BAB 5
“okey semua.kumpulan 1 dan 3 yang diketuai oleh cikgu khai dan cikgu amri sila ambil posisi masing-masing.Im nak rancangan yang telah kita atur berjaya.”
“Imran,bagaimana dengan kumpulan 2 dan 4?” satu suara mencelah.
“kumpulan 2 dan 4 akan ditugaskan untuk backup kumpulan 1 dan 3 sekiranya berlaku apa-apa masalah.jadi,kumpulan 2 dan 4 perlu tunggu didalam dewan.kumpulan ni akan membekalkan alatan-alatan atau bersedia untuk segala kemungkinan sekiranya ada kecederaan.” Mereka semua mengangguk tanda faham.
“farhan!”farhan menganguk faham.dia segera membuka pintu dewan.laluan dihadapan pintu sunyi sepi tetapi,air yang tenang jangan disangkakan tiada buaya.kumpulan pimpinan cikgu khai dan cikgu amri segera keluar melalui pintu dewan.mereka menyusup keluar bagaikan tentera.kayu dipegang dengan kejap ditangan.
Mereka melangkah dengan berhati-hati.tiba dibangunan blok c,mereka diserang seekor zombie.zombie tersebut menerkam kearah mereka dengan aksi yang menakutkan.cikgu khai segera memukul kepala zombie sehingga memercikkan darah ke tanah.
Semua yang ada disitu tergamam.namun,mereka tidak dapat berehat walau sesaat pun.selepas kemunculan zombie tersebut,zombie lain mula menyusul.semakin lama semakin bertambah bilangannya.mereka berlawan bagaikan pahlawan silam.walaupun hanya bersenjatakan bahan buangan,mereka tetap gigih menyerang balas.
Namun kemenangan mereka tidak tahan lama.semakin lama,bilangan zombie tidak dapat ditandingi mereka..cikgu amri memberi isyarat agar berundur.mereka semua berlari kearah dewan utama.wisel hijau yang tergantung dileher jurulatih bola sepak itu segera ditiup.
Farhan yang mendengar bunyi kecemasan itu segera membuka pintu untuk memberi laluan kepada kumpulan 1 dan 3 masuk kedalam dewan.untung semuanya selamat walaupun mendapat sedikit kecederaan.
“kahkahkahkahkahkah” pangeran putra ketawa galak.matanya tidak lepas-lepas memandang kearah skrin yang memaparkan zombie-zombie ciptaannya.
“tuan” awartam sedang menyembah pangeran putra. Sebelah tangan diletakkan di dada. Satu isyarat penghormatan terhadap putera istana hitam tersebut.
“ada apa awartam?”sengihan jahat tidak lekang-lekang menghiasi bibir hitam pangeran putra.awartam teragak-agak untuk memberitahu pangeran putra tentang berita buruk yang baru diketahuinya sebentar tadi.
Air muka awartam yang pucat itu sedikit menggusarkan hati pangeran putra.dia bangun dan berjalan kearah awartam.
“awartam!apa yang kau lengahkan lagi?lekas khabarkan kepadaku.apa yang menyesakkan minda kau?”lantang suara pangeran putra mendesak awartam.
“err..tadi,patik baru terima khabar buruk.ia dari sayap timur.panglima kibu memberitahu terdapat musuh yang cuba merungkai rancangan kita.hampir 40% tentera mayat hidup kita dipulihkan semula.sumber kuasa itu tidak diketahui dari mana.”terang awartam.
“Aaaaaaaaaaaaa..siapa pula yang ingin merosakkan rancangan beta?kurang asam punya orang.”pangeran putera meradang.semua bola Kristal diatas almari dilempar ke dinding.pecah berderai satu persatu.
Awartam yang berada disitu mula kecut perut.
“maaf tuanku.patik rasa elok patik beredar dahulu.masalah tu biar patik dan barisan ketua hitam yang selesaikan.tuanku tidak perlu susah hati.mohan diri .” awartam segera menghilangkan diri dengan ilmu ghaib yang telah dipelajarinya sewaktu berumur 14 tahun.
Pandangan mata pangeran putra kini beralih semula ke arah skrin yang memaparkan segerombolan zombie.
“Heeee....heeee...”bunyi aneh kedengaran dari siling istana.pangeran putra kembali tersenyum.’kemboja sudah kembali dari hutan’
“kanda putra?masih di sini?Kemboja ingat kanda sudah keluar ke Bandar Suasa.”Kemboja terbang perlahan kearah abangnya.badannya yang putih lut sinar itu seakan-akan asap apabila terkena cahaya.
Kemboja ialah sejenis roh yang hidup diantara dua dunia.atau lebih tepat lagi,kemboja adalah jelmaan semula roh adik pangeran putra.bentuknya seakan-akan casper tetapi dia memiliki wajah yang sama sewaktu hidup.rambutnya berwarna putih dan panjang mengurai.hobinya suka mengumpul bunga dari hutan.
Pangeran putra tersenyum dan bangun.dia menjenguk kedalam bakul yang dibawa kemboja.terdapat banyak bunga hutan didalamnya.dia mengambil satu daripada bunga hutan itu.kemboja hanya tersenyum memerhati.
“Cuma ini je yang kemboja petik?bukankah banyak bunga di lembah violet?”pangeran putra bertanya.
“kanda-kanda~pokok,kalau tiada bunga tiadalah serinya.sebab itulah kemboja tidak ambil semua sekali.kesian pokok itu.lagi pun,kemboja Cuma mahu mencuci mata di lembah violet.bukannya mahu menjadi pencuri bunga”
Pangeran putra ketawa mendengar celoteh kemboja.memang!sikap adiknya itu sangat berbeza dengannya.adiknya mempunyai hati yang putih dan suci berbanding dirinya.meskipun kemboja tidak menghalang semua kerja-kerja jahatnya,dia tahu kemboja selalu berharap dia menghentikan kesemua rancangan jahatnya.
“kanda,mengapa dinda lihat kanda sudah semakin kurus?sudah jadi seperti jerangkung kemboja lihat.hahaha,kanda lupa makan ya?atau,masakan tulip yang tidak sedap?”Kemboja mengirai-ngirai rambutnya dibahu. “kalau kanda mahu,kemboja boleh tolong masakkan”
“kurus?jerangkung?sampai hati kemboja bilang kanda seperti jerangkung.”pangeran putra buat-buat merajuk.
“alah kanda ni.pura-pura merajuk pula.malas lah kemboja layan.sudah,kemboja mahu masuk kamar.merah lia sedang menuggu kemboja.jangan lupa makan banyak-banyak ya kanda?dinda pergi dulu...heeee heeeee... “
Kemboja terbang melayang kearah syiling.pangeran putra menyeringai.
‘herm,betulkah aku sudah kurus seperti hantu?mungkin sebab aku tidak lalu makan sejak akhir-akhir ni.baik aku makan aslaka.biar cepat gemuk.haha’
Aslaka ialah hidangan istana yang sedap.namun,disebalik kesedapannya itu terdapat imbalan yang perlu dibayar.sesiapa yang makan aslaka akan mudah gemuk.kebayakkan perempuan istana tidak menyukai makanan itu kerana mereka mahu kurus dan bergaya.
‘I shouldnt have done that,
I should have pretended not to know
like I didnt see it, like I couldnt see it
I shouldnt have looked at you in the first place
I should have run away,
I should have pretended I wasnt listening
like I didnt hear it, like I couldnt hear it
I shouldnt have heard your love in the first place
Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised
Because it came without a word.
Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
Except for the fact that I can’t see you anymore
And that you’re not here anymore
Otherwise it’s the same as before
Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised’
Lirik lagu diatas kertas itu membuatkan hati Putera Syawal tersentuh.ingatan terhadap puteri Aqi kembali bertandang di dalam kotak ingatan. ‘andai saja hati beta tidak buta melihat kebenaran di depan mata...’ air mata Putera Syawal jatuh ke bawah menjadi mutiara.
Di sebalik batu-batu di air terjun,banyak duyung-duyung yang memerhatikan pemuda kacak berketurunan bunian itu.dengan rambut panjang berwarna putih melepasi bahu dan mata hijau zamrud,dia Berjaya memukau pandangan duyung-duyung gadis yang sedang bermain-main di tepi batu.
Putera Syawal ialah bunian diraja.dia gemar berkunjung ke air terjun Mili-mili bagi meluahkan perasaan .mengingati kembali kisah silam sedikit sebanyak membuatkannya lebih matang dan mengajarnya untuk tidak bertindak bodoh seperti dahulu.
Meskipun bonda dan ayahanda mengatakan semua itu bukan salahnya,namun dia tetap berdegil meletakkan kesalahan tersebut keatas dirinya sendiri.ya,memang dia buta.puteri aqi telah lama menyimpan perasaan terhadapnya tapi dia lebih mendahulukan cinta palsu penyihir wina.
Akhirnya dia sendiri merana. Penyihir wina hilang sejurus rancangan jahatnya untuk mencuri mahkota diraja diketahui umum.puteri aqi pula pergi membawa diri dan hati yang terluka.kini,hanya masa yang akan menentukan kisah cinta dia dan puteri aqi.
Setelah 3 jam berada di air terjun mili-mili,putera syawal kini bangkit dari tempat duduknya.dia mahu kembali ke istana.dia melipat kembali kertas yang kusam itu dan memasukkannya kedalam kocek jubahnya.perilaku putera syawal satu persatu diperhatikan duyung-duyung gadis disebalik batu.dia tidak mengambil kira perbuatan mereka yang agak kurang sopan itu.
Dia sedar tampang wajahnya itu memang tidak dapat dinafikan lagi mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat.namun untuk memiliki dirinya adalah sesuatu yang mustahil.dia teringat pesanan dari nenda sewaktu dia berusia 6 tahun.
“cucunda,semalam nenda bermimpi.pabila genap 14 tahun umur cucunda,banyak musibah yang akan berlaku hanya kerana wajah mu sendiri.oleh itu,jagalah dirimu dan sentiasa ingat pesan nenda agar sentiasa memakai topeng apabila keluar dari kawasan istana.banyak makhluk yang akan menyimpan niat tidak baik bagi memiliki wajahmu”
Dahulu putera syawal akur dan memakai topeng jika keluar daerah.namun,dia sudah tawar hati dan kini dia tidak mempedulikan lagi apa-apa bahaya yang bakal mendatang.dia rela... andai saja perkara tersebut dapat membersihkan kesalahannya terhadap puteri aqi.
Putera syawal berjalan-jalan ditebing air terjun mili-mili dengan langkah yang longlai.bunyi kocakan air yang kuat menarik perhatiannya.dia melontarkan pandangan kearah bunyi tersebut.
Kelihatan seekor duyung lelaki sedang memegang harmonica.duyung tersebut tersenyum apabila putera syawal memandang kearahnya.dia memejamkan mata dan mula meniup harmonica.melodi harmonica itu membuatkan putera syawal terpesona.
Putera syawal mengambil keputusan untuk duduk ditebing dan menghayati nada merdu yang keluar dari harmonica itu.setelah habis lagu itu dimainkan,duyung yang bernama Tric itu berenang perlahan kearah putera syawal.
“hai!nama hamba Tric.”kata Tric sambil tersenyum ramah. “tuan hamba ini siapa?dari tadi hamba lihat tuan hamba seperti didalam kesedihan” Tanya Tric dengan sedikit kerutan di dahi.
Putera syawal ketawa kecil.mukanya itu memang tidak dapat disembunyikan lagi.dia memang sedang sedih.
“oh,hamba Syawal.” Putera syawal membongkokkan sikit badannya tanda hormat seorang bunian. “merdu sungguh lagu yang tuan hamba mainkan tadi” putera syawal tidak mahu dan tidak bersedia untuk menceritakan mengapa dia bermuram durja kepada seseorang yang dia baru kenal.dia juga tidak mahu Tric tahu bahawa dia putera tunggal kerajaan bunian.
“haha,mana ada.biasa saja lagu yang hamba mainkan.tuan hamba tinggal dimana?”
“hamba tinggal di kerajaan bunian hijau.”ringkas jawapan dari mulut putera syawal.
Tric mengangguk kecil .dia menghulurkan harmonica kepada putera syawal.putera syawal mengangkat kening. ‘apa?’
“ambillah.hamba beri pada tuan hamba sebagai tanda persahabatan.putera syawal teragak-agak untuk mengambil harmonica itu.
Tric lantas mengambil tangan putera syawal dan meletakkan harmonica di atas telapak tangan putera syawal.dia tersenyum dan mula menggerakkan ekornya di dalam air tanda gembira.air disekelilingnya kelihatan beriak kecil kerana ekornya bergerak-gerak.
“terima kasih ,Tric.” Putera syawal tertawa riang apabila melihat keletah Tric yang agak keanak-anakkan itu.
*************************************************************************