Kedua :’)
Bulan kelihatan bercahaya dimalam yang gelap
itu.bunyi burung hantu bersahutan berdekatan dengan balkoni dibilik imran tidak
dipedulikan.dia menyusup bagaikan bayang-bayang.tiada bunyi yang
dihasilkan.sememangnya tunjuk ajar yang diajar atuknya berguna diwaktu-waktu
seperti ini.
‘aku mesti selidik dimana hati itu
disimpan.hati itu telah banyak membawa malapetaka pada keluarga aku’
“klak!!”tingkap bilik dibuka
menggunakan dawai.salah satu taktik yang dipelajari sewaktu tinggal bersama
atuk awan.
Imran dikatil kelihatan
bergerak-gerak sedikit.si penceroboh terkaku sebentar.tiada apa-apa
berlaku.’huh~~’satu kelegaan terpamer di wajah si penceroboh.
Imran dipandang beberapa
ketika.sudah lama wajah itu tidak ditatapnya.tidak banyak perubahan pada
wajah imran melainkan wajah imran yang
comel suatu ketika dahulu telah berubah menjadi kacak dan matang selayaknya
bagi seorang remaja.
Si penceroboh kembali melaksanakan
tugas yang tertangguh sebentar tadi.laci ditarik perlahan-lahan.matanya sibuk
bekerja namun barang yang dicari tidak kelihatan.
“abang!!!”imran menjerit
tiba-tiba.si penceroboh terkejut dan dengan pantas menyusup keluar melalui
tingkap.angin malam menderu-deru memasuki tingkap yang ternganga.imran tersedar
dari igauan.wajahnya dibasahi peluh dingin.
“astaghfirullah....”imran beristifar.mukanya
diraup.terasa pipinya dingin di sapa angin malam.dia memalingkan muka kearah
tingkap.aneh,tingkap yang tertutup sebelum tidur kini ternganga bagaikan mulut
gergasi.gelap dan hanya disimbahi sedikit cahaya bulan.
‘bukan ke tadi aku dah tutup tingkap
tu?macam mana boleh terbuka pula?pelik.”minda imran giat berfikir.
Imran bangun dan berjalan mendekati
jendela.tiada apa-apa yang mencurigakan diluar.jam tangan dibeleknya.’sudah jam
9 malam?ah,lamanya aku tidur.’
“tok tok tok”pintu bilik imran
diketuk seseorang.
“eh?”imran masih
kebingungan.”siapa?”dia bertanya.
“faris!”jawab seseorang di luar
pintu bilik.
‘faris?siapa pulak faris ni?’kening
imran berkerut. “sekejap”
Imran masuk ke bilik air dan
membasuh muka.mulutnya dikumur-kumur dengan cecair berwarna biru untuk
menghapuskan mikroorganisma didalam mulut.
‘groooorrrh’air kumuran diludah ke
sinki.semua pekerjaan tersebut dilakukan dengan pantas.rasa ingin tahu didalam
hati membuatkan imran tergopoh-gapah melakukan perkara-perkara tersebut.
Imran mencapai tuala mini yang
tersangkut di tepi cermin tandas.muka dan tangannya dilap sehingga kering.tuala
yang tebal itu dengan senang menyerap semua cecair dipermukaan kulit imran.
Imran seterusnya melangkah ke pintu
bilik.kunci pintu terbuka apabila dia memulas tombol dari dalam.sudah menjadi
kebiasan kepada imran untuk mengunci pintu bilik sekiranya ingin tidur.dia
tidak mahu diganggu sesiapa.sama ada kunci bilik atau dia akan keletihan akibat
tidak mendapat tidur yang mencukupi.
Pintu bilik terbuka luas.tiada
sesiapa diluar.namun,derapan kaki kedengaran menjauhi ruang laluan kebilik
imran. ‘sudah pergi rupanya’hati imran hampa.
Imran melangkah
keluar dan menutup rapat pintu bilik. ‘klak!’bunyi berkeriut terhasil daripada
perbuatan imran itu.
Tangan dimasukkan kedalam kocek
seluar denimnya.imran berjalan dengan santai.dia menuruni tangga berpilin
dengan berhati-hati.senyuman diwajahnya terukir apabila terserempak dengan
shahir ditingkat bawah.
“shahir!”imran memanggil.shahir yang
tersengih hanya mengangkat kening apabila namanya dipanggil. ‘mengapa?’
“erm..terima kasih
eh sebab tolong aku kemaskan bilik bacaan tadi.”imran tidak membahasakan
dirinya dengan abang im lagi.bahasa tersebut hanya digunakan pada waktu-waktu
yang tertentu saja.kabanyakannya berlaku secara spontan.mereka berdua lebih
gemar menggunakan aku dan kau sebagai ganti nama diri sesama mereka.
Shahir tersenyum.
“no hal la bro.hal kecil je.eh,kau tahu tak siapa yang akan tinggal dengan kita
sepanjang tahun ni sehingga cuti penggal?”kata shahir dengan nada teruja
walaupun dia sudah mengetahui akan hal tersebut.
Muka imran
berkerut hairan. ‘tinggal dengan kite?’otak imran ligat berfikir. “faris?”imran
meneka.shahir melopong.macam mana pulak imran boleh tahu ha?.
“eh,betul la.siapa
yang kasi tahu im?”shahir bertanya.imran hanya mengangkat bahu.
“isyh..im ni.orang
tanya ,dia angkat bahu pulak.tak menjawab soalan betul.”shahir muncung apabila
imran tidak menjawab soalannya.
“alololo..sayang
bucuk-bucuk adek abang ni.meh sini abang peluk.”gurau imran.shahir bertindak
menjauhi imran.kepalanya digeleng dengan laju.imran hanya ketawa melihat aksi
spontan adiknya itu.
“cepat la bagi
tahu shahir.macam mana kau boleh tahu pasal mende tu?”
“kay,tadi masa aku
baru jage dari tidur,ada orang ketuk pintu bilik.aku tnya siapa,dia jawab
faris.tu lah yang buat aku agak maybe orang yang ko maksudkan tu dia.lagipun
siapa lagi orang asing dalam rumah yang ada.dia je la kan.”terang imran panjang
lebar.
“0oooo..ingatkan
kau ada deria keenam.”shahir ketawa kecil.
Imran mengangkat
kening sebelah. “heh,bukan ada ke?aku kan hebat.bukan setakat deria
keenam.deria kesepuluh pun aku ade.kan kan.”kata imran dengan bangga.
“eley,kalo deria
yang daasyat-dasyat tu mana kire la.setakat mate hitam.shahir pon boleh
buat.pergi mall beli bende yang name lens-lens tu.gaye mata harimau pun
ada.”shahir mencebik.
“imran!shahir!apa
yang tercegat kat tangga tu.meh turun ke dapur.makan malam dah siap.”
Belum sempat imran
membidas kata-kata shahir,puan rose sudah bising.lantas,imran melompat turun
dari tangga.pipi shahir sempat dicubitnya sebelum turun kebawah.shahir menjerit
kegeraman.imran dibawah buat muka badut.lidahnya dijelirkan kearah
shahir.isyarat kemenangan ditunjukkan kepada shahir.
Shahir menghentak-hentakkan
kaki ditangga.perbuatannya mengundang kedatangan puan rose dan juga
faris.mereka memandang hairan.pipi shahir merona merah akibat menahan malu dan
geram.imran sudah lama beredar ke dapur.
‘aduh,malunye
aku.kenapa aku boleh lupa ada orang lain dalam rumah ni.siap la kau imran.ada
ubi ada batas,ada hari aku balas.huh!’
“apa yang shahir
buat dekat tangga tu lagi?cepat,jom pergi dapur.karang sejuk lauk tu tak sedap
pula nak makan.”puan rose mengajak shahir makan.faris mengangguk menyetujui
kata-kata puan rose.
“mari”ajak faris.
“Em sedapnya masakan mama.makin hari
makin sedap la.bukan macam masakan shahir tu.berapa kali masak pun tak
sedap-sedap.”kata imran sambil menjeling kearah shahir.
Muka Shahir masih merah.marah +
geram.faris dihadapan hanya memandang hairan.shahir menghadiahkan senyuman
apabila mendapati faris sedang memandang kearahnya.
‘kalau tak ada abang kacak ni depan
mata aku.dah lama kau jadi pekasam.kau tunggu je la waktu sume orang
keluar.tahu la nasib kau macammana,’sengihan jahat terpamer dimuka shahir.
Senyuman kemenangan imran tiba-tiba
terpadam apabila melihat wajah jahat shahir. ‘alamak.dia ni kalau da buat muka
macam tu memang tamat la riwayat hidup aku.harap-harap dia terhantuk lepas
ni.biar dia hilang ingatan.kalau aku guna kuasa tu mesti aku kena marah dengan
papa.aduh,masalah betul.ah,biar je la.selagi bende tu xjadi,aku masih ada waktu
untuk berhati-hati dan juge mempersiapkan diri aku dari dia.hehe’imran kembali
tersenyum.
“hey!korang berdua ni.mama tengok
dari tadi asyik tersengih-sengih.macam orang hilang akal.ada apa-apa masalah ke
kat sekolah tadi?”Tanya puan rose.
“eh?”imran dan shahir
mengangguk-anggukkan kepala.mereka berpandangan seketika.sejurus selepas
itu,mereka menggeleng-gelengkan kepala dengan cepat.
“tak tak ada apa-apa la
mama.im/shahir cuma penat hari ini”mereka berkata serentak.
“ha,tengok tu.kejap angguk,kejap
geleng.pastu kata tak ada apa-apa?korang jangan nak tipu mama.baik cakap
betul-betul.apa masalah korang.”gesa puan rose.
Faris hanya menjadi pemerhati.nasi
dipinggannya sudah luak berbanding sebelumnya.perutnya yang kelaparan tadi
sudah enak menyanyikan lagu rasa sayang.lagu rasa sayang?ah,layan je la lagu
apa pun.janji perut dah kenyang.faris tersenyum.
“eh,mana ada mama.kami tak ada
apa-apa masalah walau sebesar kuman pun.betul tak imran?”
“em,betul mama.kami oke.mama tak
payah risau.”sambung imran.
“kalau macam tu tak pe.tapi kalau
mama Nampak lagi korang berkelakuan aneh.tersenyum-senyum lagi, siap!.mama akan
korek sampai ke lubang cacing.”puan rose memberi amaran.
“em!”imran dan shahir pantas
menganggukkan kepala dengan pantas.
“err..imran sekolah dekat simpang
masuk pantai tu ke?”Tanya faris teragak-agak.semua mata memandang kearahnya.
“yea.im sekolah dekat situ.”balas
imran . “nanti abang faris daftar untuk bersekolah sementara dekat sekolah im
juga kan?”faris mengangguk kecil.
“abang faris,kalau cikgu suruh pilih
kelas abang kata nak masuk kelas 6 bestari tau.dekat dengan kelas
shahir.”shahir tersengih sambil memandang faris.
Sebelum sempat faris menjawab imran
terlebih dahulu membangkang. “ah,tak payah abang.buat apa duduk kelas yang
hampir dengan kelas shahir?tak ada faedah langsung.baik abang pilih kelas 6
berani.deeekat dengan kelas im.”saran imran sambil membuat muka yang menyakitkan
mata shahir.
Shahir mendengus geram.faris
tersenyum.macam anjing dengan kucing budak-budak ni.nampak je matang tapi
tak.fikir faris.
“em,nanti abang fikirkan saranan
korang berdua.abang nak tengok dulu kawasan sekolah tu.im boleh tolong abang
tak nanti?”pinta faris.
“tolong apa abang?”
“tolong jangan sibuk.”shahir
mencelah. ‘hehehe!baru puas hati aku.padan muka’shahir ketawa dalam hati.
Imran menjeling shahir dengan
tajam.shahir menjelirkan lidah.faris bangun dan menggawang-gawangkan tangannya
dihadapan imran dan shahir.
“sudah,sudah.jangan
bergaduh.shahir,kejap lagi abang nak jumpa dekat luar.im pun sama.untuk
men’settle’kan hal korang ni,we have a game to win.”muka faris penuh dengan
muslihat.beberapa rancangan sudah siap dirangka dalam mindanya.
Shahir dan imran berpandangan.imran
mengangkat kening.shahir membalas dengan mengangkat bahu.faris mengangkat
pinggan dan membasuhnya di sinki.puan rose hanya memandang.Tuan Rizal seperti
biasa tidak mempedulikan situasi yang berlaku diantara Imran dan Shahir.sekejap
lagi baik la tu.fikirnya.
Imran bangun dan bergerak ke sinki
apabila faris siap meletakkan pinggan di rak.pinggan dibasuh imran dengan
cermat.shahir memandangnya sekilas.malas bersama-sama membasuh pinggan.
‘biarlah imran basuh dulu.’