Senin, 06 Februari 2012

the tale of high school part2

               “Pengumuman! Kesemua pelajar tingkatan 1,2,3 diminta berkumpul di dewan utama. Diulangi, kesemua pelajar tingkatan 1,2 dan 3 diminta berkumpul di dewan utama. Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dikehendaki berkumpul di dewan blok c. Diulangi,pelajar tingkatan 4 dan 5 dikehendaki berkumpul di dewan blok c.” Bunyi yang keluar dari corong bunyi sekolah menengah bimasakti itu bergema diseluruh ceruk sekolah. Semua pelajar berpusu-pusu bergerak ke destinasi masing-masing.
            “Humaira, perlawanan seni bela diri tu dekat dewan mana?”
“erm. Dewan utama. Kenapa?”
“ Hehehe,kita kan dekat dewan c.” Humaira menjongketkan kenignya sebelah. “aku nak tengok abang syahizran. Apa kata kalau kita menyelinap masuk dewan utama.”
            “no way! kau nak mampus?” bantah Humaira ‘lagipun aku tengah bermasalah dengan si Uwais tu. Malas aku tengok dia bertanding.’
            “apa dia kau cakap?”
            Err..Humaira menggaru-garu kepalanya. ‘masa bila pula aku cakap ni?
            “aku tak cakap apa-apa pun. Apa yang kau mengarut ni?” Nafi Humaira.
            “ye ke?Tadi aku rasa macam dengar kau sebut sesuatu pasal Uwais. Something smell fishy here” Amira meletakkan jari telunjuknya di hujung bibir. Dia tersengih-sengih membuatkan Humaira tidak senang duduk.
            Tiba-tiba...debukk!!
            “Arrghh!” Humaira jatuh terduduk di sebelah Amira. Derapan kaki yang deras berbunyi kian terhenti. Seorang budak lelaki yang memakai seragam sekolah luar berlari mendapatkan Humaira.
            “Maaf” Sepatah kata keluar dari mulut budak lelaki itu. Dia menundukkan wajahnya memandang Humaira. Humaira mengadu kesakitan. Buku lalinya terseliuh. Budak itu cuba membantu Humaira berdiri. Humaira tidak boleh berdiri langsung dan terduduk kembali.
            “err..maafkan saya. Saya bersalah sebab tak nampak awak tadi. Biar saya dukung awak ke bilik rawatan.” Muka bersalah terpamer di wajah budak itu. Humaira menggelengkan kepala tanda tidak perlu. Dia menggapai tangan Amira. Amira berusaha menyokong Humaira agar dapat berdiri. Hampir sahaja Humaira terjatuh buat kali kedua. Mujur budak lelaki itu sempat menahan badannya dari menghempap simen.
            Suasana kaki lima itu sudah lenggang kerana semua pelajar sudah pergi ke dewan seperti yang telah diarahkan. Fadhil menarik tangan Humaira dan meletakkannya di belakang tengkuk dan mula mendukung Humaira. Amira tersenyum dalam hati. ‘romantik gila budak ni. Dah la hensem. Bertuah kau Humaira’
            Perlahan-lahan kaki Fadhil melangkah. Dia tidak berasa kekok malah seperti sudah biasa mengangkat benda berat. Amira menunjukkan jalan ke bilik rawatan sambil matanya tidak lepas memandang ke arah Humaira. Muka Humaira merah padam.
            “okay,sudah sampai. Awak baringkan Humaira di atas katil tu. Saya nak ambil ubat sapu.” Fadhil mengangguk kecil. Humaira dibaring di atas katil dengan cermat. Sesekali muka Humaira berkerut menahan ngilu yang menyucuk-nyucuk buku lalinya.
            “ Awak, saya kena pergi sekarang. Pertandingan dah nak mula. Sekali lagi saya minta maaf sebab dah menyebabkan awak jadi macam ni.”
Fadhil bergegas menuju ke dewan utama. Sebelum pergi dia sempat menghadiahkan senyuman kepada Amira dan dibalas dengan anggukan kecil. Amira duduk di kerusi yang telah disediakan berdekatan dengan Humaira.
            “weh!” Amira memanggil Humaira namun tidak dilayan. “Maira! Dengar tak ni? Aku nak cakap sesuatu” Humaira buat muka malas. Sambil bercakap, Amira cekap mengurut kaki Humaira yang terseliuh. Dia merupakan salah seorang ahli PBSM yang terlatih di sekolah itu. ‘herm,,budak ni mesti nak buat gossip.tak suka lah’ Humaira menjeling Amira tanda kurang senang. Dia boleh teka apa yang ada dalam fikiran Amira sekarang ini.
            Amira menyekeh kepala Humaira dengan tangan kirinya. “Adoi!apsal ko sekeh aku hah?” Amira mencebik. ‘eleh,Tanya pula kenapa. Yang ko pergi jeling aku tu apsal?’
            “ Hahaha. Padan muka ko. orang nak cakap buat-buat tak dengar lepas tu main jeling-jeling. Tak menghargai langsung.”
            “ Tak perlu. Aku tahu ko nak cakap pasal budak tadi tu kan?” Humaira menyerkap jarang. Duss~kena tepat-tepat tang batang hidung Amira. Dia tersengih-sengih. Tanpa dia sedar,  dia terlebih letak minyak di kaki Humaira.
            “aah!panas..panas la wei. Kenapa kaki aku panas sangat ni?”
            “erk?” Amira lantas memandang kearah tangannya. Penuh dengan minyak angin. ‘mak aih. Banyaknya aku letak.’
            Humaira bangun dan membelek-belek kakinya yang panas.uih..nak mampus minah ni. Dia ingat kaki aku ni ada stok baru ke? Letak minyak macam lori tumpah. Ni kalau ada setempayan memang ...tamo aku fikir. Ngeri.
            “Oi,ni nak buat macam mana ha? Dah merah kaki aku. Kata Penolong presiden yang berkaliber. Isi minyak pun tak reti.” Humaira mengeleng-geleng kepala beberapa kali. “Kenapalah hari ni hidup aku malang sangat? Sudah jatuh ditimpa tangga”
            “ehem,ehem. Apa yang malangnya?bukan bertuah ke? Ada abang hensem dukung sampai bilik rawatan.” Amira ketawa kecil.
            “ Dia dah mula dah” Humaira menekup mulut Amira agar berhenti bercakap.
*****************************************************************************

            “ Saudara Uwais dan Fadhil diminta tampil ke gelanggang. Perlawanan akan dimulakan sebentar sahaja lagi.” Suara pengacara majlis berkumandang di dalam dewan utama. Suara jerit pekik daripada penyokong terdengar di tepi-tepi dewan.
            Peluh dingin mula memercik di dahi Uwais. Dia agak gementar untuk perlawanan kali ini. Bukan dia tidak biasa menyertai perlawanan antara sekolah tapi perlawanan kali ini berbeza. Pencabarnya merupakan seorang yang terkenal di kalangan pelatih silat di sekolah-sekolah di Meripura.
            “ Peserta! Salam!” Fadhil memberikan senyuman kepada Uwais.
            “sila beri tunjuk ajar” Fadhil tunduk sedikit. Uwais membalasnya.
            Kedua-duanya bersiap siaga. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Dewan utama menjadi gamat sejurus sahaja perlawanan bermula. Di celah-celah pelajar yang ramai, Amira dan Umaira menyelit dan menyusup tanpa kebenaran pengawas yang bertugas.
            Setelah dipaksa Amira, akhirnya Humaira mengalah dan mengikut Amira ke dewan utama. ‘ni memang kerja gila’ hati Humaira mendongkol geram. Mukanya masam sejak dari tadi. Kalau ikutkan hati dia tak nak pergi ke dewan utama. Amira memang seorang pemujuk yang mahir.
            “Maira,cuba ko tengok dekat tengah gelanggang tu.” Jari telunjuknya di tunjukkan ke tempat yang di maksudkan.
            “emm,kenapa?” Humaira memandang sekilas. Dia tidak berminat dengan apa yang ada di gelanggang tambahan pula hatinya masih memprotes tindakannya yang mengikut rancangan gila Amira.
            “ Kembar ko la. Turn dia sekarang ni. Eh,jap. Weyh,budak tadi pun ada la. Abang hensem yang langgar ko tadi tu.” Suara Amira penuh dengan keterujaan.
            Humaira melemparkan pandangan ke tengah gelanggang. Dia memandang tajam kearah pencabar Uwais. ‘memang dia’ . Humaira mengangkat kening sebelah. Dia mengakui perlawanan yang sedang berlangsung itu memang sengit. Kesemua serangan dielak dan dibalas dengan tenaga yang sama. Kedua-duanya nampak bersemangat.
            Humaira memandang Uwais. Dia pasti Uwais tentu kepenatan sekarang ini. Meskipun latihan yang sering dilakukan banyak membantu namun begitu, Uwais pasti tidak tahan apabila mendapat lawan yang setanding. ‘aku kawan dia. Tapi kenapa aku tak jerit untuk memberi sokongan? Aku ni bukan kawan yang sejati’ muka Humaira muram.
            “baiklah..Uwais,usaha! kau boleh lakukannya! Uwais!Uwais!Uwais!” Humaira bersorak untuk Uwais. Perbalahan yang berlaku ditolak ketepi.
            Amira hairan. ‘semangatnya minah ni. Tadi lemah je. What’s going on here?’ Dia menggaru-garu kepalanya kehairanan. Sesaat selepas itu dia tersengih. Hatinya berbunga apabila melihat Humaira sudah bersemangat. ‘aku pun kena join sekali ni’ .
            Peluh sudah mula mengalir di sisi muka Uwais. Suara budak perempuan yang amat dia kenal terngiang-ngiang di telinganya. Namanya disebut-sebut berterusan. Dia sempat mengerling ke tepi dewan. Dia lihat Humaira dan Amira. Kedua-dua mereka menjeritkan namanya dengan penuh semangat. Uwais berasa terharu dan dihargai. Dia fikir Humaira tidak sudi menyokongnya dan hanya memikirkan senior mereka yang berambut coklat itu.
            ‘ternyata sangkaan aku salah. Aku akan buat yang terbaik untuk korang berdua’ janji Uwais pada dirinya sendiri.
            Setelah hampir setengah jam berlawan akhirnya juara jatuh kepada Fadhil. Humaira agak terkilan kerana Uwais tidak menjuarai perlawanan itu. Berbeza pula kepada Uwais dia berasa gembira meskipun dia hanya mendapat pingat kesatria tahap 3. Kehadiran kedua sahabat terutamanya Humaira banyak membantunya dalam menghadapi pencabarnya yang datang dari sekolah Putera Silver.
            Setelah tamat perlawanan, Uwais bergegas ke tempat Humaira dan Amira sedang berdiri. Memang tidak dapat dielak lagi. Belum sempat Humaira mengangkat kaki beredar meninggalkan dewan, dia didatangi Uwais dengan senyuman di muka. ‘alamak’
            “Maira,Mira. Terima kasih sebab datang. Aku nampak tadi. Korang bersorak untuk aku. Maira, aku nak minta maaf pasal hari tu” Tuala kecil berwarna putih disangkutnya di bahu. Sesekali Uwais mengesat peluh yang mengalir dengan menggunakan tuala itu.
            “Hehehe, sama-sama. Kitorangkan kawan ko. By the way, asal ko minta maaf dengan Maira? Apa masalah korang? Kenapa aku tak tahu apa-apa pun pasal hal ni?” Humaira menyiku Amira.