‘kritz..kritz..’
Bunyi kertas apabila daya geseran dihasilkan oleh gerakan pensel diatasnya.
Lutfi Zakiel tekun melakar dan menconteng. Adiknya Lutfi Zahrill pula sedang
rancak menyanyi kecil. Dia mengetuk-ngetuk pensel di tangan dengan mata
terpejam . Lagu astronaut nyanyian simple plan merupakan salah satu lagu
kegemarannya.
Pelajar-pelajar
lain di dalam kelas sibuk melakukan kerja masing-masing. Ada juga yang
berbual-bual kosong. Guru seni mereka masih belum hadir. Jam sudah menunjukkan
tepat jam 8.30 pagi. kelas tuisyen tersebut seharusnya bermula pada jam 8.00
pagi. waktu standard bagi kelas tambahan di sekolah mereka bermula. Guru seni
mereka telah menghantar pesanan melalui
khidmat pesanan ringkas (sms) berkenaan kelewatannya. Dia perlu mengambil adik
perempuannya yang baru memulakan cuti semester di stesan bas translyvia.
“Along,
balik tuisyen nanti kita singgah kedai buku dulu ye.” Lutfi Zahrill menoleh ke
arah abang kembarnya. Muka Lutfi Zakiel hanya separuh terlihat kerana
sebahagiannya ditutupi rambut. Rambut Lutfi Zakiel panjang hingga ke bahu.dia
tidak gemar menyikat rambut hadapannya. Dia akan membiarkan rambutnya jatuh
menutupi muka. Walaupun begitu, dia tetap kelihatan kemas dan tidak selekeh
seperti pengemis.
“Hmm..Angah
dah bagi tahu ibu? Tak baik melencong tanpa keizinan ibu. Nanti ibu sedih.” Lutfi
Zakiel berkata dengan nada prihatin. Dia menolak kertas lukisan ke hadapan dan
menyandarkan badannya di kerusi . Lencana kelab
seni jelas kelihatan apabila dia
duduk dengan postur tersebut. Cahaya matahari memancar dan terpantul dari
lencana menghasilkan ilusi lencana bersinar bagai mengeluarkan cahaya.
“Angah
dah text ibu tadi. Ibu suruh beli tepung kastard untuk buat puff krim. Along
tahu tak rupa tepung kastard tu ?” Lutfi Zahrill merenung abangnya dengan ekspresi ingin tahu.
“……………..”
tiada jawapan di terima dari Lutfi Zakiel. Dia memang seorang yang kurang
bercakap berbeza dengan kembarnya yang suka bercakap bagaikan bertih jagung.
Lutfi Zahrill mencebik dan mengalihkan pandangan ke hadapan kelas. Abangnya
memang tidak seronok dan sangat membosankan.
Kebanyakan
orang sangat mencemburui mereka. Mereka beranggapan bahawa mempunyai kembar
merupakan sesuatu yang sangat ‘cool’ dan
seronok. Tetapi tidak bagi Lutfi Zahrill, kembarnya seorang yang kurang
bercakap manakala dia pula suka bercakap. Perbezaan ini sangat ketara sehingga
dia sendiri bosan apabila berbual dengan
Lutfi ZAkiel.
“Bangun….Ohayou
sensei!” ketua kelas memberi ucapan selamat pagi di dalam bahasa jepun diikuti
oleh pelajar-pelajar lain. Guru seni baru sahaja tiba. Dia menggalas beg
silinder yang berisi kanvas lukisan di bahunya.
“Pelajar-pelajar,hari
ini seperti yang cikgu janjikan kita akan melakukan aktiviti di luar kelas.
Tema kita bagi minggu ini adalah Jepun.Seperti yang kamu semua tahu, pengetua
sekolah telah melancarkan satu kempen sempena Negara jepun yang telah di landa
musibah.” Cikgu Khairill berhenti sejenak. Matanya meliar memandang pelajarnya
Satu persatu. Seorang pelajar kurang memberi perhatian. Mukanya tertunduk
kebawah dan tangannya bergerak-gerakmelukis di atas kertas.
Cikgu
Khairill melangkah perlahan ke arah pelajar terbabit. Pelajar lain mengikuti
langkah cikgu Khairill dengan pandangan aneh. Apa yang ingin dilakukan
cikguKhai? CikguKhai adalah panggilan mesra bagi pelajar-pelajar di sekolah
tersebut.
“Awak,
apa yang sedang awak lakukan? Bukankah cikgu Khairill sedang bercakap di
hadapan?”
Pelajar-pelajar
lain berbisiksesama sendiri.
“Bukankah dia pelajar baruitu?”Soal
Sean kepada Haidir.Haidirmenganggukkankepala.Budak baru itu memang agak
pendiam. Dia berpindah ke sekolah tersebut sejak seminggu yang lalu namun masih
tidak mempunyai seorang kawan.Dia jugat idak bercakap dengan sesiapa pun
walaupun dengan rakan sekelasnya.
“Cikgu Khairill hanya bercakap sesuatu
yang telah saya tahu.Saya tidak fikir saya perlu mendengar itu semua.”Suara Pelajar
baru itu kedengaran jelas di dalam kelas. Semua pelajar memandang dengan perasaan
tidak percaya.Dia masih tuduk, tidak mengangkat kepala dan tidak melihat siapa
yang sedang bercakap dengannya.
Cikgu Khairill menarik kertas yang
telah dilukis pelajar tersebut.
“Herm, menarik! Pandai awak lukis.
Bukankah lebih baik kalau awak berikan perhatian terhadap guru di hadapan dan melukis
apabila disuruh ?Dan bercakap tanpa melihat teman bual adalah sesuatu yang tidak baik.” Pelajar baru mengangkat kepala dan
merenung Cikgu Khairill. Mukanya berubah mendadak apabila melihat gerangan yang
telah bercakap dengannya.
Dia bangun dan segera memintamaaf daripada
guru di hadapannya.
“Maafkan saya cikgu. Saya tak bermaksud..”
kata-kata maaf pelajar tersebut terhenti apabila dipintas oleh Lutfi Zakiel.
“Terlajak perahu boleh diundur. Kalau
dengan hanya ucapan maaf semua boleh diperbetulkan mudahlah kehidupan semua penjahat
di muka bumi ini. Bukankah begitu Cikgu?” Cikgu Khairill mengangkat kening
.Lutfi Zakiel seorang yang kurang bercakap manakala kata-katanya yang keluar pula
ibarat belati yang menikam hati mangsanya.
Pelajar baru itu makin tertunduk. Matanya
merenung kasut sneakernya yang berwarna hitam dominan dan merah darah. Dia fikir
salah seorang rakan kelasnya yang
bercakap sebentar tadi. Dia tidak menyangka Cikgu Khairill yang menegurnya.Apa boleh
buat, Nasi sudah menjadi bubur. Dia melepaskankeluhanberat.
“Kali ini saya lepaskan awak.Lain
kali tolong berikan perhatian pada setiap kata-kata saya.Em,walaupun perkara tersebut
sudah maklum bagi semua orang.” Cikgu Khairil
mengenyitkan matanya dan disambut oleh tawarakan rakan kelas. Pelajar baru tersebut
mengangguk dan memberikan senyuman nipis tanda terima kasih kerana telah memaafkannya.
Cikgu Khairill kembali ke hadapan kelas dengan senyuman. Bukan satu isu yang
perlu dibahaskan. Fikir Cikgu Khairill. Dia menyambung kata-katanya yang
terbengkalai dan kali ini semua pelajar memberi perhatian termasuklah pelajar baru
tersebut. Lutfi Zakiel tersenyum sinis melihat pelajar baru tadi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar