Jumat, 21 Desember 2012

kembar dan dunia sihir BAB1



                ‘kritz..kritz..’ Bunyi kertas apabila daya geseran dihasilkan oleh gerakan pensel diatasnya. Lutfi Zakiel tekun melakar dan menconteng. Adiknya Lutfi Zahrill pula sedang rancak menyanyi kecil. Dia mengetuk-ngetuk pensel di tangan dengan mata terpejam . Lagu astronaut nyanyian simple plan merupakan salah satu lagu kegemarannya.
                Pelajar-pelajar lain di dalam kelas sibuk melakukan kerja masing-masing. Ada juga yang berbual-bual kosong. Guru seni mereka masih belum hadir. Jam sudah menunjukkan tepat jam 8.30 pagi. kelas tuisyen tersebut seharusnya bermula pada jam 8.00 pagi. waktu standard bagi kelas tambahan di sekolah mereka bermula. Guru seni mereka telah menghantar pesanan  melalui khidmat pesanan ringkas (sms) berkenaan kelewatannya. Dia perlu mengambil adik perempuannya yang baru memulakan cuti semester di stesan bas translyvia.
                “Along, balik tuisyen nanti kita singgah kedai buku dulu ye.” Lutfi Zahrill menoleh ke arah abang kembarnya. Muka Lutfi Zakiel hanya separuh terlihat kerana sebahagiannya ditutupi rambut. Rambut Lutfi Zakiel panjang hingga ke bahu.dia tidak gemar menyikat rambut hadapannya. Dia akan membiarkan rambutnya jatuh menutupi muka. Walaupun begitu, dia tetap kelihatan kemas dan tidak selekeh seperti pengemis.
                “Hmm..Angah dah bagi tahu ibu? Tak baik melencong tanpa keizinan ibu. Nanti ibu sedih.” Lutfi Zakiel berkata dengan nada prihatin. Dia menolak kertas lukisan ke hadapan dan menyandarkan badannya di kerusi . Lencana kelab  seni  jelas kelihatan apabila dia duduk dengan postur tersebut. Cahaya matahari memancar dan terpantul dari lencana menghasilkan ilusi lencana bersinar bagai mengeluarkan cahaya.
                “Angah dah text ibu tadi. Ibu suruh beli tepung kastard untuk buat puff krim. Along tahu tak rupa tepung kastard tu ?” Lutfi Zahrill  merenung abangnya dengan ekspresi ingin tahu.
                “……………..” tiada jawapan di terima dari Lutfi Zakiel. Dia memang seorang yang kurang bercakap berbeza dengan kembarnya yang suka bercakap bagaikan bertih jagung. Lutfi Zahrill mencebik dan mengalihkan pandangan ke hadapan kelas. Abangnya memang tidak seronok dan sangat membosankan.
                Kebanyakan orang sangat mencemburui mereka. Mereka beranggapan bahawa mempunyai kembar merupakan sesuatu yang sangat ‘cool’  dan seronok. Tetapi tidak bagi Lutfi Zahrill, kembarnya seorang yang kurang bercakap manakala dia pula suka bercakap. Perbezaan ini sangat ketara sehingga dia sendiri  bosan apabila berbual dengan Lutfi ZAkiel.
                “Bangun….Ohayou sensei!” ketua kelas memberi ucapan selamat pagi di dalam bahasa jepun diikuti oleh pelajar-pelajar lain. Guru seni baru sahaja tiba. Dia menggalas beg silinder yang berisi kanvas lukisan di bahunya.
                “Pelajar-pelajar,hari ini seperti yang cikgu janjikan kita akan melakukan aktiviti di luar kelas. Tema kita bagi minggu ini adalah Jepun.Seperti yang kamu semua tahu, pengetua sekolah telah melancarkan satu kempen sempena Negara jepun yang telah di landa musibah.” Cikgu Khairill berhenti sejenak. Matanya meliar memandang pelajarnya Satu persatu. Seorang pelajar kurang memberi perhatian. Mukanya tertunduk kebawah dan tangannya bergerak-gerakmelukis di atas kertas.
                Cikgu Khairill melangkah perlahan ke arah pelajar terbabit. Pelajar lain mengikuti langkah cikgu Khairill dengan pandangan aneh. Apa yang ingin dilakukan cikguKhai? CikguKhai adalah panggilan mesra bagi pelajar-pelajar di sekolah tersebut.
                “Awak, apa yang sedang awak lakukan? Bukankah cikgu Khairill sedang bercakap di hadapan?”
                Pelajar-pelajar lain berbisiksesama sendiri.
“Bukankah dia pelajar baruitu?”Soal Sean kepada Haidir.Haidirmenganggukkankepala.Budak baru itu memang agak pendiam. Dia berpindah ke sekolah tersebut sejak seminggu yang lalu namun masih tidak mempunyai seorang kawan.Dia jugat idak bercakap dengan sesiapa pun walaupun dengan rakan sekelasnya.
“Cikgu Khairill hanya bercakap sesuatu yang telah saya tahu.Saya tidak fikir saya perlu mendengar itu semua.”Suara Pelajar baru itu kedengaran jelas di dalam kelas. Semua pelajar memandang dengan perasaan tidak percaya.Dia masih tuduk, tidak mengangkat kepala dan tidak melihat siapa yang sedang bercakap dengannya.
Cikgu Khairill menarik kertas yang telah dilukis pelajar tersebut.
“Herm, menarik! Pandai awak lukis. Bukankah lebih baik kalau awak berikan perhatian terhadap guru di hadapan dan melukis apabila disuruh ?Dan bercakap tanpa melihat teman bual adalah sesuatu   yang  tidak baik.” Pelajar baru mengangkat kepala dan merenung Cikgu Khairill. Mukanya berubah mendadak apabila melihat gerangan yang telah bercakap dengannya.
Dia bangun dan segera memintamaaf daripada guru di hadapannya.
“Maafkan saya cikgu. Saya tak bermaksud..” kata-kata maaf pelajar tersebut terhenti apabila dipintas oleh Lutfi Zakiel.
“Terlajak perahu boleh diundur. Kalau dengan hanya ucapan maaf semua boleh diperbetulkan mudahlah kehidupan semua penjahat di muka bumi ini. Bukankah begitu Cikgu?” Cikgu Khairill mengangkat kening .Lutfi Zakiel seorang yang kurang bercakap manakala kata-katanya yang keluar pula ibarat belati yang menikam hati mangsanya.
Pelajar baru itu makin tertunduk. Matanya merenung kasut sneakernya yang berwarna hitam dominan dan merah darah. Dia fikir salah seorang rakan kelasnya  yang bercakap sebentar tadi. Dia tidak menyangka Cikgu Khairill yang menegurnya.Apa boleh buat, Nasi sudah menjadi bubur. Dia melepaskankeluhanberat.
“Kali ini saya lepaskan awak.Lain kali tolong berikan perhatian pada setiap kata-kata saya.Em,walaupun perkara tersebut sudah maklum bagi semua  orang.” Cikgu Khairil mengenyitkan matanya dan disambut oleh tawarakan rakan kelas. Pelajar baru tersebut mengangguk dan memberikan senyuman nipis tanda terima kasih kerana telah memaafkannya. Cikgu Khairill kembali ke hadapan kelas dengan senyuman. Bukan satu isu yang perlu dibahaskan. Fikir Cikgu Khairill. Dia menyambung kata-katanya yang terbengkalai dan kali ini semua pelajar memberi perhatian termasuklah pelajar baru tersebut. Lutfi Zakiel tersenyum sinis melihat pelajar baru tadi.



Minggu, 11 Maret 2012

HIKAYAT Budak Mata Hitam Part2


“ Nah, ambil. Hidu ubat ni.” Aqi menghulurkan ubat herba kepada Syamil. Perlahan-lahan Syamil mencapai botol kecil itu. Dia membuka penutup ubat tersebut dan melakukan seperti yang disuruh Aqi. Dia berasa lebih elok dari sebelumnya. Tiada lagi perasaan aneh yang cuba menguasai minda warasnya.
            “ Terima kasih” ucap Syamil ringkas. Aqi mengangguk perlahan.
            “Emm,jom kita balik ke makmal semula. Karang ada pulak rumour budak famous dekat sekolah ni dating dengan kawan baik sendiri.” Aqi membuat lawak walaupun dia tahu Syamil tidak akan ketawa.
Syamil menjungkitkan kening sebelah. Dia melangkah setapak demi setapak meninggalkan Aqi di belakang.
            “ Hey! Tunggu la aku. Kau ni,kalau tak meninggalkan budak comey ni di belakang tanpa guard tak boleh ke?” Aqi membebel nyaring.
            Syamil melangkah tanpa mempedulikan Aqi yang berlari-lari anak mengejarnya. ‘macam budak-budak’ Syamil tersenyum sinis memikirkan keletah Aqi. Tangan Syamil sentiasa berada di dalam kocek seluar. Imejnya menunjukkan dia seperti seorang samseng yang gemar menyendiri.

                                                                                                                                  
Pukul 11.30 malam..
Di dalam bilik tidur Syamil..
            Suara unggas-unggas di waktu malam bersahut-sahutan. Syamil tidak dapat melelapkan mata. Kepalanya mendongak ke atas memandang siling bilik. Tangan kirinya menggenggam sehelai sapu tangan. Terdapat kotoran berwarna merah di sapu tangan itu. Dia mendekatkan sapu tangan ke muka dan menghidu haruman yang terdapat pada sapu tangan itu.
                        Seketika, Syamil memandang kearah sapu tangan itu dan menarik-narik benang yang sudah terkeluar dari paksinya. Syamil tidak mahu membasuh sapu tangan itu kerana terlalu sayangkannya. Ya,sapu tangan itu ialah tinggalan terakhir daripada ibunya. Apabila dia berasa sedih, dia akan memegang sapu tangan itu. Tiada apa yang mampu menolongnya ketika bersedih atau kecewa.
            “klak!” tombol pintu dipulas seseorang dari luar. Syamil menajamkan penglihatan ke arah pintu bilik.
            “ Mama~” Syamil bingkas bangkit dari pembaringan. Seorang wanita lewat 30 an melangkah masuk ke dalam bilik sambil tersenyum mesra.
            “ Syamil, kenapa tidak tidur lagi? Dah lewat malam ni.” Puan Hana menyoal sambil duduk di birai katil . tangan kanannya mengusap-ngusap rambut syamil dengan penuh kasih-sayang.
            Syamil mengeluh. ‘bukan dia tidak mahu tidur. Tetapi banyak perkara yang menyarati otaknya sehingga menyukarkannya untuk tidur’ Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Syamil. Puan Hana sudah masak dengan perangai Syamil yang agak berat mulut. Puan Hana tersenyum dan perlahan-lahan bangun.
            “ Syamil,jangan tidur lewat sangat. Dah pukul 11 lebih. Kalau susah nak tidur, baca bismillah dan selawat banyak-banyak. Insyallah , Syamil akan tertidur nanti.” Pesan Puan Hana.
            Syamil menganggukkan kepalanya dua kali. Dia menghadiahkan senyuman nipis kepada Puan Hana. Puan Hana melangkah keluar dari bilik dan hilang dari pandangan mata Syamil dalam masa tak sampai satu minit. Syamil menarik selimut ke dada dan baring semula. Dia mula membaca selawat dan bismallah seperti yang telah dipesan oleh mamanya.
            Lama-kelamaan mata Syamil terasa memberat. Akhirnya, Syamil tertidur dengan keadaan tangan yang menggenggam sapu tangan ibunya.


“Selamat pagi!”
“Selamat pagi!” senyuman lebar dihadiahkan kepada semua yang terserempak dengannya.
            Suasana di waktu pagi itu berjalan seperti biasa. Sekolah dibuka seawal jam 6.30 lagi. Bunyi kicauan burung turut memenuhi perkarangan sekolah. Aqi melangkah dengan pantas . Dia  tidak mahu Mr X tertunggu-tunggu kedatangannya. Semalam dia mendapat satu surat misteri. Ya,surat daripada Mr X. Surat itu mengandungi maklumat penting yang dikehendakinya. Namun, bukan kesemua maklumat dilampirkan bersama. Aqi perlu berjumpa mata ke mata dengan pengirim misteri itu.
            ‘Lorong B23,belakang pokok besar dekat tiang sejarah.’ Aqi mengulang semula maklumat tempat pertemuan yang dinyatakan didalam surat.
            “ktak!” aqi menghentikan langkah kaki. Dia sekarang berdiri betul-betul di hadapan tiang sejarah sekolahnya.
            ‘Tak ada orang pun dekat sini.’ Aqi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia membelek jam tangan untuk memastikan dia tidak terlambat. ‘betul la. Surat tu kata pukul 7.15 . Ni tepat-tepat aku tercongok dekat sini. Bayang pun tak ada.’
            15 minit berlalu...
            ‘okey,cukup!.sesi persekolah dah nak bermula. Baik aku gerak sekarang. Tak menepati janji langsung budak ni. Budak-budak zaman sekarang memang tak boleh harap.’ Muka Aqi macam mencuka. Dia mengangkat punggung dari bangku panjang dan mula berjalan .
            Sewaktu berjalan melintasi taman sains, Aqi ternampak satu kelibat yang mencurigakan. Aqi mengerutkan kening kehairanan. ‘siapa pula yang stalker aku ni. Nak kena ni.’ Timbul idea nakal di dalam otak Aqi. Dia tersengih penuh muslihat.
            Aqi meneruskan langkah seperti biasa. Di satu selekoh bangunan dia membelok dan menyorok. Derapan kaki yang asing mula mendekat. Apabila kelibat tersebut mendekat, Aqi dengan pantas menarik orang tersebut ke dinding  dan mengilas tangannya ke belakang.
            “aargh. Sakit la.” Seorang budak lelaki menjerit kesakitan dengan tindakan mengejut Aqi. Aqi tersengih kemenangan.
            ‘ Itu la. Tak ada penyakit cari penyakit. Kan dah kena’ Aqi ketawa galak.
            “ lepaskan aku!” pinta budak lelaki itu.

            Perlahan-lahan Aqi melonggarkan kilasan yang dikenakan terhadap budak lelaki tersebut. Tangan budak lelaki tersebut masih dipegang kemas oleh Aqi. Takut budak stalker ni lari. Kena la ambil langkah berjaga-jaga.
            “Hah,sekarang cakap. Kenapa ko ikut aku?” desak Aqi.
            “..................................”
            “Tak nak cakap ye. Rasakan ni” satu tumbukan hinggap di bahu kanan budak lelaki itu. Mukanya mengeriut menahan rasa sakit.
            Budak ni degil betul. Baiklah,peluang terakhir. Aik,baru sekali je kau tanya. Ah,lantak la. No need to waste my time. Waktu belajar dah nak mula ni.
            “Peluang terakhir. Cakap siapa kau?  Kenapa kau mengekori aku?”
Hanya gelengan yang diterima Aqi. Okey,fine. Degil sangat kau ye!. Aqi menarik telinga budak lelaki itu . kali ini budak tersebut mengalah dan mengangkat kedua-dua tangan. Aku surrender!. Aqi berhenti daripada menarik telinga budak tersebut.
            “ Aku Tarmizi. Budak kelas 5 bulan. Aku Mr X. Maaf sebab tak muncul tadi. Aku takut silap orang. Dan, maklumat tu penting. Kalau jatuh ke tangan yang salah,pasti musibah besar akan melanda.” Terang Tarmizi.
            “oppss, senior rupanya. Ehehehe, maaf sebab berkasar .” Aqi melepaskan tangannya dari belakang badan Tarmizi.
            Tarmizi perlahan-lahan pusing menghadap Aqi dan mengibas-ngibas bahagian depan bajunya yang sudah berwarna putih akibat melekap pada dinding tadi. Cat dinding sekolah ni sepatutnya diganti. Sekali pegang,hablurnya melekat pada tangan. Tarmizi menggeleng-geleng beberapa kali.
            Dia mengangkat wajah dan what the fish. Kacaknya senior! . Aqi terpegun dengan ketampanan Tarmizi.

HIKAYAT Budak Mata Hitam part 1


"Hai  kacak!"Sapa seorang budak perempuan apabila Syamil berjalan melepasi pintu pagar sekolah.
            Syamil memandang tanpa sebarang emosi. Kaki diayun tanpa perasaan.burung berkicau riang dengan suara yang merdu.Tiba-tiba syamil terdengar suara seseorang yang sangat dikenalinya.
            "Syamil!oi,ko dengar tak?Aku panggil ni,pandang lah sini.Macam cakap  dengan tunggul kayu je" Kata Aqi sedikit geram apabila Syamil tidak memberi apa-apa respon kepadanya.
            "Em,ada apa?Aku tak ada mood ni"Balas Syamil malas.
            Aqi memandang hairan.Selalunya Syamil la orang yang paling gembira bila sampai ke sekolah. Oppsss,pembetulan.Syamil orang yang paling pelik yang pernah Aqi jumpa kat dunia ni.Tak ada perasaan.Hati batu?Maybe?
            "Err,tak ada apa-apa lah Syamil.Aku..aku bla dulu la ye.He3"Aqi lantas beredar meninggalkan Syamil yang berwajah kaku.
            Syamil meneruskan langkahnya yang terhenti.Fikiran Syamil kosong.
            Syamil dipelihara oleh ayah dan ibu angkatnya iaitu Tuan Arman dan Puan Hana.Syamil dijaga bagai menatang minyak yang penuh.Ibu bapa kandung Syamil mati semasa Syamil berusia 2 tahun.Punca kematian adalah kebakaran.Itulah yang didengar dari mulut kedua orang tua angkatnya.
            Mohd. Syamil Archés bin Shahir seorang yang kacak dan mempunyai senyuman menawan.Arches adalah perkataan greek.Nama tersebut diberi oleh moyangnya.Tidak diketahui bagaimana moyangnya iaitu Raja Mill boleh hidup begitu lama berbanding manusia biasa.Syamil jarang tersenyum.Mukanya kaku tanpa perasaan.Hanya sesetengah orang yang mampu melihatnya tersenyum.
            Apabila Syamil marah,bola matanya akan bertukar hitam sepenuhnya.Kebanyakkan pelajar di Sekolah Green Tears akan berlari bertempiaran apabila Syamil marah.Sesiapa yang masih terpacak didepannya pasti akan terkena penyakit yang aneh.Badan mereka akan menjadi lemah dan mereka akan koma selama seminggu.
            Hanya Aqi iaitu seorang bunian yang menyamar ke alam manusia untuk belajar berdikari sebelum tampuk pemerintahan kerajaan buni di serahkan kepadanya yang tidak terkena penyakit aneh tersebut.Aqi mengetahui rahsia hidup Syamil yang tidak diketahui oleh Syamil sendiri.
            Kejadian aneh itu juga yang menjadikan Syamil dipulaukan oleh kebanyakkan pelajar lelaki tetapi tidak kepada pelajar perempuan.Beribu-ribu surat peminat sampai kepada Syamil mengatakan rasa cinta kepadanya.Surat itu kebanyakkannya dibuang oleh Syamil.Hadiah2 seperti coklat akan diberikan kepada Aqi selaku rakan karibnya disekolah.
            Syamil sampai di kelas tepat apabila loceng pembelajaran berbunyi.Dia mengambil tempat duduk berhampiran dengan tingkap.Pemandangan diluar tingkap dapat menenangkan otak nya yang bercelaru.
            Syamil memandang ke arah kerusi aqi.Tiada orang disitu.Gelak ketawa di hadapan kelas menarik perhatian Syamil.Senyuman syamil terukir apabila terpandang  Harina yang tersenyum mendengar celoteh Aqi yang tidak kering gusi itu.
            “Lepas itu apa yang terjadi?”Tanya Harina kepada Aqi.
            “Apa lagi,aku pun buka langkah seribu lah.Kau gila nak aku tunggu pak cik itu takek kepala aku dengan batang penyapu.Hahahaha”
            “Hahahahahahahahaha….lawak lah kau ni Aqi”Farid menyampuk.
            “A’ah,memang lawak.Kalau kau nak,nanti biar aku kasi tahu pak cik tu yang ko nak join sekali konsert penyapu dia.Biar lebam mata kau”Balas Aqi.
            Perbualan mereka berlanjutan sehingga jam 9.30 pg.Mesyuarat yang dihadiri guru-guru mereka memberi peluang untuk mereka bergosip.
            “Eh,korang dengar tak berita pasal di sekolah kita akan diadakan pertandingan seni pertahankan diri dengan Sekolah Alam Sakti.Mesti havoc kalau sekolah kita lawan dengan smkas”Topek membuka cerita baru.
            “Betul ke Topek?Waa,ini yang aku suka ni.Agak-agaknya lah kan,siapa yang akan mewakili sekolah smkas?”Tanya Aqi.
            “Aku agaklah kan Fahran a.k.a Paan yang jadi wakil smkas.Budak tu terer weh.Sekali dia dah ada dalam gelanggang korang memang tak boleh lari.”
            “Betul tu.Aku pun dengar ada  orang masuk hospital lepas kena tendang dengan dia.Tapi kan,aku sokong dia.!”
            “Heh?Biar betul ko ni Har tak kan ko sokong musuh sekolah kite pulak” Aqi menjeling dengan hujung mata kearah tempat duduk Syamil.
            Air muka Syamil berubah. ‘Har sokong Fahran?Har suka dekat Fahran ke?’
Syamil ligat berfikir. ‘Ah!biarlah.Fahran?Heh,kau bukan siapa-siapa nak lawan aku’Syamil tersenyum.
            “oi!”Satu suara menyergah Syamil.Syamil tidak terkejut walau sedikit pun.Dia merenung dengan tajam mata Aqi.Entah sejak bila Aqi berada dihadapan mejanya itu.
            “Ko nak apa?”Kening Syamil naik sebelah.Salah satu ekspresi yang sering ditunjukkan apabila bercakap dengan Aqi.Aqi mengangkat bahu.
            “Saje.Aku tengok ko dari tadi termenung je.apa yang ko fikirkan?”
            “perlu ke aku bagitahu ko?”syamil bertanya sinis.
            “emm..jap aku fikir”sebelah tangan diletakkan didagu persis seorang detektif.
syamil mencapai sebuah buku kecil dan mengetuk kepala aqi.aqi menjerit kecil.syamil buat-buat tak Nampak dan beberapa saat selepas itu dia ketawa dengan kuat
muka aqi monyok tapi apabila melihat syamil ketawa,dia turut ketawa bersama-sama.

            “bangun!selamat pagi cikgu!”ketua kelas memberi ucapan kepada guru yang baru melangkah ke kelas.ucapan itu diikuti oleh pelajar lain.Suara-suara mereka bergema didalam kelas yang sederhana besar itu.
Syamil menggosok-gosok rambutnya yang hitam kemerahan. Rambutnya yang kemas tadi,kini kelihatan kusut. Dia suka begitu. Sememangnya imej yang kemas bukan salah satu daripada cita rasanya. Puan Hana lah yang sering mengemaskan dirinya sebelum ke sekolah agar Syamil kelihatan tampan dan kacak. Walau seteruk manapun imej Syamil,dia tetap mendapat tempat di hati pelajar perempuan di sekolahnya itu. Aqi mengeluh melihat perangai Syamil yang tidak pernah berubah.
“ Duduk murid-murid. Sekarang buka buku Demora bab 3.  Semua pelajar sila baca dengan senyap sehingga perenggan ke lapan bagi bab 3. Sebentar lagi cikgu akan adakan satu ujian. ” Cikgu Mala memberi arahan.
Syamil mengambil buku dibawah meja dan mula membaca. Tidak sampai 5 saat,dia sudah menutup buku Demora. Aqi juga begitu. Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan termenung.
Ujian bagi bab3 Demora selamat dijalankan. Loceng pertama berbunyi nyaring.Satu kelegaan terpancar diwajah setiap penghuni kelas 4 Teratai. Pelajar-pelajar beransur-ansur keluar dari kelas dan menuju ke makmal uji kaji. Mata pelajaran seterusnya ialah Keliosa. Keliosa berkaitan dengan kajian alam. Keliosa banyak menggunakan eksperimen sewaktu pembelajaran.
            “ Mil,Adli tak datang lagi ke hari ni?”Tanya Aqi sambil memandang tempat duduk di sebelah Syamil yang kosong sejak tiga hari yang lalu.
            “Em,nampak gayanya macam tu la.” Jawab Syamil dengan muka kaku tanpa perasaan.           
            “hey!senyum lah.” Aqi menarik kulit mukanya sendiri dengan tangan . mukanya kelihatan seperti badut. “macam ni” tunjuk Aqi kepada Syamil.
            Syamil pura-pura tidak nampak.sekilas,dia merasakan seseorang sedang memandang kearahnya. Dia lantas menoleh kearah itu. Dia tersenyum sinis apabila mendapati Harina sedang memandang kearahnya. Gadis itu tersenyum apabila Syamil menghadiahkan senyuman walaupun tidak nampak mesra.
            ‘herm,pandai juga budak tu senyum. Ingat otot senyum dekat muka dia tu dah hilang.’ Harina tergelak kecil.
            Syamil mengangkat keningnya sebelah. Pelik apabila melihat Harina gelak. Apa yang lucunya? Ada benda ke kat muka aku ni?herm....dia mengangkat kedua-dua bahu dan kembali mengadap meja dihadapan.


Prof. Karl baru sahaja melangkah masuk ke dalam makmal uji kaji  keliosa. Tangannya dipenuhi dengan buku yang setebal kamus. ‘buku tu kalau nak habiskan mesti memerlukan masa berbulan-bulan’ Zaman tersengih.
            ‘budak ni.hahaha’ Syamil ketawa dalam hati.wajahnya masih kaku. Syamil memiliki keistimewaan. Dia boleh mendengar fikiran orang lain. Ianya hanya terjadi sekali-sekala. Dia masih belum mampu menguasai kelebihan itu sepenuhnya.
            “ouch!” Syamil memandang kearah Harina. Tangan Harina berdarah akibat tergesel paku yang terkeluar dari meja makmal. Muka Syamil serta merta menjadi pucat seperti hantu. Dia tidak boleh melihat darah.
            “hah!” Aqi tahu Syamil bukan alergi atau takut pada darah tapi dia akan berubah menjadi makhluk lain jika terhidu bau darah. Bau darah itu terlalu harum dan membuat dia menginginkan darah tersebut. Dia ingin makan darah itu. Aqi lantas bangun dan menarik tangan  Syamil keluar dari kelas.
            Dia sempat meminta izin daripada prof. Karl sebelum melangkah keluar bersama-sama Syamil. Prof Karl agak hairan namun dia sedang sibuk menguruskan tangan Harina dan tiada masa untuk bertanya dengan lebih lanjut. Toplast dibalut ke tangan Harina setelah luka itu disapu antiseptic bagi menghalang kemaraan kuman.
            Korido yang bertemakan warna pic itu ditelusuri mereka sehingga sampai ke bangunan seni. Derap langkah mereka semakin perlahan dan akhirnya berhenti. Syamil menarik tangannya daripada terus di pegang oleh Aqi. Dia tidak suka disentuh. Aqi melepaskan tangan Syamil dan memandang kearah muka Syamil yang sudah beransur-ansur normal.
            “Maaf. Aku tak sengaja.” Kata Aqi perlahan . Syamil menjeling Aqi dengan tajam. Aqi menyeluk saku baju sekolahnya dan mengeluarkan satu botol kecil.

Senin, 06 Februari 2012

the tale of high school part2

               “Pengumuman! Kesemua pelajar tingkatan 1,2,3 diminta berkumpul di dewan utama. Diulangi, kesemua pelajar tingkatan 1,2 dan 3 diminta berkumpul di dewan utama. Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dikehendaki berkumpul di dewan blok c. Diulangi,pelajar tingkatan 4 dan 5 dikehendaki berkumpul di dewan blok c.” Bunyi yang keluar dari corong bunyi sekolah menengah bimasakti itu bergema diseluruh ceruk sekolah. Semua pelajar berpusu-pusu bergerak ke destinasi masing-masing.
            “Humaira, perlawanan seni bela diri tu dekat dewan mana?”
“erm. Dewan utama. Kenapa?”
“ Hehehe,kita kan dekat dewan c.” Humaira menjongketkan kenignya sebelah. “aku nak tengok abang syahizran. Apa kata kalau kita menyelinap masuk dewan utama.”
            “no way! kau nak mampus?” bantah Humaira ‘lagipun aku tengah bermasalah dengan si Uwais tu. Malas aku tengok dia bertanding.’
            “apa dia kau cakap?”
            Err..Humaira menggaru-garu kepalanya. ‘masa bila pula aku cakap ni?
            “aku tak cakap apa-apa pun. Apa yang kau mengarut ni?” Nafi Humaira.
            “ye ke?Tadi aku rasa macam dengar kau sebut sesuatu pasal Uwais. Something smell fishy here” Amira meletakkan jari telunjuknya di hujung bibir. Dia tersengih-sengih membuatkan Humaira tidak senang duduk.
            Tiba-tiba...debukk!!
            “Arrghh!” Humaira jatuh terduduk di sebelah Amira. Derapan kaki yang deras berbunyi kian terhenti. Seorang budak lelaki yang memakai seragam sekolah luar berlari mendapatkan Humaira.
            “Maaf” Sepatah kata keluar dari mulut budak lelaki itu. Dia menundukkan wajahnya memandang Humaira. Humaira mengadu kesakitan. Buku lalinya terseliuh. Budak itu cuba membantu Humaira berdiri. Humaira tidak boleh berdiri langsung dan terduduk kembali.
            “err..maafkan saya. Saya bersalah sebab tak nampak awak tadi. Biar saya dukung awak ke bilik rawatan.” Muka bersalah terpamer di wajah budak itu. Humaira menggelengkan kepala tanda tidak perlu. Dia menggapai tangan Amira. Amira berusaha menyokong Humaira agar dapat berdiri. Hampir sahaja Humaira terjatuh buat kali kedua. Mujur budak lelaki itu sempat menahan badannya dari menghempap simen.
            Suasana kaki lima itu sudah lenggang kerana semua pelajar sudah pergi ke dewan seperti yang telah diarahkan. Fadhil menarik tangan Humaira dan meletakkannya di belakang tengkuk dan mula mendukung Humaira. Amira tersenyum dalam hati. ‘romantik gila budak ni. Dah la hensem. Bertuah kau Humaira’
            Perlahan-lahan kaki Fadhil melangkah. Dia tidak berasa kekok malah seperti sudah biasa mengangkat benda berat. Amira menunjukkan jalan ke bilik rawatan sambil matanya tidak lepas memandang ke arah Humaira. Muka Humaira merah padam.
            “okay,sudah sampai. Awak baringkan Humaira di atas katil tu. Saya nak ambil ubat sapu.” Fadhil mengangguk kecil. Humaira dibaring di atas katil dengan cermat. Sesekali muka Humaira berkerut menahan ngilu yang menyucuk-nyucuk buku lalinya.
            “ Awak, saya kena pergi sekarang. Pertandingan dah nak mula. Sekali lagi saya minta maaf sebab dah menyebabkan awak jadi macam ni.”
Fadhil bergegas menuju ke dewan utama. Sebelum pergi dia sempat menghadiahkan senyuman kepada Amira dan dibalas dengan anggukan kecil. Amira duduk di kerusi yang telah disediakan berdekatan dengan Humaira.
            “weh!” Amira memanggil Humaira namun tidak dilayan. “Maira! Dengar tak ni? Aku nak cakap sesuatu” Humaira buat muka malas. Sambil bercakap, Amira cekap mengurut kaki Humaira yang terseliuh. Dia merupakan salah seorang ahli PBSM yang terlatih di sekolah itu. ‘herm,,budak ni mesti nak buat gossip.tak suka lah’ Humaira menjeling Amira tanda kurang senang. Dia boleh teka apa yang ada dalam fikiran Amira sekarang ini.
            Amira menyekeh kepala Humaira dengan tangan kirinya. “Adoi!apsal ko sekeh aku hah?” Amira mencebik. ‘eleh,Tanya pula kenapa. Yang ko pergi jeling aku tu apsal?’
            “ Hahaha. Padan muka ko. orang nak cakap buat-buat tak dengar lepas tu main jeling-jeling. Tak menghargai langsung.”
            “ Tak perlu. Aku tahu ko nak cakap pasal budak tadi tu kan?” Humaira menyerkap jarang. Duss~kena tepat-tepat tang batang hidung Amira. Dia tersengih-sengih. Tanpa dia sedar,  dia terlebih letak minyak di kaki Humaira.
            “aah!panas..panas la wei. Kenapa kaki aku panas sangat ni?”
            “erk?” Amira lantas memandang kearah tangannya. Penuh dengan minyak angin. ‘mak aih. Banyaknya aku letak.’
            Humaira bangun dan membelek-belek kakinya yang panas.uih..nak mampus minah ni. Dia ingat kaki aku ni ada stok baru ke? Letak minyak macam lori tumpah. Ni kalau ada setempayan memang ...tamo aku fikir. Ngeri.
            “Oi,ni nak buat macam mana ha? Dah merah kaki aku. Kata Penolong presiden yang berkaliber. Isi minyak pun tak reti.” Humaira mengeleng-geleng kepala beberapa kali. “Kenapalah hari ni hidup aku malang sangat? Sudah jatuh ditimpa tangga”
            “ehem,ehem. Apa yang malangnya?bukan bertuah ke? Ada abang hensem dukung sampai bilik rawatan.” Amira ketawa kecil.
            “ Dia dah mula dah” Humaira menekup mulut Amira agar berhenti bercakap.
*****************************************************************************

            “ Saudara Uwais dan Fadhil diminta tampil ke gelanggang. Perlawanan akan dimulakan sebentar sahaja lagi.” Suara pengacara majlis berkumandang di dalam dewan utama. Suara jerit pekik daripada penyokong terdengar di tepi-tepi dewan.
            Peluh dingin mula memercik di dahi Uwais. Dia agak gementar untuk perlawanan kali ini. Bukan dia tidak biasa menyertai perlawanan antara sekolah tapi perlawanan kali ini berbeza. Pencabarnya merupakan seorang yang terkenal di kalangan pelatih silat di sekolah-sekolah di Meripura.
            “ Peserta! Salam!” Fadhil memberikan senyuman kepada Uwais.
            “sila beri tunjuk ajar” Fadhil tunduk sedikit. Uwais membalasnya.
            Kedua-duanya bersiap siaga. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Dewan utama menjadi gamat sejurus sahaja perlawanan bermula. Di celah-celah pelajar yang ramai, Amira dan Umaira menyelit dan menyusup tanpa kebenaran pengawas yang bertugas.
            Setelah dipaksa Amira, akhirnya Humaira mengalah dan mengikut Amira ke dewan utama. ‘ni memang kerja gila’ hati Humaira mendongkol geram. Mukanya masam sejak dari tadi. Kalau ikutkan hati dia tak nak pergi ke dewan utama. Amira memang seorang pemujuk yang mahir.
            “Maira,cuba ko tengok dekat tengah gelanggang tu.” Jari telunjuknya di tunjukkan ke tempat yang di maksudkan.
            “emm,kenapa?” Humaira memandang sekilas. Dia tidak berminat dengan apa yang ada di gelanggang tambahan pula hatinya masih memprotes tindakannya yang mengikut rancangan gila Amira.
            “ Kembar ko la. Turn dia sekarang ni. Eh,jap. Weyh,budak tadi pun ada la. Abang hensem yang langgar ko tadi tu.” Suara Amira penuh dengan keterujaan.
            Humaira melemparkan pandangan ke tengah gelanggang. Dia memandang tajam kearah pencabar Uwais. ‘memang dia’ . Humaira mengangkat kening sebelah. Dia mengakui perlawanan yang sedang berlangsung itu memang sengit. Kesemua serangan dielak dan dibalas dengan tenaga yang sama. Kedua-duanya nampak bersemangat.
            Humaira memandang Uwais. Dia pasti Uwais tentu kepenatan sekarang ini. Meskipun latihan yang sering dilakukan banyak membantu namun begitu, Uwais pasti tidak tahan apabila mendapat lawan yang setanding. ‘aku kawan dia. Tapi kenapa aku tak jerit untuk memberi sokongan? Aku ni bukan kawan yang sejati’ muka Humaira muram.
            “baiklah..Uwais,usaha! kau boleh lakukannya! Uwais!Uwais!Uwais!” Humaira bersorak untuk Uwais. Perbalahan yang berlaku ditolak ketepi.
            Amira hairan. ‘semangatnya minah ni. Tadi lemah je. What’s going on here?’ Dia menggaru-garu kepalanya kehairanan. Sesaat selepas itu dia tersengih. Hatinya berbunga apabila melihat Humaira sudah bersemangat. ‘aku pun kena join sekali ni’ .
            Peluh sudah mula mengalir di sisi muka Uwais. Suara budak perempuan yang amat dia kenal terngiang-ngiang di telinganya. Namanya disebut-sebut berterusan. Dia sempat mengerling ke tepi dewan. Dia lihat Humaira dan Amira. Kedua-dua mereka menjeritkan namanya dengan penuh semangat. Uwais berasa terharu dan dihargai. Dia fikir Humaira tidak sudi menyokongnya dan hanya memikirkan senior mereka yang berambut coklat itu.
            ‘ternyata sangkaan aku salah. Aku akan buat yang terbaik untuk korang berdua’ janji Uwais pada dirinya sendiri.
            Setelah hampir setengah jam berlawan akhirnya juara jatuh kepada Fadhil. Humaira agak terkilan kerana Uwais tidak menjuarai perlawanan itu. Berbeza pula kepada Uwais dia berasa gembira meskipun dia hanya mendapat pingat kesatria tahap 3. Kehadiran kedua sahabat terutamanya Humaira banyak membantunya dalam menghadapi pencabarnya yang datang dari sekolah Putera Silver.
            Setelah tamat perlawanan, Uwais bergegas ke tempat Humaira dan Amira sedang berdiri. Memang tidak dapat dielak lagi. Belum sempat Humaira mengangkat kaki beredar meninggalkan dewan, dia didatangi Uwais dengan senyuman di muka. ‘alamak’
            “Maira,Mira. Terima kasih sebab datang. Aku nampak tadi. Korang bersorak untuk aku. Maira, aku nak minta maaf pasal hari tu” Tuala kecil berwarna putih disangkutnya di bahu. Sesekali Uwais mengesat peluh yang mengalir dengan menggunakan tuala itu.
            “Hehehe, sama-sama. Kitorangkan kawan ko. By the way, asal ko minta maaf dengan Maira? Apa masalah korang? Kenapa aku tak tahu apa-apa pun pasal hal ni?” Humaira menyiku Amira. 

Jumat, 13 Januari 2012

ThE tAle OF HiGh sChooL (part1)


            "Bila perlawanan antara sekolah kita dengan smkas nak berlangsung?"Tanya Humaira.
            "Huh?"
            "Perlawanan antara sekolah tu bila berlangsung?"
            "Oh,maaf,aku tak dengar tadi.Hurm,kalau tak silap aku,minggu depan"balas Uwais.
            "Mesti abang Shahizran dengan abang Faris sibuk kan.Kesian diorang"Kata Humaira dengan muka prihatin.
            "Eh eh,apsal kesian pulak kat diorang?Yang mamat kacak depan mata kau nih,tak kesian ke?"
            "Haha,kau?Perlu ke?Tak penting"
            "Oooo,tak penting ea.Ok fine.Kalau aku menang perlawanan tu nanti tak payah ko nak dekat dekat dengan aku.Dont dream to share my glamorous."Uwais buat muka merajuk.
            "Eley,tak payah lah ko na buat muke cam gitu.Dah gaya muka nak minta penampar ko tahu?"
            Uwais menjeling Humaira dengan geram.Selepas beberapa saat,dia melangkah meninggalkan Humaira keseorangan dengan muka bingung.
            'Apsal pulak dengan mamat nih.Selalunya oke kalau orang bergurau.Ni tetiba ambil serius pehal?PMS kot,hik3.Ah,lantak dia la.'

***************************************************************************

"Hiargh!hiargh!"Peluh mula membasahi badan Shahizran dan begitu juga Faris.
            Tumbukan padu dari Izran berjaya dielak dengan pantas.Izran termengah-mengah kerana tumbukannya tidak mengena.Peluh di muka dikesat dengan sebelah tangan.Jurulatih yang berdiri di tepi gelanggang hanya tersenyum melihat anak muridnya berlatih dengan bersungguh-sungguh.
            "Oke,sekarang berkumpul.Faris,tolong ambil kayu yang ada dekat pintu tu kejap. Bawak kesini ye.”Faris mengangguk.
            “Nah,”Beri Faris.
            “ Terima kasih Faris. Sekarang cikgu nak Syahizran pegang kayu ni dikedua-dua hujung. Faris gunakan semua teknik yang telah cikgu ajar dan cuba kalau boleh pecahkan kayu tu.” Kata jurulatih sambil tersenyum. Faris menarik nafas dalam-dalam.
            Sesi latihan tamat setelah jam menunjukkan tepat-tepat pukul 6.00 petang. Kesemua pelatih silat pulang ke rumah masing-masing. Sewaktu Faris sedang memakai helmet dikepalanya,dia disapa seseorang.
            “Hey,cantik tendangan kau tadi.”
            “Eh?” Faris memalingkan muka ke tepi. Sesaat kemudian itu dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.
            “Em,kau nak apa Uwais ?”Tanya Faris.
            “Tak de la. Tak de apa-apa.Erm,kau dah bersedia ke nak lawan dengan smkas tu?”
            “Agak-agak kau la..aku dah sedia ke belum?Nak dipendekkan cerita,kau nak ape?Dah sedia ke belum?Hahahahaha” Faris gelak dengan gaya putera kejam.Lelucon Faris diterima Uwais.So,dia pun gelak sama.
            “Kahkakahkah!!Kau buat lawak ye.”Kata Uwais dengan ketawa yang masih bersisa.
            Faris mengangkat bahu. ‘terpulang’  Faris membelek jam tangan di tangan kirinya. Uwais faham bahawa Faris perlu segera beredar. Dia menepuk bahu Faris dan membuat isyarat untuk beredar. Faris mengangguk dan tersenyum kecil.
            “Jumpa lagi! Bawak motor tu elok-elok!” Uwais memekik dari jauh. Dia berjalan sambil mengangkat sebelah tangan melambai kearah Faris.
            “Broommm..” Faris memulas minyak motornya dan meninggalkan kawasan perkarangan dewan dengan kekasihnya yang berwarna silver itu.


            “hmmmm” Uwais bersenandung. “nananananna~”
            “uwais!uwais!”
            Uwais berhenti bersenandung.dia menjengukkan kepalanya ke luar tingkap.
            “ye mak!” Uwais menyahut panggilan ibunya. Ibunya sedang sibuk menghidangkan minum petang di halaman luar. Ayahnya pula kelihatan sedang leka membaca akhbar sambil menyilangkan kaki.
            “ Uwais,keluar lah. Mak dah sediakan minum petang ni.mari minum sama-sama.”
            “baik mak!” Uwais menukar seluar pendeknya dan memakai seluar denim berwarna biru muda. Dia berjalan dengan santai ke luar rumah.
            “hai!” satu suara menyapa Uwais berdekatan dengan pagar tembok rumahnya.
            “hey” Uwais mengerutkan keningnya. Seorang gadis dengan basikal hijau sedang tersenyum manis memandang kearahnya.
            “erm, sibuk ke?” Tanya gadis itu.
            Uwais teringat tentang peristiwa di sekolah. Dia memasamkan muka. ‘herm, malas lah aku layan budak ni’ dia lantas meninggalkan Humaira terkebil-kebil di pagar tembok itu.
            ‘isy, Uwais ni. Dia bla macam tu je? Apa salah aku?” Umaira menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.  “budak ni memang PMS ke?tapi dia kan lelaki..hormon tak stabil?ye kot.hihihi” dia menutup mulutnya menahan ketawa.
            Uwais terdengar Humaira ketawa kecil tetapi dia tidak menoleh kebelakang. Dia mahu mogok. Mogok apa? Mogok merajuk! ‘haih,kau ni macam budak kecik la Uwais’
            “mak,lusa Uwais nak pergi latihan cemerlang dekat kem WEAS. Minggu depan kan Uwais ada perlawanan seni bela diri,jadi Uwais kena lah berlatih bersungguh-sungguh. Mak tolong hantarkan Uwais eh.” Kata Uwais selepas melabuhkan punggung di kerusi berwarna merah hati .
            Ibu Uwais mengangguk. Ayahnya hanya menjeling dari ekor mata tanpa mahu mengalihkan pandangan dari surat khabar. Berita ‘seorang anak menyembelih ayah sendiri ‘ begitu menarik perhatiannya. ‘zaman sekarang.macam-macam boleh terjadi’ dia menggelengkan kepala beberapa kali.

Kamis, 05 Januari 2012

siri prince~kes 1~zombie part 5


BAB 5

            “okey semua.kumpulan 1 dan 3 yang diketuai oleh cikgu khai dan cikgu amri sila ambil posisi masing-masing.Im nak rancangan yang telah kita atur berjaya.”
            “Imran,bagaimana dengan kumpulan 2 dan 4?” satu suara mencelah.
            “kumpulan 2 dan 4 akan ditugaskan untuk backup kumpulan 1 dan 3 sekiranya berlaku apa-apa masalah.jadi,kumpulan 2 dan 4 perlu tunggu didalam dewan.kumpulan ni akan membekalkan alatan-alatan atau bersedia untuk segala kemungkinan sekiranya ada kecederaan.” Mereka semua mengangguk tanda faham.
            “farhan!”farhan menganguk faham.dia segera membuka pintu dewan.laluan dihadapan pintu sunyi sepi tetapi,air yang tenang jangan disangkakan tiada buaya.kumpulan pimpinan cikgu khai dan cikgu amri segera keluar melalui pintu dewan.mereka menyusup keluar bagaikan tentera.kayu dipegang dengan kejap ditangan.
            Mereka melangkah dengan berhati-hati.tiba dibangunan blok c,mereka diserang seekor zombie.zombie tersebut menerkam kearah mereka dengan aksi yang menakutkan.cikgu khai segera memukul kepala zombie sehingga memercikkan darah ke tanah.
            Semua yang ada disitu tergamam.namun,mereka tidak dapat berehat walau sesaat pun.selepas kemunculan zombie tersebut,zombie lain mula menyusul.semakin lama semakin bertambah bilangannya.mereka berlawan bagaikan pahlawan silam.walaupun hanya bersenjatakan bahan buangan,mereka tetap gigih  menyerang balas.
            Namun kemenangan mereka tidak tahan lama.semakin lama,bilangan zombie tidak dapat ditandingi mereka..cikgu amri memberi isyarat agar berundur.mereka semua berlari kearah dewan utama.wisel hijau yang tergantung dileher jurulatih bola sepak itu segera ditiup.
            Farhan yang mendengar bunyi kecemasan itu segera membuka pintu untuk memberi laluan kepada kumpulan 1 dan 3 masuk kedalam dewan.untung semuanya selamat walaupun mendapat sedikit kecederaan.


            “kahkahkahkahkahkah” pangeran putra ketawa galak.matanya tidak lepas-lepas memandang kearah skrin yang memaparkan zombie-zombie ciptaannya.
            “tuan” awartam sedang menyembah pangeran putra. Sebelah tangan diletakkan di dada. Satu isyarat penghormatan terhadap putera istana hitam tersebut.
            “ada apa awartam?”sengihan jahat tidak lekang-lekang menghiasi bibir hitam pangeran putra.awartam teragak-agak untuk memberitahu pangeran putra tentang berita buruk yang baru diketahuinya sebentar tadi.
            Air muka awartam yang pucat itu sedikit menggusarkan hati pangeran putra.dia bangun dan berjalan kearah awartam.
            “awartam!apa yang kau lengahkan lagi?lekas khabarkan kepadaku.apa yang menyesakkan minda kau?”lantang suara pangeran putra mendesak awartam.
            “err..tadi,patik baru terima khabar buruk.ia dari sayap timur.panglima kibu memberitahu terdapat musuh yang cuba merungkai rancangan kita.hampir 40% tentera mayat hidup kita dipulihkan semula.sumber kuasa itu tidak diketahui dari mana.”terang awartam.
            “Aaaaaaaaaaaaa..siapa pula yang ingin merosakkan rancangan beta?kurang asam punya orang.”pangeran putera meradang.semua bola Kristal diatas almari dilempar ke dinding.pecah berderai satu persatu.
            Awartam yang berada disitu mula kecut perut.
            “maaf tuanku.patik rasa elok patik beredar dahulu.masalah tu biar patik dan barisan ketua hitam yang selesaikan.tuanku tidak perlu susah hati.mohan diri .” awartam segera menghilangkan diri dengan ilmu ghaib yang telah dipelajarinya sewaktu berumur 14 tahun.
            Pandangan mata pangeran putra kini beralih semula ke arah skrin yang memaparkan segerombolan zombie.
            “Heeee....heeee...”bunyi aneh kedengaran dari siling istana.pangeran putra kembali tersenyum.’kemboja sudah kembali dari hutan’
            “kanda putra?masih di sini?Kemboja ingat kanda sudah keluar ke Bandar Suasa.”Kemboja terbang perlahan kearah abangnya.badannya yang putih lut sinar itu seakan-akan asap apabila terkena cahaya.
            Kemboja ialah sejenis roh yang hidup diantara dua dunia.atau lebih tepat lagi,kemboja adalah jelmaan semula roh adik pangeran putra.bentuknya seakan-akan casper tetapi dia memiliki wajah yang sama sewaktu hidup.rambutnya berwarna putih dan panjang mengurai.hobinya suka mengumpul bunga dari hutan.
            Pangeran putra tersenyum dan bangun.dia menjenguk kedalam bakul yang dibawa kemboja.terdapat banyak bunga hutan didalamnya.dia mengambil satu daripada bunga hutan itu.kemboja hanya tersenyum memerhati.
            “Cuma ini je yang kemboja petik?bukankah banyak bunga di lembah violet?”pangeran putra bertanya.
            “kanda-kanda~pokok,kalau tiada bunga tiadalah serinya.sebab itulah kemboja tidak ambil semua sekali.kesian pokok itu.lagi pun,kemboja Cuma mahu mencuci mata di lembah violet.bukannya mahu menjadi pencuri bunga”
            Pangeran putra ketawa mendengar celoteh kemboja.memang!sikap adiknya itu sangat berbeza dengannya.adiknya mempunyai hati yang putih dan suci berbanding dirinya.meskipun kemboja tidak menghalang semua kerja-kerja jahatnya,dia tahu kemboja selalu berharap dia menghentikan kesemua rancangan jahatnya.
            “kanda,mengapa dinda lihat kanda sudah semakin kurus?sudah jadi seperti jerangkung kemboja lihat.hahaha,kanda lupa makan ya?atau,masakan tulip yang tidak sedap?”Kemboja mengirai-ngirai rambutnya dibahu. “kalau kanda mahu,kemboja boleh tolong masakkan”
            “kurus?jerangkung?sampai hati kemboja bilang kanda seperti jerangkung.”pangeran putra buat-buat merajuk.
            “alah kanda ni.pura-pura merajuk pula.malas lah kemboja layan.sudah,kemboja mahu masuk kamar.merah lia sedang menuggu kemboja.jangan lupa makan banyak-banyak  ya kanda?dinda pergi dulu...heeee heeeee... “
            Kemboja terbang melayang kearah syiling.pangeran putra menyeringai.
‘herm,betulkah aku sudah kurus seperti hantu?mungkin sebab aku tidak lalu makan sejak akhir-akhir ni.baik aku makan aslaka.biar cepat gemuk.haha’
            Aslaka ialah hidangan istana yang sedap.namun,disebalik kesedapannya itu terdapat imbalan yang perlu dibayar.sesiapa yang makan aslaka akan mudah  gemuk.kebayakkan perempuan istana tidak menyukai makanan itu kerana mereka mahu kurus dan bergaya.


‘I shouldnt have done that,
I should have pretended not to know
like I didnt see it, like I couldnt see it
I shouldnt have looked at you in the first place
I should have run away,
I should have pretended I wasnt listening
like I didnt hear it, like I couldnt hear it
I shouldnt have heard your love in the first place
Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised
Because it came without a word.
Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
Except for the fact that I can’t see you anymore
And that you’re not here anymore
Otherwise it’s the same as before
Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised’

            Lirik lagu diatas kertas itu membuatkan hati Putera Syawal tersentuh.ingatan terhadap puteri Aqi kembali bertandang di dalam kotak ingatan. ‘andai saja hati beta tidak buta melihat kebenaran di depan mata...’ air mata Putera Syawal jatuh ke bawah menjadi mutiara.
            Di sebalik batu-batu di air terjun,banyak duyung-duyung yang memerhatikan pemuda kacak berketurunan bunian itu.dengan rambut panjang berwarna putih melepasi bahu dan mata hijau zamrud,dia Berjaya memukau pandangan duyung-duyung gadis yang sedang bermain-main di tepi batu.
            Putera Syawal ialah bunian diraja.dia gemar berkunjung ke air terjun Mili-mili bagi meluahkan perasaan .mengingati kembali kisah silam sedikit sebanyak membuatkannya lebih matang dan mengajarnya untuk tidak bertindak bodoh seperti dahulu.
            Meskipun bonda dan ayahanda mengatakan semua itu bukan salahnya,namun dia tetap berdegil meletakkan kesalahan tersebut keatas dirinya sendiri.ya,memang dia buta.puteri aqi telah lama menyimpan perasaan terhadapnya tapi dia lebih mendahulukan cinta palsu penyihir wina.
            Akhirnya dia sendiri merana. Penyihir wina  hilang sejurus rancangan jahatnya untuk mencuri mahkota diraja diketahui umum.puteri aqi pula pergi membawa diri dan hati yang terluka.kini,hanya masa yang akan menentukan kisah cinta dia dan puteri aqi.
            Setelah 3 jam berada di air terjun mili-mili,putera syawal kini bangkit dari tempat duduknya.dia mahu kembali ke istana.dia melipat kembali kertas yang kusam itu dan memasukkannya kedalam kocek jubahnya.perilaku putera syawal satu persatu diperhatikan duyung-duyung gadis disebalik batu.dia tidak mengambil kira perbuatan mereka yang agak kurang sopan itu.
            Dia sedar tampang wajahnya itu memang tidak dapat dinafikan lagi mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat.namun untuk memiliki dirinya adalah sesuatu yang mustahil.dia teringat pesanan dari nenda sewaktu dia berusia 6 tahun.
            “cucunda,semalam nenda bermimpi.pabila genap 14 tahun umur cucunda,banyak musibah yang akan berlaku hanya kerana wajah mu sendiri.oleh itu,jagalah dirimu dan sentiasa ingat pesan nenda agar sentiasa memakai topeng apabila keluar dari kawasan istana.banyak makhluk yang akan menyimpan niat tidak baik bagi memiliki wajahmu”
            Dahulu putera syawal akur dan memakai topeng jika keluar daerah.namun,dia sudah tawar hati dan kini dia tidak mempedulikan lagi apa-apa bahaya yang bakal mendatang.dia rela...  andai saja perkara tersebut dapat membersihkan kesalahannya terhadap puteri aqi.
            Putera syawal berjalan-jalan ditebing air terjun mili-mili dengan langkah yang longlai.bunyi kocakan air yang kuat menarik perhatiannya.dia melontarkan pandangan kearah bunyi tersebut.
            Kelihatan seekor duyung lelaki sedang memegang harmonica.duyung tersebut tersenyum apabila putera syawal memandang kearahnya.dia memejamkan mata dan mula meniup harmonica.melodi harmonica itu membuatkan putera syawal terpesona.
            Putera syawal mengambil keputusan untuk duduk ditebing dan menghayati nada merdu yang keluar dari harmonica itu.setelah habis lagu itu dimainkan,duyung yang bernama Tric itu berenang perlahan kearah putera syawal.
            “hai!nama hamba Tric.”kata Tric sambil tersenyum ramah. “tuan hamba ini siapa?dari tadi hamba lihat tuan hamba seperti didalam kesedihan” Tanya Tric dengan sedikit kerutan di dahi.
            Putera syawal ketawa kecil.mukanya itu memang tidak dapat disembunyikan lagi.dia memang sedang sedih.
            “oh,hamba Syawal.” Putera syawal membongkokkan sikit badannya tanda hormat seorang bunian. “merdu sungguh lagu yang tuan hamba mainkan tadi” putera syawal tidak mahu dan tidak bersedia untuk menceritakan mengapa dia bermuram durja kepada seseorang yang dia baru kenal.dia juga tidak mahu Tric tahu bahawa dia putera tunggal kerajaan bunian.
            “haha,mana ada.biasa saja lagu yang hamba mainkan.tuan hamba tinggal dimana?”
            “hamba tinggal di kerajaan bunian hijau.”ringkas jawapan dari mulut putera syawal.
            Tric mengangguk kecil .dia  menghulurkan harmonica kepada putera syawal.putera syawal mengangkat kening. ‘apa?’
            “ambillah.hamba beri pada tuan hamba sebagai tanda persahabatan.putera syawal teragak-agak untuk mengambil harmonica itu.
            Tric lantas mengambil tangan putera syawal dan meletakkan harmonica di atas telapak tangan putera syawal.dia tersenyum dan mula menggerakkan ekornya di dalam air tanda gembira.air disekelilingnya kelihatan beriak kecil kerana ekornya bergerak-gerak.
            “terima kasih ,Tric.” Putera syawal tertawa riang apabila melihat keletah Tric yang agak keanak-anakkan itu.

*************************************************************************

Sabtu, 31 Desember 2011

siri prince~kes1~zombie part 4


BAB 4 :}
            “ Hey” Farhan menyapa Amir yang baru balik dari kantin.
            “Oh,hey.”Amir membalas sapaan Farhan. Ditangannya penuh dengan makanan berwarna merah. Giginya kelihatan kemerahan akibat makan makanan tersebut.
            “Benda apa yang kau genggam tu?merah je aku nampak”Kening Farhan berkerut.
            “Ni ke?Oh,ni coklat baru.aku beli dekat kantin tadi.sedap weyh.nak satu?”Amir mempelawa sambil tangan disuakan kepada Farhan.
            “err,tak pe la.aku tak minat makan coklat.takut sakit gigi.fobia bro.masa aku tadika,gigi aku pernah sakit macam nak mampus.gara-gara makan coklat la.lepas tu aku tak makan dah benda-benda manis ni” Farhan menolak pemberian Amir. ‘haha,pandai la kau Farhan.semalam bape kotak coklat ko makan.Ah,lantak la.janji gigi aku tak bertukar jadi gigi lada.merah je cam cili kering kisar’ Farhan tersenyum dalam hati.
            “kalau tak nak tak pe la.eh,mana kembar ko?”
            “entah la.tadi dia kata nak pergi toilet.dah dekat 20 minit tak sampai kelas lagi.hamende yang dia buat lame-lame aku pun tatau.”Farhan menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
            Amir tersenyum.
            “em,oke la.aku nak pergi duduk dekat tempat aku.betul ko tak nak coklat ni?”Amir bertanya buat kali kedua sebelum dia beredar.
            “hehehe.tak pe la.ko simpan untuk adik ko je la.aku takut gigi rosak.”Farhan menolak.
            “rosak gigi?ada-ada je la ko ni.”
Selepas Amir beredar,farhan ketawa lega. ‘selamat aku tak makan coklat tu.ridiculous!hahahaha’
“hei! ce mai faci?(hey!wassup?)”seseorang menyapa farhan dalam bahasa Romania.
Farhan mengangkat kening. “hem..baru muncul kau ye.tadi ko pergi tandas ke buat tandas?berjam-jam tak sampai-sampai kelas lagi”
            Imran tersengih-sengih. “hehehe,aku pergi tandas kejap je tadi.pastu aku lepak dengan budak junior.maaf sebab tak ajak ko sekali.jangan marah ea.”
            Farhan buat muka.selang beberapa saat dia ketawa kuat-kuat.memang sah otak tiga suku.Imran pun join sekali.inilah yang terjadi bila dua kawan rapat ibarat kembar bertemu.tak ada kerja lain.Buat kerja gila-gila tak henti-henti.
            Kringgg!!!loceng kedua berbunyi.semua pelajar berpusu-pusu kembali ke kelas.cikgu nia kelihatan jalan berlenggang-lenggang kangkung ke kelas.
            “hai cantik”seorang pelajar nakal menegur cikgu Nia di kaki lima.memang kurang sopan.
            Cikgu Nia hanya membiarkan perbuatan budak tersebut dan terus berjalan ke kelas Imran.
            “Assalamualaikum cikgu Nia” seisi kelas memberi salam.cigu Nia menganggukkan kepala.kedudukan kerongsang dikepalanya sedikit bergerak oleh anggukannya sebentar tadi.
            Cikgu nia menyuruh pelajar duduk diikuti dengan ucapan terima kasih daripada mereka.bunyi kerusi berkeriut jelas kedengaran apabila mereka duduk.kelas diteruskan seperti biasa.namun,30 minit selepas itu ramai pelajar yang mengadu sakit kepala.
            Suasana riuh rendah turut kedengaran dikelas-kelas lain.hanya beberapa orang pelajar sahaja yang terkecuali termasuklah Imran,Farhan,Kia dan Fadhil bagi kelas 4 Berani.
            “eh,Imran.apsal dengan diorang semua tu?nampak macam teruk je.”Farhan bertanya.
            “..........”Imran diam berfikir.mukanya kelihatan serius.suasana dikelas terlihat agak berkabus pada pandangan mata Imran.aneh!sesuatu yang buruk sedang berlaku.
            Tiba-tiba,salah seorang pelajar yang sakit kepala berubah tingkah.dia menderam dan terdapat lelehan berlendir keluar dari mulutnya.wajahnya nampak menggerunkan dengan bulatan hitam di sekeliling matanya.juga terdapat satu tanda kecil seperti kelawar berwarna merah bersinar di pipi kirinya.
            20 saat selepas itu,seorang demi seorang pelajar yang sakit kepala menderam dan menjadi seperti pelajar tadi.mereka berkelakuan seperti mayat hidup atau lebih dikenali sebagai zombie.
            “keluar!”selepas mendiamkan diri agak lama,Imran akhirnya bersuara.
            “huh?”Farhan kehairanan.
            “Farhan,Kia,Fadhil.cepat pergi dari sini.Cari semua Cikgu dan kumpulkan mereka di dewan utama.pastikan tingkap dan pintu dewan tertutup.jangan bagi mana-mana murid yang berkelakuan aneh masuk.tunggu arahan dari aku.”Imran memberi arahan dengan tegas.

            Suasanan didalam kelas menjadi semakin tidak terkawal.pelajar yang telah bertukar zombie kini mengamuk dan mula merosakkan kemudahan sekolah seperti kerusi,meja,papan kenyataan dan banyak lagi.
            Farhan dan dua orang rakan yang lain pantas mengangguk.mereka segera berlari meninggalkan kelas 4 berani.Imran bergerak pantas dan menutup pintu kelas.zombie-zombie didalam kelas berasa terancam.mereka semua menuju kearah pintu kelas.usaha Imran menjadi agak sukar kerana terdapat daya yang kuat dari dalam.
            Imran menumpukan perhatian.keseluruhan matanya berubah hitam.dengan sekali tolak,pintu tersebut dapat ditutup.perkara yang sama dilakukan kepada kelas-kelas yang lain.dengan gerakan pantas puntianak,Imran Berjaya menutup kesemua kelas yang ada di sekolah itu.
            “grrrrrrrr..aaaaaaaaaaaagroummmmmmm”bunyi ngauman zombie jelas kedengaran.
            Tiba-tiba...
            Satu zombie yang tiada didalam kelas menerkam kearah Imran.Imran tidak sempat mengelak.zombie tersebut Berjaya mencakar lengan kiri imran.
            “aaaargh!”imran menjerit kesakitan.Imran lantas menolak zombie itu ketepi.tolakan itu menyebabkan zombie terpelanting dua meter dari Imran.Imran bangun balik kuang dan bersiap siaga.luka ditangan imran kelihatan semakin membaik.hanya dalam lima saat,lengan imran yang tercedera kelihatan elok dan tida tanda-tanda telah dicakar.tiada langsung parut yang kelihatan.
            Imran tersenyum dengan barisan giginya yang tersusun cantik memperlihatkan sepasang taring kecil kepunyaannya.
            Zombie yang terpelanting tadi kini sudah kembali berdiri.kepala zombie itu agak terteleng-teleng melihat taring imran.Imran mengacah-ngacah zombie tersebut.zombie ketakutan dan berlari bagaikan lipas kudung kearah kelas.dia terhantuk didinding dan pengsan.
Imran melangkah dengan pantas menuju ke dewan utama.laluan ke dewan sunyi sepi tanpa bunyi.Imran berwaspada terhadap sekelilingnya.
            Selepas membelok ke kanan bangunan,Imran sudah boleh nampak bumbung dewan berbentuk kubah yang agak unik.Imran sampai dipintu utama dewan.dia mengetuk pintu dan menunggu balasan dari orang di dalam.
            “siapa?”
            “aku,Imran.”
            Pintu dewan dibuka dengan cepat.Imran melangkah masuk dan menuju kearah satu penjuru dewan yang agak strategik.bunyi klak terhasil apabila pintu dewan yang terbuka tadi ditutup seseorang.
            “O custos continente quatuor! claude ostia omnia et de hoc in schola. Nulla in elit. Donec lectus. non alia!( wahai penjaga empat benua!tutuplah kesemua pintu masuk dan keluar disekolah ini. tiada yang keluar dan masuk . yang terpilih aku . tiada yang lain!)”Imran membaca Sesuatu dengan perlahan.satu gegaran terhasil selepas manteranya selesai.
            “err...maaf?”salah seorang guru yang turut berada disitu bertanya.Imran berpaling mengadap kearah guru tersebut.
            “oh,cikgu khai.ada apa?”
            “boleh kamu terangkan apa yang sedang berlaku di sekolah ni?”guru-guru lain turut menganggukkan kepala.
            “emm,agak susah untuk Im terangkan tapi cikgu semua jangan panik.sebelum tu,biarlah Im berterus-terang.Im...” imran ingin membongkar rahsia dirinya.
            Semua telinga tertumpu kearah kata-katanya.
            “sebenarnya Im ada kuasa.err,kuasa ni lebih kurang macam PSIKIK.something yang agak Luar biasa.harap semua faham situasi Im.okay,sekarang Im akan terangkan situasi yang sedang kita alami ni.” Walaupun reaksi yang diterima agak tidak memberangsangkan,Imran tetap meneruskan percakapannya.
            “Im rasa,ada kuasa jahat yang sedang merasuk mereka semua.kelakuan mereka sama seperti Zombie.so,Im rasa ramai dekat sini yang tahu ciri-ciri Zombie.even apa yang cikgu semua tahu tu adalah daripada tv atau filem.benda tu tetap penting untuk situasi kita sekarang ni.ya,mengarut! mungkin tu yang sedang ada didalam fikiran cikgu semua tetapi benda tu sekarang reality.oke...Im tak nak cakap panjang-panjang.”Imran tersenyum didalam serius.
            “ambil kertas di penjuru dewan.Farhan tolong sediakan pen atau pensel untuk diagihkan kepada semua yang ada.”Farhan yang masih terkejut menggangguk. ‘sungguh tak sangka Imran ada menyimpan rahsia begitu yang besar’ Farhan bermonolog.
            “minta kerjasama semua.Im nak semua yang dah dapat alat tulis,segera catatkan apa-apa yang berkaitan zombie yang semua tahu.walaupun agak mustahil,tolong tulis.ini untuk kebaikan semua.terima kasih”
            Semua yang berada disitu mula memerah otak.gambaran-gambaran yang pernah dilihat didalam cerita seram mula bergentayang didalam kotak ingatan.satu persatu maklumat dipindahkan keatas kertas putih yang baru diagihkan.
            Farhan dipanggil Imran untuk berbincang sesuatu.
            “sekarang,aku perlukan bantuan ko ”Imran memohon.dia menghulurkan genggaman tangannya kearah farhan.selang beberapa saat,farhan menyambut dan turut menggenggam tangan dan menghalakan ke tangan imran.
            Imran tersenyum.dia memeluk bahu Farhan tanda terima kasih.tiba-tiba Farhan bersuara.
            “tapi,ada syarat.”Imran mengagangkat kening sebelah.
            “ko perlu tunjukkan semua kuasa ko pada aku.he3.”akhirnya Imran tersenyum mengerti.dia menganggukkan kepala sedikit.
            “oke!”Farhan menjerit kesukaan.dia mengangkat sebelah tangannya keatas bagaikan baru menang piala bola sepak.


            “gedegang!gedegang!gedegang!”bunyi pintu dewan dirempuh berkali-kali bergema di dalam dewan.semua yang berada didalam dewan berasa kaget.
            Farhan ingin membuka pintu tersebut namun dihalang Imran.
“tunggu dulu!”
            Imran memejamkan matanya.beberapa ketika selepas itu,Imran membuka kembali mata dan menyuruh Farhan agar membuka pintu tersebut.dia juga memberi peringatan agar  menutup pintu itu dengan cepat setelah orang diluar masuk.
            Farhan mengangguk dan melaksanakannya.bunyi sretttttt terhasil apabila ensel pintu yang agak berkarat itu bergerak.apabila terbuka sahaja pintu tersebut,seseorang meluru masuk kedalam dewan dengan cepat.farhan segera menutup pintu dewan.
            Faris!dia sedang kelelahan.tercungap-cungap dia menyedut nafas.
            “te..terima kasih.”walaupun kepenatan,Faris masih mampu mengucapkan terima kasih.
            Baju putih Faris terdapat kesan tompokan darah.tidak dapat dipastikan sama ada itu darah dia atau sebaliknya.