Minggu, 11 Maret 2012

HIKAYAT Budak Mata Hitam Part2


“ Nah, ambil. Hidu ubat ni.” Aqi menghulurkan ubat herba kepada Syamil. Perlahan-lahan Syamil mencapai botol kecil itu. Dia membuka penutup ubat tersebut dan melakukan seperti yang disuruh Aqi. Dia berasa lebih elok dari sebelumnya. Tiada lagi perasaan aneh yang cuba menguasai minda warasnya.
            “ Terima kasih” ucap Syamil ringkas. Aqi mengangguk perlahan.
            “Emm,jom kita balik ke makmal semula. Karang ada pulak rumour budak famous dekat sekolah ni dating dengan kawan baik sendiri.” Aqi membuat lawak walaupun dia tahu Syamil tidak akan ketawa.
Syamil menjungkitkan kening sebelah. Dia melangkah setapak demi setapak meninggalkan Aqi di belakang.
            “ Hey! Tunggu la aku. Kau ni,kalau tak meninggalkan budak comey ni di belakang tanpa guard tak boleh ke?” Aqi membebel nyaring.
            Syamil melangkah tanpa mempedulikan Aqi yang berlari-lari anak mengejarnya. ‘macam budak-budak’ Syamil tersenyum sinis memikirkan keletah Aqi. Tangan Syamil sentiasa berada di dalam kocek seluar. Imejnya menunjukkan dia seperti seorang samseng yang gemar menyendiri.

                                                                                                                                  
Pukul 11.30 malam..
Di dalam bilik tidur Syamil..
            Suara unggas-unggas di waktu malam bersahut-sahutan. Syamil tidak dapat melelapkan mata. Kepalanya mendongak ke atas memandang siling bilik. Tangan kirinya menggenggam sehelai sapu tangan. Terdapat kotoran berwarna merah di sapu tangan itu. Dia mendekatkan sapu tangan ke muka dan menghidu haruman yang terdapat pada sapu tangan itu.
                        Seketika, Syamil memandang kearah sapu tangan itu dan menarik-narik benang yang sudah terkeluar dari paksinya. Syamil tidak mahu membasuh sapu tangan itu kerana terlalu sayangkannya. Ya,sapu tangan itu ialah tinggalan terakhir daripada ibunya. Apabila dia berasa sedih, dia akan memegang sapu tangan itu. Tiada apa yang mampu menolongnya ketika bersedih atau kecewa.
            “klak!” tombol pintu dipulas seseorang dari luar. Syamil menajamkan penglihatan ke arah pintu bilik.
            “ Mama~” Syamil bingkas bangkit dari pembaringan. Seorang wanita lewat 30 an melangkah masuk ke dalam bilik sambil tersenyum mesra.
            “ Syamil, kenapa tidak tidur lagi? Dah lewat malam ni.” Puan Hana menyoal sambil duduk di birai katil . tangan kanannya mengusap-ngusap rambut syamil dengan penuh kasih-sayang.
            Syamil mengeluh. ‘bukan dia tidak mahu tidur. Tetapi banyak perkara yang menyarati otaknya sehingga menyukarkannya untuk tidur’ Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Syamil. Puan Hana sudah masak dengan perangai Syamil yang agak berat mulut. Puan Hana tersenyum dan perlahan-lahan bangun.
            “ Syamil,jangan tidur lewat sangat. Dah pukul 11 lebih. Kalau susah nak tidur, baca bismillah dan selawat banyak-banyak. Insyallah , Syamil akan tertidur nanti.” Pesan Puan Hana.
            Syamil menganggukkan kepalanya dua kali. Dia menghadiahkan senyuman nipis kepada Puan Hana. Puan Hana melangkah keluar dari bilik dan hilang dari pandangan mata Syamil dalam masa tak sampai satu minit. Syamil menarik selimut ke dada dan baring semula. Dia mula membaca selawat dan bismallah seperti yang telah dipesan oleh mamanya.
            Lama-kelamaan mata Syamil terasa memberat. Akhirnya, Syamil tertidur dengan keadaan tangan yang menggenggam sapu tangan ibunya.


“Selamat pagi!”
“Selamat pagi!” senyuman lebar dihadiahkan kepada semua yang terserempak dengannya.
            Suasana di waktu pagi itu berjalan seperti biasa. Sekolah dibuka seawal jam 6.30 lagi. Bunyi kicauan burung turut memenuhi perkarangan sekolah. Aqi melangkah dengan pantas . Dia  tidak mahu Mr X tertunggu-tunggu kedatangannya. Semalam dia mendapat satu surat misteri. Ya,surat daripada Mr X. Surat itu mengandungi maklumat penting yang dikehendakinya. Namun, bukan kesemua maklumat dilampirkan bersama. Aqi perlu berjumpa mata ke mata dengan pengirim misteri itu.
            ‘Lorong B23,belakang pokok besar dekat tiang sejarah.’ Aqi mengulang semula maklumat tempat pertemuan yang dinyatakan didalam surat.
            “ktak!” aqi menghentikan langkah kaki. Dia sekarang berdiri betul-betul di hadapan tiang sejarah sekolahnya.
            ‘Tak ada orang pun dekat sini.’ Aqi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia membelek jam tangan untuk memastikan dia tidak terlambat. ‘betul la. Surat tu kata pukul 7.15 . Ni tepat-tepat aku tercongok dekat sini. Bayang pun tak ada.’
            15 minit berlalu...
            ‘okey,cukup!.sesi persekolah dah nak bermula. Baik aku gerak sekarang. Tak menepati janji langsung budak ni. Budak-budak zaman sekarang memang tak boleh harap.’ Muka Aqi macam mencuka. Dia mengangkat punggung dari bangku panjang dan mula berjalan .
            Sewaktu berjalan melintasi taman sains, Aqi ternampak satu kelibat yang mencurigakan. Aqi mengerutkan kening kehairanan. ‘siapa pula yang stalker aku ni. Nak kena ni.’ Timbul idea nakal di dalam otak Aqi. Dia tersengih penuh muslihat.
            Aqi meneruskan langkah seperti biasa. Di satu selekoh bangunan dia membelok dan menyorok. Derapan kaki yang asing mula mendekat. Apabila kelibat tersebut mendekat, Aqi dengan pantas menarik orang tersebut ke dinding  dan mengilas tangannya ke belakang.
            “aargh. Sakit la.” Seorang budak lelaki menjerit kesakitan dengan tindakan mengejut Aqi. Aqi tersengih kemenangan.
            ‘ Itu la. Tak ada penyakit cari penyakit. Kan dah kena’ Aqi ketawa galak.
            “ lepaskan aku!” pinta budak lelaki itu.

            Perlahan-lahan Aqi melonggarkan kilasan yang dikenakan terhadap budak lelaki tersebut. Tangan budak lelaki tersebut masih dipegang kemas oleh Aqi. Takut budak stalker ni lari. Kena la ambil langkah berjaga-jaga.
            “Hah,sekarang cakap. Kenapa ko ikut aku?” desak Aqi.
            “..................................”
            “Tak nak cakap ye. Rasakan ni” satu tumbukan hinggap di bahu kanan budak lelaki itu. Mukanya mengeriut menahan rasa sakit.
            Budak ni degil betul. Baiklah,peluang terakhir. Aik,baru sekali je kau tanya. Ah,lantak la. No need to waste my time. Waktu belajar dah nak mula ni.
            “Peluang terakhir. Cakap siapa kau?  Kenapa kau mengekori aku?”
Hanya gelengan yang diterima Aqi. Okey,fine. Degil sangat kau ye!. Aqi menarik telinga budak lelaki itu . kali ini budak tersebut mengalah dan mengangkat kedua-dua tangan. Aku surrender!. Aqi berhenti daripada menarik telinga budak tersebut.
            “ Aku Tarmizi. Budak kelas 5 bulan. Aku Mr X. Maaf sebab tak muncul tadi. Aku takut silap orang. Dan, maklumat tu penting. Kalau jatuh ke tangan yang salah,pasti musibah besar akan melanda.” Terang Tarmizi.
            “oppss, senior rupanya. Ehehehe, maaf sebab berkasar .” Aqi melepaskan tangannya dari belakang badan Tarmizi.
            Tarmizi perlahan-lahan pusing menghadap Aqi dan mengibas-ngibas bahagian depan bajunya yang sudah berwarna putih akibat melekap pada dinding tadi. Cat dinding sekolah ni sepatutnya diganti. Sekali pegang,hablurnya melekat pada tangan. Tarmizi menggeleng-geleng beberapa kali.
            Dia mengangkat wajah dan what the fish. Kacaknya senior! . Aqi terpegun dengan ketampanan Tarmizi.

HIKAYAT Budak Mata Hitam part 1


"Hai  kacak!"Sapa seorang budak perempuan apabila Syamil berjalan melepasi pintu pagar sekolah.
            Syamil memandang tanpa sebarang emosi. Kaki diayun tanpa perasaan.burung berkicau riang dengan suara yang merdu.Tiba-tiba syamil terdengar suara seseorang yang sangat dikenalinya.
            "Syamil!oi,ko dengar tak?Aku panggil ni,pandang lah sini.Macam cakap  dengan tunggul kayu je" Kata Aqi sedikit geram apabila Syamil tidak memberi apa-apa respon kepadanya.
            "Em,ada apa?Aku tak ada mood ni"Balas Syamil malas.
            Aqi memandang hairan.Selalunya Syamil la orang yang paling gembira bila sampai ke sekolah. Oppsss,pembetulan.Syamil orang yang paling pelik yang pernah Aqi jumpa kat dunia ni.Tak ada perasaan.Hati batu?Maybe?
            "Err,tak ada apa-apa lah Syamil.Aku..aku bla dulu la ye.He3"Aqi lantas beredar meninggalkan Syamil yang berwajah kaku.
            Syamil meneruskan langkahnya yang terhenti.Fikiran Syamil kosong.
            Syamil dipelihara oleh ayah dan ibu angkatnya iaitu Tuan Arman dan Puan Hana.Syamil dijaga bagai menatang minyak yang penuh.Ibu bapa kandung Syamil mati semasa Syamil berusia 2 tahun.Punca kematian adalah kebakaran.Itulah yang didengar dari mulut kedua orang tua angkatnya.
            Mohd. Syamil Archés bin Shahir seorang yang kacak dan mempunyai senyuman menawan.Arches adalah perkataan greek.Nama tersebut diberi oleh moyangnya.Tidak diketahui bagaimana moyangnya iaitu Raja Mill boleh hidup begitu lama berbanding manusia biasa.Syamil jarang tersenyum.Mukanya kaku tanpa perasaan.Hanya sesetengah orang yang mampu melihatnya tersenyum.
            Apabila Syamil marah,bola matanya akan bertukar hitam sepenuhnya.Kebanyakkan pelajar di Sekolah Green Tears akan berlari bertempiaran apabila Syamil marah.Sesiapa yang masih terpacak didepannya pasti akan terkena penyakit yang aneh.Badan mereka akan menjadi lemah dan mereka akan koma selama seminggu.
            Hanya Aqi iaitu seorang bunian yang menyamar ke alam manusia untuk belajar berdikari sebelum tampuk pemerintahan kerajaan buni di serahkan kepadanya yang tidak terkena penyakit aneh tersebut.Aqi mengetahui rahsia hidup Syamil yang tidak diketahui oleh Syamil sendiri.
            Kejadian aneh itu juga yang menjadikan Syamil dipulaukan oleh kebanyakkan pelajar lelaki tetapi tidak kepada pelajar perempuan.Beribu-ribu surat peminat sampai kepada Syamil mengatakan rasa cinta kepadanya.Surat itu kebanyakkannya dibuang oleh Syamil.Hadiah2 seperti coklat akan diberikan kepada Aqi selaku rakan karibnya disekolah.
            Syamil sampai di kelas tepat apabila loceng pembelajaran berbunyi.Dia mengambil tempat duduk berhampiran dengan tingkap.Pemandangan diluar tingkap dapat menenangkan otak nya yang bercelaru.
            Syamil memandang ke arah kerusi aqi.Tiada orang disitu.Gelak ketawa di hadapan kelas menarik perhatian Syamil.Senyuman syamil terukir apabila terpandang  Harina yang tersenyum mendengar celoteh Aqi yang tidak kering gusi itu.
            “Lepas itu apa yang terjadi?”Tanya Harina kepada Aqi.
            “Apa lagi,aku pun buka langkah seribu lah.Kau gila nak aku tunggu pak cik itu takek kepala aku dengan batang penyapu.Hahahaha”
            “Hahahahahahahahaha….lawak lah kau ni Aqi”Farid menyampuk.
            “A’ah,memang lawak.Kalau kau nak,nanti biar aku kasi tahu pak cik tu yang ko nak join sekali konsert penyapu dia.Biar lebam mata kau”Balas Aqi.
            Perbualan mereka berlanjutan sehingga jam 9.30 pg.Mesyuarat yang dihadiri guru-guru mereka memberi peluang untuk mereka bergosip.
            “Eh,korang dengar tak berita pasal di sekolah kita akan diadakan pertandingan seni pertahankan diri dengan Sekolah Alam Sakti.Mesti havoc kalau sekolah kita lawan dengan smkas”Topek membuka cerita baru.
            “Betul ke Topek?Waa,ini yang aku suka ni.Agak-agaknya lah kan,siapa yang akan mewakili sekolah smkas?”Tanya Aqi.
            “Aku agaklah kan Fahran a.k.a Paan yang jadi wakil smkas.Budak tu terer weh.Sekali dia dah ada dalam gelanggang korang memang tak boleh lari.”
            “Betul tu.Aku pun dengar ada  orang masuk hospital lepas kena tendang dengan dia.Tapi kan,aku sokong dia.!”
            “Heh?Biar betul ko ni Har tak kan ko sokong musuh sekolah kite pulak” Aqi menjeling dengan hujung mata kearah tempat duduk Syamil.
            Air muka Syamil berubah. ‘Har sokong Fahran?Har suka dekat Fahran ke?’
Syamil ligat berfikir. ‘Ah!biarlah.Fahran?Heh,kau bukan siapa-siapa nak lawan aku’Syamil tersenyum.
            “oi!”Satu suara menyergah Syamil.Syamil tidak terkejut walau sedikit pun.Dia merenung dengan tajam mata Aqi.Entah sejak bila Aqi berada dihadapan mejanya itu.
            “Ko nak apa?”Kening Syamil naik sebelah.Salah satu ekspresi yang sering ditunjukkan apabila bercakap dengan Aqi.Aqi mengangkat bahu.
            “Saje.Aku tengok ko dari tadi termenung je.apa yang ko fikirkan?”
            “perlu ke aku bagitahu ko?”syamil bertanya sinis.
            “emm..jap aku fikir”sebelah tangan diletakkan didagu persis seorang detektif.
syamil mencapai sebuah buku kecil dan mengetuk kepala aqi.aqi menjerit kecil.syamil buat-buat tak Nampak dan beberapa saat selepas itu dia ketawa dengan kuat
muka aqi monyok tapi apabila melihat syamil ketawa,dia turut ketawa bersama-sama.

            “bangun!selamat pagi cikgu!”ketua kelas memberi ucapan kepada guru yang baru melangkah ke kelas.ucapan itu diikuti oleh pelajar lain.Suara-suara mereka bergema didalam kelas yang sederhana besar itu.
Syamil menggosok-gosok rambutnya yang hitam kemerahan. Rambutnya yang kemas tadi,kini kelihatan kusut. Dia suka begitu. Sememangnya imej yang kemas bukan salah satu daripada cita rasanya. Puan Hana lah yang sering mengemaskan dirinya sebelum ke sekolah agar Syamil kelihatan tampan dan kacak. Walau seteruk manapun imej Syamil,dia tetap mendapat tempat di hati pelajar perempuan di sekolahnya itu. Aqi mengeluh melihat perangai Syamil yang tidak pernah berubah.
“ Duduk murid-murid. Sekarang buka buku Demora bab 3.  Semua pelajar sila baca dengan senyap sehingga perenggan ke lapan bagi bab 3. Sebentar lagi cikgu akan adakan satu ujian. ” Cikgu Mala memberi arahan.
Syamil mengambil buku dibawah meja dan mula membaca. Tidak sampai 5 saat,dia sudah menutup buku Demora. Aqi juga begitu. Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan termenung.
Ujian bagi bab3 Demora selamat dijalankan. Loceng pertama berbunyi nyaring.Satu kelegaan terpancar diwajah setiap penghuni kelas 4 Teratai. Pelajar-pelajar beransur-ansur keluar dari kelas dan menuju ke makmal uji kaji. Mata pelajaran seterusnya ialah Keliosa. Keliosa berkaitan dengan kajian alam. Keliosa banyak menggunakan eksperimen sewaktu pembelajaran.
            “ Mil,Adli tak datang lagi ke hari ni?”Tanya Aqi sambil memandang tempat duduk di sebelah Syamil yang kosong sejak tiga hari yang lalu.
            “Em,nampak gayanya macam tu la.” Jawab Syamil dengan muka kaku tanpa perasaan.           
            “hey!senyum lah.” Aqi menarik kulit mukanya sendiri dengan tangan . mukanya kelihatan seperti badut. “macam ni” tunjuk Aqi kepada Syamil.
            Syamil pura-pura tidak nampak.sekilas,dia merasakan seseorang sedang memandang kearahnya. Dia lantas menoleh kearah itu. Dia tersenyum sinis apabila mendapati Harina sedang memandang kearahnya. Gadis itu tersenyum apabila Syamil menghadiahkan senyuman walaupun tidak nampak mesra.
            ‘herm,pandai juga budak tu senyum. Ingat otot senyum dekat muka dia tu dah hilang.’ Harina tergelak kecil.
            Syamil mengangkat keningnya sebelah. Pelik apabila melihat Harina gelak. Apa yang lucunya? Ada benda ke kat muka aku ni?herm....dia mengangkat kedua-dua bahu dan kembali mengadap meja dihadapan.


Prof. Karl baru sahaja melangkah masuk ke dalam makmal uji kaji  keliosa. Tangannya dipenuhi dengan buku yang setebal kamus. ‘buku tu kalau nak habiskan mesti memerlukan masa berbulan-bulan’ Zaman tersengih.
            ‘budak ni.hahaha’ Syamil ketawa dalam hati.wajahnya masih kaku. Syamil memiliki keistimewaan. Dia boleh mendengar fikiran orang lain. Ianya hanya terjadi sekali-sekala. Dia masih belum mampu menguasai kelebihan itu sepenuhnya.
            “ouch!” Syamil memandang kearah Harina. Tangan Harina berdarah akibat tergesel paku yang terkeluar dari meja makmal. Muka Syamil serta merta menjadi pucat seperti hantu. Dia tidak boleh melihat darah.
            “hah!” Aqi tahu Syamil bukan alergi atau takut pada darah tapi dia akan berubah menjadi makhluk lain jika terhidu bau darah. Bau darah itu terlalu harum dan membuat dia menginginkan darah tersebut. Dia ingin makan darah itu. Aqi lantas bangun dan menarik tangan  Syamil keluar dari kelas.
            Dia sempat meminta izin daripada prof. Karl sebelum melangkah keluar bersama-sama Syamil. Prof Karl agak hairan namun dia sedang sibuk menguruskan tangan Harina dan tiada masa untuk bertanya dengan lebih lanjut. Toplast dibalut ke tangan Harina setelah luka itu disapu antiseptic bagi menghalang kemaraan kuman.
            Korido yang bertemakan warna pic itu ditelusuri mereka sehingga sampai ke bangunan seni. Derap langkah mereka semakin perlahan dan akhirnya berhenti. Syamil menarik tangannya daripada terus di pegang oleh Aqi. Dia tidak suka disentuh. Aqi melepaskan tangan Syamil dan memandang kearah muka Syamil yang sudah beransur-ansur normal.
            “Maaf. Aku tak sengaja.” Kata Aqi perlahan . Syamil menjeling Aqi dengan tajam. Aqi menyeluk saku baju sekolahnya dan mengeluarkan satu botol kecil.