Kamis, 25 Juli 2013

Kembar dan dunia sihir Bab 8


When ever you felt the devil inside your heart dont fall over. just slap his/her face with cold metal


"Selamat hari lahir!!"Kedua-dua kembar mendapat pelukan daripada Ibu dan ayah mereka.Mereka sengaja memaniskan muka agar ibu bapa mereka tidak syak apa-apa.Ya,pergaduhan mereka kali ini sudah melebihi waktu biasa.Sudah pun melebihi 24 jam.Aneh dan teruk sekali pada fikiran Lutfi Zafrill.Isu kali ini memang panas dan tidak mudah untuk dileraikan.

                   "Anak-anak ibu dah besar sekarang ni."Senyum Puan Mai.Nama penuh ibu mereka adalah Maila binti Mazir.Bunyinya senada dengan huruf 'M' dihadapan nama. Puan Mai menghulurkan bungkusan hadiah bagi setiap buah hati pengarang jantungnya.Senyumannya masih tidak lekang dari bibir.

                   "Terima kasih ibu!"Kedua-dua kembar serentak mengucapkan kata-kata itu.Ibu mereka lantas dipeluk buat kali kedua.Puan Mai mengangguk kepala beberapa kali menerima pelukan itu.Lutfi Zakiel terlebih dahulu melepaskan pelukan diikuti pleh adiknya.Mereka sentiasa begitu.Tindakan Lutfi Zakiel pasti akan disusuli oleh adiknya .Sudah lumrah mereka.

                   "Okey la.Ibu rasa ibu patut keluar sekarang.Ada kerja yang perlu ibu buat.Persediaan untuk menyambut hari kelahiran kamu masih belum siap sepenuhnya.Kesian Mak Melur sorang-sorang dekat dapur tu."

                    "Ayah pun sama!"Encik Zamanshah berkata pantas lalu mengikuti isteri tercinta ke dapur.Lutfi Zafrill tersenyum.Ayah memang pantang kalau ada ibu.Ke mana sahaja pasti mahu ibu di sisi.Mujurlah perangai ayah tidak berlarutan sehingga ke tempat kerja.Kalau tidak mesti haru-biru jadinya.Pasti sukar untuk ibu menjalani hidup sebagai seorang suri rumah berkerjaya.Ke mana sahaja ada orang yang mengikut.Dia tergelak sedikit.
                   Kelakuan Lutfi Zafrill mendapat jelingan daripada abangnya.Dia hampir terlupa tentang pergaduhan mereka.'Oh,iya.Aku patut bermuka kaku waktu ni.Eh,budak ni.Apa jeling-jeling?'Dia membalas jelingan Lutfi Zakiel.

                   Lutfi Zafrill memandang hadiah di tangannya.Balutan hadiah dibuka dengan cermat.Hatinya sedikit berdebar-debar.Dia kelihatan seperti seorang kanak-kanak kecil yang baru mendapat mainan.Matanya menggambarkan perasaan teruja.Ketika itu,dia tidak langsung mencermin seseorang remaja yang matang.Malahan dia lebih kepada kanak-kanak berusia 3 tahun.

                   Lutfi Zakiel mengeluarkan bunyi seakan-akan menyampah.Kelakuan adiknya itu memang tidak masuk akal.Umur sudah 17 tahun tapi berkelakuan seperti budak-budak.Hadiah je pun.Bungkusan hadiah Lutfi Zakiel sudah pun terbuka sepenuhnya.Dia mengoyakkan kertas pembalut dengan mudah tanpa perlu berfikir dua kali.

                   Senyuman terukir di bibirnya.'Ibu dengan ayah memang terbaiklah!'Dia memegang hadiahnya yang berupa gitar pada kedudukan yang lebih selesa.Gitar itu berwarna hitam pekat.Warna kegemarannya.Pasti ibu yang tolong memilihnya.Tangan kanannya dihalakan pada tali gitar paling atas.Sejurus itu,tangan itu diayun ke atas dan ke bawah menyentuh tali gitar.hanya pergelangan tangan kanannya yang bergerak.Bunyi rambang yang keluar dari gitar itu dihayatinya dengan mata terpejam.

                   Lutfi Zafrill berlari keluar dari bilik membawa hadiah yang  telah dibukanya.Abangnya membuka mata apabila mendengar bunyi derapan kakinya.Lutfi Zakiel tersenyum senang melihat ketiadaan adiknya di dalam kamar.Kakinya sebelah terjuntai ke bawah katil bujang bersaiz besar itu.Berayun-ayun sedikit kakinya.Dia menyambung semula pekerjaannya sebentar tadi.Kini,dia memetik gitar berdasarkan chord-chord sebuah lagu.Tentu korang semua tidak percaya lagu apakah yang sedang dipetiknya.Gitar itu berbunyi menghasilkan nada bagi lagu Astronout by simple plan dan mula berkumandang di dalam bilik itu.

~^_^~

                   Melysa sedang bersenang-senang di atas katil.Dia meniarap dengan sebelah tangan memegang sebatang tongkat kecil.Tongkat itu berwarna biru keemasan.Dihujung sekali ada ukiran yang berbunyi 'Melysa pangkat 3'.Mulut Melysa menggumam beberapa perkataan yang pelik.Berayun-ayun tongkat sepanjang 15 sentimeter itu.

                   "Hah!"Melysa bangkit merenung dinding di hadapannya.Tiada apa-apa yang aneh.Dia mengeluh hampa.'Kenapa tak jadi apa-apa ni?Penatlah kalau macam ni.Dah seminggu aku berlatih benda yang sama.Tapi tak berjaya juga' Melysa membaling tongkat itu ke atas dan menyambutnya ketika tongkat itu hampir menyentuh rambutnya.

                   "Hmmph,apa boleh buat.Aku tak sepandai kakak."Dia berkata sambil tangannya bergerak ke arah rambutnya yang dibiarkan lepas.Tangannya sebelah menghayun tongkat dan satu getah rambut melayang berhenti di atas tapak tangannya yang kini terbuka luas.Dapat sahaja getah rambut itu,dia terus mengikat rambutnya membentuk sanggul ala-ala puteri raja.

                   "Bukankah hari ni ada keramaian menyambut hari lahir putera kembar?"Badannya tiba-tiba tegak sesaat.Selepas itu,dia kelam-kabut turun dari katil dan berlari ke arah almari pakaian yang terletak di penjuru bilik.Tangannya laju bergerak ke arah baju-baju di dalam almari itu.Matanya meliar bagaikan singa kelaparan.Dia mengelipkan mata beberapa kali.

                   'Tak ada?'Mukanya berubah pucat serta-merta.'Oh tidak!' Melysa menjerit dengan kuat dan menerjah keluar dari bilik dengan hentakan kaki yang agak kuat.Dia menuju ke bilik   yang terletak di hujung laluan pada bahagian rumah yang sama.

                   "Kakak!"Melysa memulas tombol pintu.Malang sekali ianya berkunci dari dalam.Dia mengetuk-ngetuk pintu bilik.Waktu itu dia cuma berharap pintu itu segera roboh.Bolehlah dia masuk dan mencekik kakaknya yang menjadi dalang kehilangan baju kepunyaannya.
          "Hik hik.."Terdengar tawa seseorang di dalam bilik kakak Mania.Melysa semakin geram.Mukanya sudah merah padam.Terasa dirinya dipermainkan.Dia berlari ke tingkat bawah untuk mengambil kunci pendua bilik kakaknya.

          'Ching ching ching'Melysa memulas kunci selepas memasukkannya ke dalam lubang pintu.Bunyi seseorang terkejut di dalam bilik membuatkan Melysa semakin bersemangat.Dia menolak daun pintu sehingga terbuka luas dan dia merempuh masuk dengan hentakan kaki yang sangat kuat.

          Matanya meliar ke serata bilik berwarna merah jambu itu.Aneh!Tiada bayang manusia apatah lagi kakak Mania.Melysa tahu kakaknya itu memang handal bab menyorok dan juga melarikan diri daripadanya.Pasti kakak menggunakan sihir.Dia tahu hanya satu cara sahaja yang boleh dia gunakan bagi mendapatkan kakaknya.

          Dalam keadaan ini dia masih dapat memikirkan muslihat untuk mengenakan kakaknya.Sengihan jahat sudah mula mengukir tempat dibibir Melysa.Dia berjalan seakan seorang kanak-kanak yang riang bermain-main.

          Apabila berhenti di hadapan almari solek kakaknya,Melysa segera mencapai sebotol besar bedak dan membuka penutupnya luas-luas. Senyumannya bak beruk mendapat ‘makwe’ itu sungguh mengerikan sesiapa sahaja yang memandang. Dalam sekelip mata,serbuk wangi berwarna putih sudah memenuhi ruang bilik Mania.

 Di suatu sudut di dalam bilik itu juga sudah tercegat satu lembaga putih bersalut tepung yang di lempar Melysa bak tepung tawar itu tadi. Terdengar kekehan tawa daripada mulut Melysa. Bajunya yang berwarna oren terang tidak terjejas langsung dengan bedak itu. Botol bedak jenama Pureen itu diletakkan kembali ke atas almari solek. Berguna juga bedak bayi ni di waktu kecemasan. Hati Melysa mula berkata-kata. Okey. Langkah seterusnya!


“Mana baju Melysa,kakak?” sambil bertanya,tangannya merayap ke botol minyak wangi yang berwarna merah hati. Dilambungnya botol itu berkali-kali. Kalau silap baling alamatnya berkecailah botol kaca itu.

Jumat, 05 Juli 2013

Kembar dan Dunia Sihir BAB7


                   Melysa sedang berjoging petang itu.ketika melalui kawasan tasik dia terdengar satu bunyi. Dia berhenti berdekatan sebuah tong sampah kitar semula. Matanya memicing pada satu kawasan berhadapan dengan tasik. Peluh di dahi dikesatnya dengan tuala yang sedia ada di bahu. Sebelum keluar rumah dia sempat mencapai tuala kecil bersih di atas meja belajar kakaknya. Dia tersengih memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya kakaknya menyedari akan kehilangan tuala berwarna merah jambu itu. Pasti bergegar rumah dua tingkat itu.
                   'Thump!' Bunyi itu kedengaran lagi. Melysa berjalan ke arah bunyi tersebut. Dia melihat seorang remaja lelaki sedang menumbuk sebatang pokok.'Gila ke?' Melysa mengangkat kening apabila remaja itu berdiri kaku tanpa bergerak. Dia cuba melihat wajah remaja tersebut tapi tidak berjaya. Rambut remaja yang kusut masai itu menghalang wajahnya daripada pandangan Melysa. Melysa mengeluh hampa.
                   Tiba-tiba senyuman terukir di bibir kecil Melysa. Dia sudah mendapat satu idea yang bernas tetapi berisiko. 'Ah apa aku peduli. Janji aku dapat tengok muka budak gila ni' Dia meregangkan kedua-dua tangannya. Senyumannya tadi mati dan berubah dengan wajah yang cemas tahap tapir.
                   "Tolong!Tolong saya!" Melysa memekik dengan kuat.Sungguh hebat lakonannya. Mukanya betul-betul menggambarkan kecemasan.
                   Lutfi Zafrill yang berdiri menghadap pokok terkejut. Dia memalingkan wajah ke arah suara meminta tolong yang nyaring kedengaran. Dia melihat seorang budak perempuan sedang menjerit dengan kuat sambil tangannya tergawang-gawang ke udara tanpa arah. Mukanya benar-benar cemas seperti baru diragut. Lutfi Zafrill membuka langkah dan berlari menuju ke tempat Budak perempuan tersebut.
                   Dia termengah-mengah sedikit apabila tiba di hadapan budak itu. Budak itu tiba-tiba berhenti menjerit dan memandangnya dengan penuh minat. Habis seluruh wajahnya ditenung oleh budak itu.
                   "What's going on here? saya..saya tak faham. Kenapa awak jerit tadi?" Pertanyaan Lutfi Zafrill disambut oleh tawa kecil budak tersebut. Melysa tersenyum kerana misinya telah berjaya. 'Comel juga budak ni. Boleh buat stok pakwe. Hehe'
                   Lutfi Zafrill mengangkat kedua-dua belah keningnya. Matanya memandang Melysa dengan rasa ingin tahu. Perasaan itu makin menebal apabila Melysa tidak memberikan apa-apa penjelasan. Dia mengulangi semula soalan yang sama dengan harapan Melysa akan menjawab soalan tersebut.
                   "Kenapa.. Awak tahu maksud saya,menjerit,muka cemas dan pergerakan kelam-kabut"Lutfi Zafrill memberikan gambaran maksud pertanyaannya.

                   "Sebab wajah" Ringkas sahaja jawapan Melysa. Lutfi Zafrill semakin tidak faham dengan apa yang telah berlaku tadi. Dia baru sahaja mahu membuka mulut tetapi dipintas oleh Melysa.
                   "Semoga berjumpa lagi,Budak Mella" Melysa berlari meninggalkan Lutfi Zafrill sejurus menuturkan kata-kata itu. 'What?' Lutfi Zafrill terpana. Belum sempat dia mahu mengejar Melysa,susuk tubuh Melysa sudah hilang daripada pandangan.
                   'Aku rasa ni je la nasib aku. Having problem with my bro then meet some random girl who make me curios. Really curios. Ugh,Aku benci bila ada perasaan ni.' Lutfi Zafrill memejamkan mata sejenak.
                   "Pin..Pin..lori askar nak lalu. Jaga-jaga,nanti terpelanting kena langgar" Adam Daniel berkata dengan suara yang kuat. Dia mengayuh basikal agak laju. Sasarannya adalah Lutfi Zafrill. Mata Lutfi Zafrill terbuka luas.Kakinya melangkah ke tepi.Dia cuba mengelak daripada dilanggar.Tentu sakit sekiranya basikal versi mountain bike itu menghempap badannya.
                   'Budak bandar ni tak ada kerja lain ke? Orang lain beriadah juga tapi tak ada lah sampai nak mencederakan orang lain' Lutfi Zafrill menggerutu dalam hati. Dia melangkah pergi dengan kepala tertunduk memandang tanah. Sesetengah tanah di kawasan itu tidak berturap atas sebab-sebab tertentu. Mungkin tidak cukup bajet,fikirnya.
                   Adam Daniel yang sedang mengayuh basikal itu berpaling melihat Lutfi Zakiel. 'Apa kena dengan budak ni hari ni?Selalunya bukan main ceria ,siap gelak-gelak bila nampak aku'
Dia menghentikan kayuhan dan menekan brek. Dia turun dari basikal dengan cermat. Bahaya ada di mana-mana. Kalau dia terjatuh tentu akan berdarah.Dia sangat tidak suka melihat darah.
                   "Lutfi!" Panggilannya tidak disambut,apalagi dipedulikan. Dia mendengus kecil. Lutfi Zafrill mendengar namanya dipanggil tetapi dia tidak ada mood untuk menjawab.Terdengar ada langkah yang mengejarnya dari belakang. 'Apalagi ni? Tak boleh ke kalau aku nak bersendirian? waktu ni..'Dia mengeluh kecil.
                   Bahunya ditepuk dari belakang. Dia menyeringai sedikit. Ada tangan yang memegang bahunya.
                   "Jangan sentuh aku!" Kata Lutfi Zafrill sedikit kuat.
                   "Hey.." Suara itu kedengaran sedikit kekok "Maaf. Aku tak bermaksud nak kacau kau. I'm just trying to say hi.To my friend" Adam daniel melepaskan pegangan dibahu Lutfi Zafrill.
"I would just,back off" Adam Daniel berundur beberapa tapak ke belakang.
                    Lutfi Zafrill berasa sedikit bersalah. Walau apa pun masalahnya,dia tahu dia tak patut berbuat demikian. Adam Daniel cuma mahu menegurnya. Dia menghela nafas dan berkata dengan suara yang perlahan. Walaupun perlahan,kata-kata Lutfi Zafrill masih jelas di pendengaran Adam Daniel yang berada beberapa langkah di belakangnya.
                   "Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab layan kau macam.."Dia berhenti sejenak "Seorang pengemis"Adam Daniel hanya diam. "Look,i'm just had a bad day. So,please forgive me for that kind of manner" Lutfi Zafrill berpaling menghadap Adam Daniel. Adam Daniel hanya merenung kasut yang dipakai oleh Lutfi Zafrill tanpa kata-kata.
          5 saat,10 saat,15 saat.Tiba-tiba,terdengar tawa Adam Daniel yang terbahak-bahak. Dia terpaksa memegang abdomennya kerana sakit apabila ketawa dengan teruk. Lutfi Zafrill hairan. Dia mahu bercakap tetapi ditahan oleh isyarat tangan daripada Adam Daniel.
          "What? Kenapa pengemis? Muka aku ni ada gaya pengemis popular ke? You should come for something else. Like..A cute prince in ordinary outfit. Yeah,that would be great" Adam Daniel sudah berhenti ketawa tetapi dia masih lagi tersengih kelucuan.

          Lutfi Zafrill menggosok belakang tengkuk. Itu tandanya dia sedang menghadapi masalah untuk mentafsir apa yang dikatakan oleh Adam Daniel. 'Kenapalah hari ini aku boleh terserempak dengan dua orang yang pelik. Aku rasa macam nak gila dah sekarang ni. Their sense of humour sure different from me'

Jumat, 12 April 2013

CERPEN Cinta Vampire :[




Haira seorang gadis yang tinggal di sebuah perkampungan diraja bersama-sama seorang abang angkat yang ditemuinya sejak dia berusia lima tahun. Waktu itu,ribut melanda perkampungannya. Dia ditinggalkan keseorangan oleh keluarganya yang dia sendiri sudah lupa bagaimana rupa wajah mereka. Dia kesejukan ditimpa hujan dari atap jerami kandang kuda yang bocor. Dia hanya ditemani selimut tebal pelindung kepala dan separuh badannya daripada kesejukan .  namun,selimut tebal itu tidak berjaya menolong memanaskan badannya malahan membuatkannya menggigil kedinginan. Sekali-sekala bunyi besi berlaga kedengaran tidak jauh dari kandang kuda yang sedang diteduhinya.
            Mata Haira galak memerhatikan sekeliling. Rambutnya yang panjang menutupi dahi turut mengganggu pandangan matanya. Dia tidak mempedulikan rambutnya itu dan terus meliarkan pandangan ke segenap arah. Tanpa diduga, muncul seorang kanak-kanak lelaki dari pintu kandang kuda itu. Kanak-kanak lelaki yang hampir sebaya dengannya itu melangkah setapak demi setapak dan berhenti betul-betul dihadapannya. Mata Haira membulat ,dia mengeratkan pelukan tangan ke tubuhnya sendiri. Matanya basah bergenang air mata. Dia menangis tanpa suara.
            Kanak-kanak lelaki itu menarik selimut tebal yang membaluti tubuh kecilnya dan melemparkan jauh dari pandangannya. Badannya dirangkul erat dan rambutnya yang basah terkena air hujan itu diusap-usap penuh kasih-sayang persis pelukan seorang abang kepada adiknya. Dia membalas pelukan itu . Haira berasa selamat ketika itu dan dia berharap waktu terhenti buat selamanya.
            “Alam! pasangan suami isteri itu dan seorang anak lelakinya telah tiada. Mereka gagal diselamatkan” seorang lelaki berhud dikepala muncul di tempat yang sama kanak-kanak lelaki itu muncul tadi. Sebilah keris terhunus di tangan kirinya. Haira berasakan kepenatan yang amat sangat. Matanya lama-kelamaan mula terkatup secara perlahan-lahan. Dia rebah di dalam dakapan kanak-kanak lelaki itu.
            “Haira!pesanan meja 2” seorang gadis cilik tersenyum dan menganggukkan kepala seraya mendengar suara itu. Dia mengambil dulang yang berisi makanan dan membawanya ke meja 2.
            “Ini dia makanan tuan. Sila nikmatinya” Haira menundukkan kepala sedikit tanda hormat. Senyuman masih mekar di bibirnya.
            “Alam!Kenapa tak cakap kau nak singgah?” Seorang pemuda di kaunter pesanan melambaikan tangan ke arah pelanggan yang menerima makanan daripada Haira. Pelanggan yang berambut coklat kehitaman itu tersenyum mendengar jeritan Darma.
            “Aku perlu bertugas di luar kawasan.jadi,aku mahu mengucapkan selamat tinggal sebelum aku pergi. Lebih-lebih lagi kepada adik aku yang tersayang ni” Alam berkata dengan suara yang serak-serak basah. Wajahnya memang kacak seperti anak raja. Tambahan pula dengan suara itu membuatkan tercetusnya impian di hati gadis-gadis di perkampungan itu untuk memiliki hatinya.
            Kerusi kayu dihadapan mejanya ditarik keluar oleh Haira. Haira lantas duduk seraya berbuat demikian. Talam yang dipegangnya tadi kini ditolak ke tepi. Dia merenung wajah abang angkatnya itu. Abangnya itu sering keluar daerah semata-mata ingin menjaga keamanan perkampungan itu. Tugasnya sebagai ketua panglima membuatkannya sering tiada untuk menemani Haira. Dia hanya mengharapkan sahabat-sahabatnya yang dipercayai seperti Darma si penjaga kaunter dan juga adik beradik kembar Winter. Hanya kepada mereka bertiga dia berharap ketika ketiadaannya.
            “Abang,tak boleh ke suruh orang lain yang pergi jaga kawasan di Hutan Dalima?Haira takut terjadi sesuatu yang tak elok kepada abang” Kening Haira bertaut. Alam hanya melemparkan senyuman kepada Haira.
            “Alam,kalau adik kau nakal-nakal aku sekeh,tak apa kan?”Darma sudah tersengih nakal. Haira mencebik mendengar kata-kata Darma yang sering kali mencari jalan untuk mengenakannya.
            “Boleh je. Aku tak kisah asalkan adik aku ni jadi budak yang baik lepas kau sekeh dia” Alam tergelak kecil ketika menuturkan kata-kata itu. Haira sudah menunjukkan muka tidak puas hati dengan keizinan yang diberikan oleh Alam kepada Darma.
            Alam  mencicip air minuman di atas meja dan mula memakan kentang goreng dicicah dengan sos keju yang dihidangkan bersama. Usai makan,dia bangun memohon diri untuk pergi.
            “selamat tinggal adikku Haira. Selamat tinggal Darma. Dan selamat tinggal semua. Aku harap Haira dijaga dengan baik sepanjang pemergianku. Andai aku tidak pulang,janganlah ditangisi pemergianku ini.” Bergenang air mata Haira mendengar ucapan Alam. Dia bagaikan tidak mahu kembali semula ke perkampungan itu. Mata Darma dilihat sudah seperti kaca. Darma mula mendekati Alam dan memeluknya dengan erat.
            “Semoga pulang dengan selamat sahabatku” Alam membalas pelukan Darma dengan hati yang sebak. Dia tidak mahu mengalirkan air mata dihadapan mereka berdua. Mereka tidak boleh tahu bahawa misi kali ini melibatkan sesuatu yang amat dasyat. Dia tidak mungkin dapat pulang dengan selamat. Agak lama barulah pelukan itu terlerai.
            Alam berkalih pula mengadap Haira. Pelupuk mata adiknya itu sudah basah dek air mata. Dia mengangkat tangan mendekati wajah Haira. Air mata Haira dikesatnya perlahan. Sesuatu daripada kocek seluar hitamnya dikeluarkan dan dihulurkan kepada Haira. Haira menyambut perlahan-lahan. Esakan tangis Haira sudah mula kedengaran. Perkara terakhir yang dia mahu lihat dalam hidupnya adalah tangisan Haira.
 Dia tidak suka adiknya itu sedih sejak dia menemui Haira di waktu ribut dahulu. Semenjak kejadian itu,dia sudah berazam untuk menceriakan hari-hari Haira walau apa pun risikonya. Dia pernah memasuki taman larangan diraja dan mengambil bunga emas yang terdapat di dalamnya kerana Haira bersedih. Bunga itu Berjaya mengembalikan semula senyuman di bibir Haira. Alam tersenyum mengingati kembali cabaran yang dihadapinya ketika cuba memetik bunga emas itu. Dia hamper jatuh ke dalam lopak yang dipenuhi tahi binatang sewaktu dikejar pengawal. Ketika itu dia masih berumur 12 tahun. Budak itu tidak perlu bersedih lagi setelah kehilangan keluarga yang tersayang.
            Haira memeluk Alam dengan erat.  Sama seperti  sewaktu dia berumur lima tahun dahulu,dia juga mahu masa berhenti ketika ini. Dia mahu masa tidak berjalan sampai bila-bila,selama-lamanya. Malangnya,dia bukan tuhan mahupun dewa yang mampu berbuat perkara semustahil itu. Dia hanya manusia biasa yang perlu akur pada takdir. Alam menepuk-nepuk belakang Haira. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan dan menjarakkan dirinya. Dia tidak boleh lama di situ. Air matanya sudah mula memaksa-maksa untuk keluar memunculkan diri. Dia lantas mengangkat beg galasnya melangkah keluar dari kedai itu. Sebelah tangannya melambai-lambai ke arah Haira dan Darma. Dia mengukirkan senyuman perpisahan yang terakhir untuk mereka berdua.

“Heeeeeeeeeee.hiiiiiiiii..heheheeeeeeeee” suara mengilai itu kedengaran hampir sekali dengan tempatnya berdiri sekarang. Dia menarik keluar sebatang anak panah silver dan membawa busur ke hadapan.
Kaki kanannya bergerak sedikit ke hadapan. Panah yang telah berada pada busur itu ditarik dengan kuat. Matanya pantas mengesan sasaran. Objek yang melayang terbang di sebalik dahan-dahan pepohon hijau itu berjaya dikesannya. Sekelip mata panah silver itu meluncur dan menepati sasaran tatkala tarikan itu dilepaskan. Senyuman Alam terukir meraikan kejayaannya itu. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seperti udara yang sangat laju. Pada masa yang sama,Alam terpaku. Busur di tangannya jatuh ke tanah. Alam toleh ke bahu kirinya berdekatan jantung. Baju putihnya di cemari tompokan kecil cecair  berwarna merah pekat kehitaman. Perlahan-lahan tompokan itu merebak membentuk seakan-akan peta.
Waktu itu,Alam sedar nyawanya sudah sampai di penghujungnya. Ya,riwayat hidupnya akan tamat di situ. Di hutan Dalima yang penuh misteri hitam. Alam terduduk ,tangannya yang tadi memegang busur kini sedang menekan kuat bahagian luka. Peluh mula memenuhi wajahnya yang berkerut menahan kesakitan sakratulmaut. Dia sudah tidak berdaya menahan kesakitan dan jatuh terbaring di tanah. Perlahan-lahan erangannya berkurangan. Matanya terpejam. Dia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Abang!” Haira tersedar daripada lena. Dahi dan seluruh tubuhnya lencun berpeluh. Dia baru sahaja mendapat mimpi yang sangat ngeri. Kepalanya digelengkan berkali-kali tidak mempercayai apa yang dilihatnya di dalam mimpi itu.
“Tok tok tok” pintu hadapan rumah kayunya diketuk dengan kuat. “Haira!haira!buka pintu.” Suara kembar Winter kedengaran dari luar rumah. Pintu diketuk-ketuk sekali lagi. Haira bingkas bangun dari pembaringan dan mencapai kain kecil di bahagian kepala katil. Mukanya yang berpeluh itu dilap kering. Dia melangkah lemah ke pintu hadapan. Selak dan kunci pintu yang lebih daripada satu itu dibukanya dengan cepat pabila ketukan di pintu semakin deras.
Pintu akhirnya terbuka setelah kunci terakhir dirungkaikan. Micga Winter berdiri di situ dengan wajah pucat seperti baru lepas terlihat hantu. Tangan kirinya yang tergenggam erat saat mengetuk pintu rumah Hairatadi kini sedang terketar-ketar bukan sedikit malahan banyak.
“Kenapa?” suara halus Haira tajam menusuk ke gegendang telinga Winter. Dia tidak jadi pengsan. Ya,tadi dia hampir-hampir pengsan apabila mendengar khabar berita tentang Alam abang angkat Haira. Dia berlari agak jauh,dari pinggir Hutan Dalima sehinggalah ke rumah Haira. Dia tidak menungga kuda mahu pun burung besar. Hanya menggunakan kakinya sendiri untuk sampai ke situ. Bila memikirkan kembali,dia rasa seperti tulang-temulang di kakinya itu mahu tertanggal. Pasti dia tidak dapat keluar rumah seminggu kerana kakinya mogok.
“Alam..” Nafas ditarik kembali. Panjang sekali tarikannya itu. Haira memegang bahunya tatkala mendengar nama itu.
“Kenapa dengan abang Alam?” Bahu Winter sudah digoncangnya dengan kuat. Memaksanya untuk berkata-kata selanjutnya.
“Alam ,di….dia ditangkap puntianak. Saksi yang ada di situ mengatakan Alam sudah mati. Kalau dia hidup pun dia hanya makhluk yang tiada perasaan. Puntianak itu akan gembira jika dapat menukarkannya menjadi sebahagian daripada mereka” Winter tertunduk lemah. Haira tajam mendengar. Sampai sahaja bait yang terakhir,dia rebah ke tanah. Genggaman tanggannya di kolar baju Winter terlerai serta-merta.
Mata haira terpaku memandang langit yang gelap-gelita. Bibirnya terkatup rapat. Dia tidak percaya dengan semua yang dikatakan oleh kembar Winter. Semua itu palsu. Abangnya masih hidup! Tiba-tiba terpancar gambaran-gambaran di dalam mimpinya tentang Alam jatuh ke tanah. Dan juga puntianak itu.Tak,Winter benar. Apa yang aku lihat di dalam mimpi adalah benar. Aku,aku perlu lakukan sesuatu supaya aku boleh terus bersama Alam!
Haira sudah tidak menggunakan akal untuk berfikir. Kata hati yang dirasuk kuasa jahat mula merajai keputusan yang bakal dibuat olehnya. Dia bangun dan berlari-lari kecil masuk ke dalam rumah. Dia menyelongkar al-mari di bilik abangnya itu. Botol kecil berisi cecair merah pekat di ambil dan di simpan kemas di dalam saku baju putihnya. Jubah hitam berhud dicapai dan segera disarungkan ke badan. Waktu itu,imbasan tentang Alam mula di tayangkan di kotak fikirannya.
“Haira,orang kampong sudah mula berfikir. Tidak seperti dahulu. Mereka tidak lagi mengharapkan keajaiban.” Haira mengangguk dengan kata-kata itu. Semua itu benar belaka. Dia tahu, jika dahulu orang kampong menangkap ikan menggunakan bantuan makhluk halus,kini mereka sudah mula menangkap ikan menggunakan teknologi. Mereka sudah mula berfikir!
“Abang sudah berjaya mengambil sampel darah puntianak. Kajian akan dijalankan ke atas sebahagian daripada darah itu. Abang harap mimpi penduduk kampung diraja akan menjadi kenyataan. Kita semua akan imun pada virus puntianak. Malahan,abang harap kita dapat menemui senjata untuk mengalahkan puntianak yang sedia ada. Sekadar mengetahui kelemahan mereka tidak mencukupi. Betul tak?” senyuman di pinggir bibir Alam dibalas dengan tawa kecil daripada Haira.
‘Woot…wot..’ sahutan burung hantu kini semakin jelas di pendengaran Haira. Dia sudah sampai di pinggir Hutan Dalima. Dia langsung tidak sedar bila dia mula berjalan ke tempat itu. Sungguh ralit dia dengan kenangan bersama Alam. Dia toleh ke kiri dan ke kanan. Mencari sesuatu yang mencurigakan. Setelah yakin dia tidak diekori, dia menyeluk saku dan mengeluarkan botol kecil tadi. Tadi dia juga sempat mencapai sebilah belati. Belati itu tersisip kemas di pinggang kirinya. Dia menarik keluar belati itu dan meletakkannya di tanah setentang dengan tempatnya berdiri.
Botol kecil berpenutup itu direnung Haira, lama. Dia mengangguk sedikit. Tangannya laju membuka penutup botol. Belati  atas tanah di angkat dan dihayunkan laju ke dada. Mata belati yang tajam itu menusuk masuk membuatkan darah Haira keluar dengan laju. Dia sudah tekad,kini. Cecair merah dalam botol kecil itu di togoknya dengan pantas. Laju sahaja cecair itu melalui kerongkongnya. Matanya terpejam menahan kesakitan luka dari belati. Dia sudah tidak mampu berdiri lagi. Perlahan-lahan dia rebah ke tanah. Bunyi-bunyian dari hutan lama-kelamaan tidak kedengaran di telinga Haira. Ya, masanya sudah tiba. Masa untuk dia pergi dan kembali  bersama Alam. Selama-lamanya bersama Alam. Dunianya kini bakal terhenti. Tidak untuk tua mahupun sakit. Dia akan terus muda dan sihat. Tidurnya ini Cuma sebentar. Mimpi indah bakal menghiasi hidupnya pabila dia terjaga. Harapan dia akan menjadi kenyataan. Harapan seorang insan yang menagih sebuah kasih sayang…..


~TAMAT~