Jumat, 01 Februari 2013

Kembar dan dunia sihir BAB3

Lutfi Zafrill berjalan beriringan dengan dengan abangnya. Mereka menuju ke kawasan tempat letak kenderaan. disitu mereka mula membuka kunci basikal dan mula mengayuh ke arah jalan besar. destinasi mereka ketika itu adalah kedai buku Mela-mela.

Kedai buku Mela-mela terletak berhampiran dengan stesen bas bandar. ianya tidak lah begitu terlindung dan mudah dijumpai. pengunjung yang berkunjung ke kedai itu agak ramai . ada di antaranya adalah penumpang bas yang ingin menghilangkan kebosanan daripada menunggu bas. mereka akan berlegar-legar di dalam kedai dengan melihat buku-buku yang dijual sementara menunggu bas mereka tiba. sekiranya berkemampuan,mereka akan membeli buku-buku yang menarik perhatian mereka.

'sretttt....' bunyi tayar basikal menjerit apabila kedua-dua kembar menekan brek. Basikal mereka berhenti sejurus bunyi tersebut. Mereka menongkat basikal dan menghayunkan langkah ke pintu masuk kedai buku Mela-mela.

Penjaga kaunter kedai itu melemparkan senyuman mesra ke arah mereka. mereka mengangguk sedikit dan meneruskan langkah ke bahagian remaja. Di situ terdapat banyak buku,majalah,komik dan bahan bacaan yang berkaitan remaja.

Lutfi Zafrill membelek-belek buku yang ada di bahagian tersebut manakala abangnya berpeluk tubuh menantinya. Sesekali Lutfi Zakiel melemparkan pandangan ke arah gadis di kaunter pembayaran. Gadis itu sedang melayan seorang pelanggan lelaki. pada mulanya situasi di kaunter pembayaran adalah seperti biasa sehingga lah sesuatu di luar jangkaan berlaku.

Pelanggan lelaki yang ingin membuat pembayaran tiba-tiba merentap tangan gadis penjaga kaunter dengan kasar. Gadis itu terjerit kecil kerana terkejut. Dia merenung tajam ke arah lelaki di hadapannya. Lelaki itu tersengih-sengih seperti kera mendapat penyapu.

"Maafkan saya?" Gadis berambut panjang itu bertanya dengan nada amaran. Dia menjatuhkan pandangan ke tangannya yang masih dipegang pelanggan yang kurang ajar itu. Lelaki itu itu mengeluarkan wang dengan sebelah tangan dan meletakkannya di atas meja kaunter.

"Untuk satu malam." suara garau lelaki itu menyapa telinga si gadis. Mendengar sahaja tiga patah perkataan itu membuatkan badan gadis tersebut menggeletar. dia memandang tiga keping not 100 ringgit malaysia dengan pandangan tidak percaya. baru sahaja dia ingin mengangkat tangan untuk menampar muka lelaki biadap di hadapannya tiba-tiba satu suara mematikan niatnya.

"Ada apa-apa masalah di sini?" Lufti Zakiel sudah berdiri di sebelah pelanggan lelaki itu. mukanya tampak tenang. Dia menghalakan pandangan ke arah tangan lelaki yang sedang memegang tangan gadis itu tanpa kebenaran.

"Bukan urusan kau." Lelaki itu menjawab dengan nada ancaman.
"Tolong lepaskan tangan dia. Dan aku rasa kau perlu fikir dulu sebelum lakukan apa yang sedang kau lakukan ini."
"Kau siapa nak arah-arah aku?Budak hingusan.Umur baru setahun jagung nak tunjuk handal.huh!" Nada lelaki itu seakan-akan mengejek .
"Terima kasih untuk pujian itu. sekarang,lepaskan tangan dia dan minta maaf pada dia" Senyuman sinis terukir di muka Lutfi Zakiel. Biasanya itu tanda yang menunjukkan dia sudah mula berasa menyampah dan bosan.

     Lelaki itu melepaskan tangan gadis penjaga kaunter dan tersenyum sebentar sebelum dia mula menghayunkan penumbuk ke arah muka Lutfi Zakiel.
"Budak ni!!" Tangan lelaki itu di sambar sebelum sempat sampai ke destinasinya iaitu tepat ke tulang pipi remaja yang berkulit cerah itu.
   
Selang beberapa saat satu jeritan kedengaran. Lelaki itu kini sedang berurusan dengan perutnya yang senak akibat mendapat tumbukan sauk yang padu daripada Lutfi Zakiel. Mukanya berkerut menahan rasa sakit. Belum sempat dia membalas serangan itu, Pandangannya mula berpinar-pinar. Rupa-rupanya gadis penjaga kaunter telah mengetuk, oh lebih kepada menghempas pasu kaca yang agak kukuh di belakang tengkuk lelaki itu. Lama-kelamaan lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri.

    '999' Lutfi Zakiel mengeluarkan telefon bimbit berwarna hitam dengan jalur hijau di tepi dan mula mendail nombor kecemasan.

     Suasana di dalam kedai ketika itu tidak kecoh disebabkan kejadian tersebut kerana tidak ramai pelanggan di waktu itu. Mungkin itu juga penyebab betapa beraninya lelaki tersebut melakukan gangguan terhadap gadis comel penjaga kaunter. Ya, setidaknya itu lah yang difikirkan oleh Lutfi Zakiel, budak dingin berhati mulia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar