Jumat, 21 Desember 2012

Kembar dan dunia sihir BAB2

“Jom lukis!” Lutfi Zafrill berteriak dengan penuh semangat. Tangannya kedua-dua ditolak ke langit. Rakan-rakan yang lain ketawa melihat gelagatnya yang terlebih ceria. Mereka masing-masing segera mengambil posisi untuk mula melukis.
Kawasan lapang di luar kelas menjadi pilihan guru mereka. Cikgu Khai telah mengarahkan pelajar lelaki menyusun kerusi di kawasan tersebut. Lutfi Zakiel hanya mengangkat kerusinya sahaja tanpa mempedulikan kerusi pelajar lain. Sikapnya seakan-akan mementingkan diri sendiri. Mujurlah rakan-rakan sekelas yang lain tidak ambil pusing akan hal tersebut. Adik kembarnya pula begitu bersemangat dengan mengangkat hampir kesemua kerusi pelajar perempuan.
“Arigato gozaimasu! Zafrill,kau memang baik lah.” Ucapan terima kasih disusuli pujian terdengar di telinga Lutfi Zafrill. Dia tersenyum tiap kali menerima kata-kata seperti itu. Pelajar perempuan memang suka mengangkatnya dengan kata-kata. Dia mengangkat tangan kanan dengan senyuman terukir di bibir. No hal lah,hal kecil je,kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan minta tolong dari aku. Ini adalah antara maksud isyarat tangan tersebut. Semua orang sudah sedia maklum.

Sesi melukis dimulakan. Kerusi Lutfi Zakiel dan Lutfi Zafrill adalah berhampiran. Walaupun perwatakan mereka berbeza ibarat langit dengan bumi,namun mereka berdua tidak boleh dipisahkan. kalau bergaduh pun mereka akan berdamai semula tak sampai 24 jam. ikatan persaudaraan mereka begitu kuat dan teguh.
Lutfi Zakiel mula melakar di atas kanvas lukisan. Wajahnya tampak tenang dan aman. Lakaran menunjukkan imej manusia atau lebih tepat lagi seorang lelaki dengan sayap di kedua-dua belakang bahunya. Baju yang dipakai persis baju pahlawan purba. Lakaran Lutfi Zakiel siap dan dia mula mewarna kanvas itu dengan rona gelap. warna hitam dan merah hati menjadi pilihannya. latar belakang begitu sarat dengan pemandangan alam yang kelam kabut dan penuh keributan. sesuatu yang sangat contra dengan ekspresi yang sedang ditunjukkan oleh wajah Lutfi Zafril.
satu jam setengah berlalu. lukisan Lutfi Zakiel sudah hampir siap. Lukisannya itu akan sepenuhnya siap setelah dia menurunkan tandatangan di bahagian bawah sisi kanvas. Lukisan Lutfi zakiel tampak 'real'  dan bernyawa.
"sesiapa yang sudah selesai melukis sila angkat kerusi sendiri dan bawa ke kelas semula.kita ada satu jam lebih lagi sebelumkelas tamat. lukisan yang telah siap boleh lah dikeringkan dekat balkoni biru." Arahan Cikgu Khairul jelas menusuk ke telinga pelajar-pelajar yang tekun melukis.
"Lutfi,awak rasa lukisan saya ni cantik tak?" Elm bertanya dengan nada ceria. Badannya bergerak-gerak seperti budak tadika. Elm memang terkenal dengan sikapnya yang kebudak-budakan.
Lutfi Zakiel memberi pandangan menyampah.'Huh!budak perempuan' Cemuhnya di dalam hati. Dia mengemas barang-barang dan alatan melukis tanpa menunjukkan minta dengan lukisan Elm.
"Eh..cantiknya lukisan awak!" Balas Lutfi Zafrill sedikit terjerit. Dia mula mendekati abangnya dan Elm. 'Hmmp,along memang tak boleh harap. orang tanya dia boleh buat pekak je' Bebel Lutfi Zafrill.
"Betulkah?" Lutfi Zafrill mengangguk. "Terima Kasih Zafrill" Elm melompat riang. Lutfi Zafrill membalas dengan senyuman. Lukisan bunga sakura Elm dilihat sekilas oleh Lutfi Zakiel sebelum dia melangkah pergi dengan kerusi serta alat lukisan. Langkahnya diikuti adiknya selepas beberapa saat. Bezanya, Lutfi Zafrill sedang membawa dua buah kerusi dan alatan melukis dengan mengantungkan alatan tersebut pada bahu kiri dan kanannya.
Semua pelajar telah siap mengemas dan sudah mahu pulang. Ketua kelas bangun dan memberi ucapan selamat diikuti rakan-rakan sekelas.
"Kiriz!Arigato Gozaimasu sensei!" Lantang sekali suara ketua kelas.

kembar dan dunia sihir BAB1



                ‘kritz..kritz..’ Bunyi kertas apabila daya geseran dihasilkan oleh gerakan pensel diatasnya. Lutfi Zakiel tekun melakar dan menconteng. Adiknya Lutfi Zahrill pula sedang rancak menyanyi kecil. Dia mengetuk-ngetuk pensel di tangan dengan mata terpejam . Lagu astronaut nyanyian simple plan merupakan salah satu lagu kegemarannya.
                Pelajar-pelajar lain di dalam kelas sibuk melakukan kerja masing-masing. Ada juga yang berbual-bual kosong. Guru seni mereka masih belum hadir. Jam sudah menunjukkan tepat jam 8.30 pagi. kelas tuisyen tersebut seharusnya bermula pada jam 8.00 pagi. waktu standard bagi kelas tambahan di sekolah mereka bermula. Guru seni mereka telah menghantar pesanan  melalui khidmat pesanan ringkas (sms) berkenaan kelewatannya. Dia perlu mengambil adik perempuannya yang baru memulakan cuti semester di stesan bas translyvia.
                “Along, balik tuisyen nanti kita singgah kedai buku dulu ye.” Lutfi Zahrill menoleh ke arah abang kembarnya. Muka Lutfi Zakiel hanya separuh terlihat kerana sebahagiannya ditutupi rambut. Rambut Lutfi Zakiel panjang hingga ke bahu.dia tidak gemar menyikat rambut hadapannya. Dia akan membiarkan rambutnya jatuh menutupi muka. Walaupun begitu, dia tetap kelihatan kemas dan tidak selekeh seperti pengemis.
                “Hmm..Angah dah bagi tahu ibu? Tak baik melencong tanpa keizinan ibu. Nanti ibu sedih.” Lutfi Zakiel berkata dengan nada prihatin. Dia menolak kertas lukisan ke hadapan dan menyandarkan badannya di kerusi . Lencana kelab  seni  jelas kelihatan apabila dia duduk dengan postur tersebut. Cahaya matahari memancar dan terpantul dari lencana menghasilkan ilusi lencana bersinar bagai mengeluarkan cahaya.
                “Angah dah text ibu tadi. Ibu suruh beli tepung kastard untuk buat puff krim. Along tahu tak rupa tepung kastard tu ?” Lutfi Zahrill  merenung abangnya dengan ekspresi ingin tahu.
                “……………..” tiada jawapan di terima dari Lutfi Zakiel. Dia memang seorang yang kurang bercakap berbeza dengan kembarnya yang suka bercakap bagaikan bertih jagung. Lutfi Zahrill mencebik dan mengalihkan pandangan ke hadapan kelas. Abangnya memang tidak seronok dan sangat membosankan.
                Kebanyakan orang sangat mencemburui mereka. Mereka beranggapan bahawa mempunyai kembar merupakan sesuatu yang sangat ‘cool’  dan seronok. Tetapi tidak bagi Lutfi Zahrill, kembarnya seorang yang kurang bercakap manakala dia pula suka bercakap. Perbezaan ini sangat ketara sehingga dia sendiri  bosan apabila berbual dengan Lutfi ZAkiel.
                “Bangun….Ohayou sensei!” ketua kelas memberi ucapan selamat pagi di dalam bahasa jepun diikuti oleh pelajar-pelajar lain. Guru seni baru sahaja tiba. Dia menggalas beg silinder yang berisi kanvas lukisan di bahunya.
                “Pelajar-pelajar,hari ini seperti yang cikgu janjikan kita akan melakukan aktiviti di luar kelas. Tema kita bagi minggu ini adalah Jepun.Seperti yang kamu semua tahu, pengetua sekolah telah melancarkan satu kempen sempena Negara jepun yang telah di landa musibah.” Cikgu Khairill berhenti sejenak. Matanya meliar memandang pelajarnya Satu persatu. Seorang pelajar kurang memberi perhatian. Mukanya tertunduk kebawah dan tangannya bergerak-gerakmelukis di atas kertas.
                Cikgu Khairill melangkah perlahan ke arah pelajar terbabit. Pelajar lain mengikuti langkah cikgu Khairill dengan pandangan aneh. Apa yang ingin dilakukan cikguKhai? CikguKhai adalah panggilan mesra bagi pelajar-pelajar di sekolah tersebut.
                “Awak, apa yang sedang awak lakukan? Bukankah cikgu Khairill sedang bercakap di hadapan?”
                Pelajar-pelajar lain berbisiksesama sendiri.
“Bukankah dia pelajar baruitu?”Soal Sean kepada Haidir.Haidirmenganggukkankepala.Budak baru itu memang agak pendiam. Dia berpindah ke sekolah tersebut sejak seminggu yang lalu namun masih tidak mempunyai seorang kawan.Dia jugat idak bercakap dengan sesiapa pun walaupun dengan rakan sekelasnya.
“Cikgu Khairill hanya bercakap sesuatu yang telah saya tahu.Saya tidak fikir saya perlu mendengar itu semua.”Suara Pelajar baru itu kedengaran jelas di dalam kelas. Semua pelajar memandang dengan perasaan tidak percaya.Dia masih tuduk, tidak mengangkat kepala dan tidak melihat siapa yang sedang bercakap dengannya.
Cikgu Khairill menarik kertas yang telah dilukis pelajar tersebut.
“Herm, menarik! Pandai awak lukis. Bukankah lebih baik kalau awak berikan perhatian terhadap guru di hadapan dan melukis apabila disuruh ?Dan bercakap tanpa melihat teman bual adalah sesuatu   yang  tidak baik.” Pelajar baru mengangkat kepala dan merenung Cikgu Khairill. Mukanya berubah mendadak apabila melihat gerangan yang telah bercakap dengannya.
Dia bangun dan segera memintamaaf daripada guru di hadapannya.
“Maafkan saya cikgu. Saya tak bermaksud..” kata-kata maaf pelajar tersebut terhenti apabila dipintas oleh Lutfi Zakiel.
“Terlajak perahu boleh diundur. Kalau dengan hanya ucapan maaf semua boleh diperbetulkan mudahlah kehidupan semua penjahat di muka bumi ini. Bukankah begitu Cikgu?” Cikgu Khairill mengangkat kening .Lutfi Zakiel seorang yang kurang bercakap manakala kata-katanya yang keluar pula ibarat belati yang menikam hati mangsanya.
Pelajar baru itu makin tertunduk. Matanya merenung kasut sneakernya yang berwarna hitam dominan dan merah darah. Dia fikir salah seorang rakan kelasnya  yang bercakap sebentar tadi. Dia tidak menyangka Cikgu Khairill yang menegurnya.Apa boleh buat, Nasi sudah menjadi bubur. Dia melepaskankeluhanberat.
“Kali ini saya lepaskan awak.Lain kali tolong berikan perhatian pada setiap kata-kata saya.Em,walaupun perkara tersebut sudah maklum bagi semua  orang.” Cikgu Khairil mengenyitkan matanya dan disambut oleh tawarakan rakan kelas. Pelajar baru tersebut mengangguk dan memberikan senyuman nipis tanda terima kasih kerana telah memaafkannya. Cikgu Khairill kembali ke hadapan kelas dengan senyuman. Bukan satu isu yang perlu dibahaskan. Fikir Cikgu Khairill. Dia menyambung kata-katanya yang terbengkalai dan kali ini semua pelajar memberi perhatian termasuklah pelajar baru tersebut. Lutfi Zakiel tersenyum sinis melihat pelajar baru tadi.