~^_^~
"Along, gambar tu bergeraklah!"
"huh?"
"Betul,tak percaya cuba tengok.Eh,kenapa tak bergerak ni?Tadi lukisan dalam kanvas ni bergerak."
"Angah ingat lagi apa ibu cakap?Tak baik main-mainkan orang lain.Along tak sangka angah buat macam ni"
'Tadi aku tengok lukisan ni bergerak. muka orang dalam lukisan ni berubah-ubah.Betul!Tak kan aku berhalusinasi'
"Sudahlah. Malas along nak layan angah.Buat sakit hati je"
Badan Lutfi Zafrill sedikit terangkat. 'Apa?Along tak nak layan aku?Buat sakit hati dia?Aku jujur.Aku tak tipu.Aku nampak dengan mata aku sendiri.Aku tak rabun atau buta lagi kot.Kenapa susah sangat Along nak percaya cakap aku?well,that would be a little hard even for anyone to believe. lukisan bernyawa?Lukisanbergerak?satu markah untuk Lutfi Zafrill!'
perbualan tersebut berlaku satu jam yang lalu.Hampir sejurus mereka pulang dari membeli buku dan tepung kastard.Namun Lutfi Zafrill masih lagi termenung mengenai perkara tersebut.Kali terakhir dia termenung seperti itu adalah selepas pergaduhannya dengan kembar tak sehati sejiwanya 3 bulan yang lalu.
Jelas sekali dia tidak suka bergaduh dengan Abangnya.Dia lebih rela dipulaukan oleh orang Israel daripada perlu bermasam muka dengan Lutfi Zakiel.Tapi dia agak kecewa kerana abangnya tidak mempercayai kata-katanya langsung.Malah menuduhnya menipu,bukan secara literal.Abangnya memang tidak mengatakan terus dengan kata-kata tetapi Lutfi Zafrill tahu apa yang sedang bermain di fikiran abangnya ketika dia memberitahu akan hal lukisan itu.
"Ugh!" Rambutnya menjadi kusut disebabkan oleh tangannya sendiri. dia meniup-niup rambut di dahinya yang terjuntai akibat daripada gosokan tangannya tadi.
Lutfi Zafrill bangun dan berjalan dengan lemah ke arah biliknya. Bilik itu dikongsi bersama Lutfi Zakiel. Mereka berkongsi bilik sejak kecil lagi.Ibu Bapa mereka yang mencadangkan supaya mereka berkongsi bilik kerana mereka kembar.Tentu sukar sekiranya mereka terpaksa berjauhan apabila mereka sudah terbiasa bersama.
Lutfi Zafrill menaiki anak tangga satu-persatu.Matanya terlihat malap dan tidak bercahaya seperti selalu. Kini dia sudah tiba di hadapan pintu bilik. Tangannya teragak-agak sama ada mahu membuka pintu bilik atau tidak. Dia tidak pasti kembarnya ada di dalam bilik atau tidak. Walaupun dia rindu untuk berdekatan dengan abangnya itu,namun dia masih was-was. Dia tidak mahu melihat abangnya dalam keadaan marah dan juga kecewa.Walaupun dia tahu dia tidak bersalah.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan niat utamanya ke situ, setelah 5 minit dia berdiri di hadapan pintu . Dia mengerling sekilas papan notis yang direka sendiri oleh mereka setahun yang lalu.
Papan tanda itu diletakkan mereka untuk memberitahu orang di dalam rumah mereka sudah dewasa dan mereka bukan kanak-kanak lagi. mereka meletakkan perkataan english campur melayu iaitu 'Ketuk dulu sebelum masuk dan this is our zone.Please do not invade ours'. Terdapat gambar Bola berwarna hijau di bahagian kanan papan notis dan gambar gitar berwarna Hitam pekat di bahagian kiri papan notis.
Lutfi Zafrill menghela nafas yang agak panjang dan mula membuka pintu bilik. Dia menjenguk ke dalam bilik. Tiada kelibat Lutfi Zakiel.Tetapi sesuatu telah berlaku terhadap bilik tersebut. sesuatu yang sangat dasyat. Dia kaku apabila melihat bahagian bilik milik abangnya. Bahagian tersebut kelihatan seperti telah dimasuki perompak . semua barang berterabur tanpa kedudukan yang tetap.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar