu atau lebih tepat dipanggil awartam adalah orang kanan pangeran putra.dia ditugaskan untuk melaksanakan suatu misi penting.awartam mendapat gelaran daripada kelawar hitam iaitu satu tempat sewaktu dia dijumpai oleh ayahanda pangeran putra sewaktu kecil.dia dibela dan ditatang bagaikan anak sendiri oleh raja bulan hitam.oleh itu,demi membalas jasa raja tersebut,dia sanggup mengabdikan dirinya dengan melakukan kerja-kerja keji bagi mencapai matlamat pangeran putra dan ayahandanya.
          Awartam kini berjalan sambil membimbit satu beg kecil ditangan.dia sedang menuju kearah loji pemprosesan coklat.sampai saja di tangki coklat keluaran baru,dia memanjat tangga yang telah disediakan untuk kegunaan pekerja.diatas,dia dapat melihat dengan jelas coklat freeze yang sedang menggelegak didalam kawah tangki.
         Tanpa berfikir panjang,dia membuka kantung beg yang dibawanya. isi beg tersebut dikeluarkan.dia membuka penutup botol cecair merah yang dikeluarkannya sebentar tadi.mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.cecair merah yang terdapat didalam botol itu kelihatan seperti bersuara.       
            “sasssawaslaassskawerrrrsasssssssss”cecair berwarna merah bergerak-gerak seperti tidak sabar-sabar untuk keluar melihat dunia.
            Awartam menuangkan cecair merah tersebut didalam kawah coklat.bunyi sssttt terhasil daripada tindakannya itu.selang beberapa saat,satu letupan kecil terhasil.coklat yang sebentar tadi berwarna hijau kini berwarna merah pekat seperti warna darah.
            Kerja awartam kini selesai.dia memasukkan kembali botol tadi kedalam beg.tangga tadi dituruninya dengan pantas.dia tidak mahu sesiapa menyedari kehadirannya disitu.
            Dia berjalan agak laju dan menukar kembali bajunya dibalik tong besar .pekerja kilang yang pengsan tadi masih belum sedar.seragam kilang disarungnya kembali ke tubuh pekerja kilang.kedudukan pekerja kilang itu dibetulkan seperti sedang tidur sambil duduk.
            Setelah selesai,awartam mula bergerak kearah satu tempat tersembunyi yang ada di kilang tersebut.dihadapan satu meja besar,dia berdiri dengan tangan yang terangkat keudara.mulutnya kembali terkumat-kamit.
            “yasiadiaterorisamiutakamerotiuyeweop. Killarrrrrkillarrr..bukerobukeroooooooopintukapintukaiihuaniakamaluakioniotasedareokiutedoa.”mantera kegelapan dibacanya dengan lantang.semakin lama suaranya semakin kuat.
            Suasana berubah menjadi kelam.tiada sesiapa yang menyedari akan keanehan yang sedang berlaku. Pekerja kilang masih meneruskan rutin harian mereka seperti biasa.


Di sekolah....
            Imran sedang membawa faris berjalan-jalan disekitar kawasan sekolah.mentari yang cerah sebentar tadi kini sudah menghilang dibalik awan mendung yang aneh.
            “yang tu kelas siapa?”faris bertanya sambil membaca papan tanda ditepi pintu kelas. “6 bestari?”
            “kelas yang shahir cakap semalam. kelas yang bertemakan taman fantasi yang bersebelahan dengan kelas 6 bestari tu pulak kelas shahir.hodohkan?”imran ketawa kecil.
            Faris tidak memberikan apa-apa respon.matanya kini memandang kearah langit.imran hairan lantas dia turut mendongakkan kepala ke langit.
            Awan kelam dilangit membuatkan perut imran memulas.rasa yang tidak enak kini bertandang dihati imran.deria puntianaknya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku disesuatu tempat.
            Tangan faris berdenyut-denyut.faris tunduk memandang kearah tapak tangannya. Tanda lahir berbentuk kelawar di tapak tangannya sedang bercahaya.tiba-tiba faris mengerang kesakitan.
            Imran terkejut melihat keadaan faris.faris kelihatan sedang menggenggam tangan kirinya dengan kuat.cecair aneh mengalir keluar daripada genggaman faris.
            “abang faris!abang faris!kenapa ni?”imran panik.dia menggoncang-goncangkan bahu faris.
            Faris pengsan selepas 30 saat menahan kesakitan.cahaya dari tanda lahir faris kian malap dan akhirnya menghilang dibalik tapak tangan faris yang dibasahi cecair putih yang aneh.
            Imran memangku kepala faris.dia mengambil tangan kiri faris dan membuka genggamannya. Dia terkejut apabila mendapati terdapat tanda lahir berbentuk kelawar ditapak tangan faris sama seperti yang ada pada dirinya.
            ‘mungkinkah dia.....tak,tak mungkin.papa Rizal cakap dia dah lama mati kena bunuh dengan puak bulan hitam’
            Imran meletakkan tangannya diatas tangan faris.cahaya biru terhasil memenuhi segenap tangan faris.mata imran berubah menjadi hitam pekat keseluruhannya.dia sedang berusaha untuk mengembalikan tenaga dalam diri faris.
            Beberapa ketika selepas itu,faris mulai sedar.dia membuka kelopak mata secara perlahan-lahan.wajah imran memenuhi pandangan matanya.imran tersenyum lega.mata imran sudah kembali normal.
            Imran mendongak keatas.langit yang tadi kelam kini sudah kembali cerah.matahari mula menampakkan wajah.
            Imran bangun dan menolong faris berdiri .faris sedikit terhuyung-hayang.tangannya tidak berasa sakit lagi tetapi,dia berasa tidak sedap hati dengan perkara yang berlaku tadi.
            ‘sesuatu yang buruk bakal terjadi di daerah ini’faris tersenyum kelat.
            “kenapa?”imran bertanya hairan.faris menggeleng kepalanya dengan lemah.
            “tak ada apa-apa”dia bersuara perlahan. “eh,jom kita pergi ke kantin pula.perut abang lapar la.penat kot sebab pengsan tadi”faris tiba-tiba bersuara ceria.
            Imran tersenyum dan membalas. “jom”

*************************************************************
Di kilang freeze...
            Awartam masih berdiri dihadapan meja besar.tiba-tiba satu pusaran hitam terbentuk dihadapannya.betul-betul terletak diatas meja besar.
            Awartam melangkah kedalam pusaran.dia hilang didalam pusaran hitam.pusaran hitam menghilang dan suasana di langit kembali normal.awan kelam sebentar tadi kini sudah berganti dengan matahari yang berwarna oren terang.


            “ahh..lega” habis segelas air diteguk faris.imran hanya tersenyum.adat la tu kalau dah pengsan.mesti penat sangat.
            “abang!imran Tanya sesuatu boleh?”
            “emm..tanya lah.abang tak kesah”imran mengangguk.
            “oke..tadi,masa mendung kenapa abang pengsan dan satu lagi kenapa dengan tanda lahir dekat tangan abang tu?”
            Faris tersentak.otaknya ligat berfikir bagaimana nak terangkan kepada imran tentang perkara yang sebenar.masanya belum tiba.ah,kelentong je la.bukan selalu aku buat kerja ni.faris senyum dan memalingkan muka ke tempat lain.
            “oh,pasal tu ke?abang sebenarnya ada penyakit.”
            “penyakit?teruk ke?penyakit apa eh?”
            “adalah...penyakit ni jarang berlaku.hanya sesetengah kes je yang berlaku.sindrom dia,pesakit tak boleh tengok awan mendung tiba-tiba waktu panas terik.”
            “ouh!tapi,kenapa selama ni im tak pernah dengar pun pasal penyakit tu?”
            “kan abang dah cakap tadi,penyakit ni jarang berlaku jadi tak de lah orang nak heboh-hebohkan.tak ada faedah”jelas faris.imran berasa faris berbohong.tapi,dia tidak akan mengeruhkan keadaan.dia akan cari tahu sendiri apa sebenarnya yang berlaku pada faris.persoalan siapa sebenarnya faris masih belum terjawab.kini,tambah lagi satu persoalan....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar