Jumat, 12 April 2013

CERPEN Cinta Vampire :[




Haira seorang gadis yang tinggal di sebuah perkampungan diraja bersama-sama seorang abang angkat yang ditemuinya sejak dia berusia lima tahun. Waktu itu,ribut melanda perkampungannya. Dia ditinggalkan keseorangan oleh keluarganya yang dia sendiri sudah lupa bagaimana rupa wajah mereka. Dia kesejukan ditimpa hujan dari atap jerami kandang kuda yang bocor. Dia hanya ditemani selimut tebal pelindung kepala dan separuh badannya daripada kesejukan .  namun,selimut tebal itu tidak berjaya menolong memanaskan badannya malahan membuatkannya menggigil kedinginan. Sekali-sekala bunyi besi berlaga kedengaran tidak jauh dari kandang kuda yang sedang diteduhinya.
            Mata Haira galak memerhatikan sekeliling. Rambutnya yang panjang menutupi dahi turut mengganggu pandangan matanya. Dia tidak mempedulikan rambutnya itu dan terus meliarkan pandangan ke segenap arah. Tanpa diduga, muncul seorang kanak-kanak lelaki dari pintu kandang kuda itu. Kanak-kanak lelaki yang hampir sebaya dengannya itu melangkah setapak demi setapak dan berhenti betul-betul dihadapannya. Mata Haira membulat ,dia mengeratkan pelukan tangan ke tubuhnya sendiri. Matanya basah bergenang air mata. Dia menangis tanpa suara.
            Kanak-kanak lelaki itu menarik selimut tebal yang membaluti tubuh kecilnya dan melemparkan jauh dari pandangannya. Badannya dirangkul erat dan rambutnya yang basah terkena air hujan itu diusap-usap penuh kasih-sayang persis pelukan seorang abang kepada adiknya. Dia membalas pelukan itu . Haira berasa selamat ketika itu dan dia berharap waktu terhenti buat selamanya.
            “Alam! pasangan suami isteri itu dan seorang anak lelakinya telah tiada. Mereka gagal diselamatkan” seorang lelaki berhud dikepala muncul di tempat yang sama kanak-kanak lelaki itu muncul tadi. Sebilah keris terhunus di tangan kirinya. Haira berasakan kepenatan yang amat sangat. Matanya lama-kelamaan mula terkatup secara perlahan-lahan. Dia rebah di dalam dakapan kanak-kanak lelaki itu.
            “Haira!pesanan meja 2” seorang gadis cilik tersenyum dan menganggukkan kepala seraya mendengar suara itu. Dia mengambil dulang yang berisi makanan dan membawanya ke meja 2.
            “Ini dia makanan tuan. Sila nikmatinya” Haira menundukkan kepala sedikit tanda hormat. Senyuman masih mekar di bibirnya.
            “Alam!Kenapa tak cakap kau nak singgah?” Seorang pemuda di kaunter pesanan melambaikan tangan ke arah pelanggan yang menerima makanan daripada Haira. Pelanggan yang berambut coklat kehitaman itu tersenyum mendengar jeritan Darma.
            “Aku perlu bertugas di luar kawasan.jadi,aku mahu mengucapkan selamat tinggal sebelum aku pergi. Lebih-lebih lagi kepada adik aku yang tersayang ni” Alam berkata dengan suara yang serak-serak basah. Wajahnya memang kacak seperti anak raja. Tambahan pula dengan suara itu membuatkan tercetusnya impian di hati gadis-gadis di perkampungan itu untuk memiliki hatinya.
            Kerusi kayu dihadapan mejanya ditarik keluar oleh Haira. Haira lantas duduk seraya berbuat demikian. Talam yang dipegangnya tadi kini ditolak ke tepi. Dia merenung wajah abang angkatnya itu. Abangnya itu sering keluar daerah semata-mata ingin menjaga keamanan perkampungan itu. Tugasnya sebagai ketua panglima membuatkannya sering tiada untuk menemani Haira. Dia hanya mengharapkan sahabat-sahabatnya yang dipercayai seperti Darma si penjaga kaunter dan juga adik beradik kembar Winter. Hanya kepada mereka bertiga dia berharap ketika ketiadaannya.
            “Abang,tak boleh ke suruh orang lain yang pergi jaga kawasan di Hutan Dalima?Haira takut terjadi sesuatu yang tak elok kepada abang” Kening Haira bertaut. Alam hanya melemparkan senyuman kepada Haira.
            “Alam,kalau adik kau nakal-nakal aku sekeh,tak apa kan?”Darma sudah tersengih nakal. Haira mencebik mendengar kata-kata Darma yang sering kali mencari jalan untuk mengenakannya.
            “Boleh je. Aku tak kisah asalkan adik aku ni jadi budak yang baik lepas kau sekeh dia” Alam tergelak kecil ketika menuturkan kata-kata itu. Haira sudah menunjukkan muka tidak puas hati dengan keizinan yang diberikan oleh Alam kepada Darma.
            Alam  mencicip air minuman di atas meja dan mula memakan kentang goreng dicicah dengan sos keju yang dihidangkan bersama. Usai makan,dia bangun memohon diri untuk pergi.
            “selamat tinggal adikku Haira. Selamat tinggal Darma. Dan selamat tinggal semua. Aku harap Haira dijaga dengan baik sepanjang pemergianku. Andai aku tidak pulang,janganlah ditangisi pemergianku ini.” Bergenang air mata Haira mendengar ucapan Alam. Dia bagaikan tidak mahu kembali semula ke perkampungan itu. Mata Darma dilihat sudah seperti kaca. Darma mula mendekati Alam dan memeluknya dengan erat.
            “Semoga pulang dengan selamat sahabatku” Alam membalas pelukan Darma dengan hati yang sebak. Dia tidak mahu mengalirkan air mata dihadapan mereka berdua. Mereka tidak boleh tahu bahawa misi kali ini melibatkan sesuatu yang amat dasyat. Dia tidak mungkin dapat pulang dengan selamat. Agak lama barulah pelukan itu terlerai.
            Alam berkalih pula mengadap Haira. Pelupuk mata adiknya itu sudah basah dek air mata. Dia mengangkat tangan mendekati wajah Haira. Air mata Haira dikesatnya perlahan. Sesuatu daripada kocek seluar hitamnya dikeluarkan dan dihulurkan kepada Haira. Haira menyambut perlahan-lahan. Esakan tangis Haira sudah mula kedengaran. Perkara terakhir yang dia mahu lihat dalam hidupnya adalah tangisan Haira.
 Dia tidak suka adiknya itu sedih sejak dia menemui Haira di waktu ribut dahulu. Semenjak kejadian itu,dia sudah berazam untuk menceriakan hari-hari Haira walau apa pun risikonya. Dia pernah memasuki taman larangan diraja dan mengambil bunga emas yang terdapat di dalamnya kerana Haira bersedih. Bunga itu Berjaya mengembalikan semula senyuman di bibir Haira. Alam tersenyum mengingati kembali cabaran yang dihadapinya ketika cuba memetik bunga emas itu. Dia hamper jatuh ke dalam lopak yang dipenuhi tahi binatang sewaktu dikejar pengawal. Ketika itu dia masih berumur 12 tahun. Budak itu tidak perlu bersedih lagi setelah kehilangan keluarga yang tersayang.
            Haira memeluk Alam dengan erat.  Sama seperti  sewaktu dia berumur lima tahun dahulu,dia juga mahu masa berhenti ketika ini. Dia mahu masa tidak berjalan sampai bila-bila,selama-lamanya. Malangnya,dia bukan tuhan mahupun dewa yang mampu berbuat perkara semustahil itu. Dia hanya manusia biasa yang perlu akur pada takdir. Alam menepuk-nepuk belakang Haira. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan dan menjarakkan dirinya. Dia tidak boleh lama di situ. Air matanya sudah mula memaksa-maksa untuk keluar memunculkan diri. Dia lantas mengangkat beg galasnya melangkah keluar dari kedai itu. Sebelah tangannya melambai-lambai ke arah Haira dan Darma. Dia mengukirkan senyuman perpisahan yang terakhir untuk mereka berdua.

“Heeeeeeeeeee.hiiiiiiiii..heheheeeeeeeee” suara mengilai itu kedengaran hampir sekali dengan tempatnya berdiri sekarang. Dia menarik keluar sebatang anak panah silver dan membawa busur ke hadapan.
Kaki kanannya bergerak sedikit ke hadapan. Panah yang telah berada pada busur itu ditarik dengan kuat. Matanya pantas mengesan sasaran. Objek yang melayang terbang di sebalik dahan-dahan pepohon hijau itu berjaya dikesannya. Sekelip mata panah silver itu meluncur dan menepati sasaran tatkala tarikan itu dilepaskan. Senyuman Alam terukir meraikan kejayaannya itu. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seperti udara yang sangat laju. Pada masa yang sama,Alam terpaku. Busur di tangannya jatuh ke tanah. Alam toleh ke bahu kirinya berdekatan jantung. Baju putihnya di cemari tompokan kecil cecair  berwarna merah pekat kehitaman. Perlahan-lahan tompokan itu merebak membentuk seakan-akan peta.
Waktu itu,Alam sedar nyawanya sudah sampai di penghujungnya. Ya,riwayat hidupnya akan tamat di situ. Di hutan Dalima yang penuh misteri hitam. Alam terduduk ,tangannya yang tadi memegang busur kini sedang menekan kuat bahagian luka. Peluh mula memenuhi wajahnya yang berkerut menahan kesakitan sakratulmaut. Dia sudah tidak berdaya menahan kesakitan dan jatuh terbaring di tanah. Perlahan-lahan erangannya berkurangan. Matanya terpejam. Dia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Abang!” Haira tersedar daripada lena. Dahi dan seluruh tubuhnya lencun berpeluh. Dia baru sahaja mendapat mimpi yang sangat ngeri. Kepalanya digelengkan berkali-kali tidak mempercayai apa yang dilihatnya di dalam mimpi itu.
“Tok tok tok” pintu hadapan rumah kayunya diketuk dengan kuat. “Haira!haira!buka pintu.” Suara kembar Winter kedengaran dari luar rumah. Pintu diketuk-ketuk sekali lagi. Haira bingkas bangun dari pembaringan dan mencapai kain kecil di bahagian kepala katil. Mukanya yang berpeluh itu dilap kering. Dia melangkah lemah ke pintu hadapan. Selak dan kunci pintu yang lebih daripada satu itu dibukanya dengan cepat pabila ketukan di pintu semakin deras.
Pintu akhirnya terbuka setelah kunci terakhir dirungkaikan. Micga Winter berdiri di situ dengan wajah pucat seperti baru lepas terlihat hantu. Tangan kirinya yang tergenggam erat saat mengetuk pintu rumah Hairatadi kini sedang terketar-ketar bukan sedikit malahan banyak.
“Kenapa?” suara halus Haira tajam menusuk ke gegendang telinga Winter. Dia tidak jadi pengsan. Ya,tadi dia hampir-hampir pengsan apabila mendengar khabar berita tentang Alam abang angkat Haira. Dia berlari agak jauh,dari pinggir Hutan Dalima sehinggalah ke rumah Haira. Dia tidak menungga kuda mahu pun burung besar. Hanya menggunakan kakinya sendiri untuk sampai ke situ. Bila memikirkan kembali,dia rasa seperti tulang-temulang di kakinya itu mahu tertanggal. Pasti dia tidak dapat keluar rumah seminggu kerana kakinya mogok.
“Alam..” Nafas ditarik kembali. Panjang sekali tarikannya itu. Haira memegang bahunya tatkala mendengar nama itu.
“Kenapa dengan abang Alam?” Bahu Winter sudah digoncangnya dengan kuat. Memaksanya untuk berkata-kata selanjutnya.
“Alam ,di….dia ditangkap puntianak. Saksi yang ada di situ mengatakan Alam sudah mati. Kalau dia hidup pun dia hanya makhluk yang tiada perasaan. Puntianak itu akan gembira jika dapat menukarkannya menjadi sebahagian daripada mereka” Winter tertunduk lemah. Haira tajam mendengar. Sampai sahaja bait yang terakhir,dia rebah ke tanah. Genggaman tanggannya di kolar baju Winter terlerai serta-merta.
Mata haira terpaku memandang langit yang gelap-gelita. Bibirnya terkatup rapat. Dia tidak percaya dengan semua yang dikatakan oleh kembar Winter. Semua itu palsu. Abangnya masih hidup! Tiba-tiba terpancar gambaran-gambaran di dalam mimpinya tentang Alam jatuh ke tanah. Dan juga puntianak itu.Tak,Winter benar. Apa yang aku lihat di dalam mimpi adalah benar. Aku,aku perlu lakukan sesuatu supaya aku boleh terus bersama Alam!
Haira sudah tidak menggunakan akal untuk berfikir. Kata hati yang dirasuk kuasa jahat mula merajai keputusan yang bakal dibuat olehnya. Dia bangun dan berlari-lari kecil masuk ke dalam rumah. Dia menyelongkar al-mari di bilik abangnya itu. Botol kecil berisi cecair merah pekat di ambil dan di simpan kemas di dalam saku baju putihnya. Jubah hitam berhud dicapai dan segera disarungkan ke badan. Waktu itu,imbasan tentang Alam mula di tayangkan di kotak fikirannya.
“Haira,orang kampong sudah mula berfikir. Tidak seperti dahulu. Mereka tidak lagi mengharapkan keajaiban.” Haira mengangguk dengan kata-kata itu. Semua itu benar belaka. Dia tahu, jika dahulu orang kampong menangkap ikan menggunakan bantuan makhluk halus,kini mereka sudah mula menangkap ikan menggunakan teknologi. Mereka sudah mula berfikir!
“Abang sudah berjaya mengambil sampel darah puntianak. Kajian akan dijalankan ke atas sebahagian daripada darah itu. Abang harap mimpi penduduk kampung diraja akan menjadi kenyataan. Kita semua akan imun pada virus puntianak. Malahan,abang harap kita dapat menemui senjata untuk mengalahkan puntianak yang sedia ada. Sekadar mengetahui kelemahan mereka tidak mencukupi. Betul tak?” senyuman di pinggir bibir Alam dibalas dengan tawa kecil daripada Haira.
‘Woot…wot..’ sahutan burung hantu kini semakin jelas di pendengaran Haira. Dia sudah sampai di pinggir Hutan Dalima. Dia langsung tidak sedar bila dia mula berjalan ke tempat itu. Sungguh ralit dia dengan kenangan bersama Alam. Dia toleh ke kiri dan ke kanan. Mencari sesuatu yang mencurigakan. Setelah yakin dia tidak diekori, dia menyeluk saku dan mengeluarkan botol kecil tadi. Tadi dia juga sempat mencapai sebilah belati. Belati itu tersisip kemas di pinggang kirinya. Dia menarik keluar belati itu dan meletakkannya di tanah setentang dengan tempatnya berdiri.
Botol kecil berpenutup itu direnung Haira, lama. Dia mengangguk sedikit. Tangannya laju membuka penutup botol. Belati  atas tanah di angkat dan dihayunkan laju ke dada. Mata belati yang tajam itu menusuk masuk membuatkan darah Haira keluar dengan laju. Dia sudah tekad,kini. Cecair merah dalam botol kecil itu di togoknya dengan pantas. Laju sahaja cecair itu melalui kerongkongnya. Matanya terpejam menahan kesakitan luka dari belati. Dia sudah tidak mampu berdiri lagi. Perlahan-lahan dia rebah ke tanah. Bunyi-bunyian dari hutan lama-kelamaan tidak kedengaran di telinga Haira. Ya, masanya sudah tiba. Masa untuk dia pergi dan kembali  bersama Alam. Selama-lamanya bersama Alam. Dunianya kini bakal terhenti. Tidak untuk tua mahupun sakit. Dia akan terus muda dan sihat. Tidurnya ini Cuma sebentar. Mimpi indah bakal menghiasi hidupnya pabila dia terjaga. Harapan dia akan menjadi kenyataan. Harapan seorang insan yang menagih sebuah kasih sayang…..


~TAMAT~


















Minggu, 03 Februari 2013

Kembar dan dunia sihir BAB6

Melysa sedang berjoging petang itu. ketika melalui kawasan tasik dia terdengar satu bunyi. Dia berhenti berdekatan sebuah tong sampah kitar semula.Matanya memicing pada satu kawasan berhadapan dengan tasik.Peluh di dahi dikesatnya dengan tuala yang sedia ada di bahu. Sebelum keluar rumah dia sempat mencapai tuala kecil bersih di atas meja belajar kakaknya. Dia tersengih memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya kakaknya menyedari akan kehilangan tuala berwarna merah jambu itu.Pasti bergegar rumah dua tingkat itu.
'Thump!' bunyi itu kedengaran lagi. Melysa berjalan ke arah bunyi tersebut. Dia melihat seorang remaja lelaki sedang menumbuk sebatang pokok. 'Gila ke?' Melysa mengangkat kening apabila remaja itu berdiri kaku tanpa bergerak. Dia cuba melihat wajah remaja tersebut tapi tidak berjaya. Rambut remaja yang kusut masai itu menghalang wajahnya daripada pandangan Melysa.Melysa mengeluh hampa.
Tiba-iba senyuman terukir di bibir kecil Melysa. Dia sudah mendapat satu idea yang bernas tetapi berisiko. 'Ah apa aku peduli.Janji aku dapat tengok muka budak gila ni' Dia meregangkan kedua-dua tangannya. Senyumannya tadi mati dan berubah dengan wajah yang cemas tahap tapir.
"Tolong!Tolong saya!"Melysa memekik dengan kuat. Sungguh hebat lakonannya.Mukanya betul-betul menggambarkan kecemasan.
Lutfi Zafrill yang berdiri menghadap pokok terkejut.Dia memalingkan wajah ke arah suara meminta tolong yang nyaring kedengaran. Dia melihat seorang budak perempuan sedang menjerit dengan kuat sambil tangannya tergawang-gawang ke udara tanpa arah.Mukanya benar-benar cemas seperti baru diragut. Lutfi Zafrill membuka langkah dan berlari menuju ke tempat Budak perempuan tersebut.
Dia termengah-mengah sedikit apabila tiba di hadapan budak itu. Budak itu tiba-tiba berhenti menjerit dan memandangnya dengan penuh minat.Habis seluruh wajahnya ditenung oleh budak itu.
"What's going on here?saya..saya tak faham.Kenapa awak jerit tadi?" Pertanyaan Lutfi Zafrill disambut oleh tawa kecil budak tersebut. Melysa tersenyum kerana misinya telah berjaya. 'Comel juga budak ni.Boleh buat stok pakwe.Hehe'
Lutfi Zafrill mengangkat kedua-dua belah keningnya. Matanya memandang Melysa dengan rasa ingin tahu. Perasaan itu makin menebal apabila Melysa tidak memberikan apa-apa penjelasan. Dia mengulangi semula soalan yang sama dengan harapan Melysa akan menjawab soalan tersebut.
"Kenapa..Awak tahu maksud saya,menjerit,muka cemas dan pergerakan kelam-kabut"Lutfi Zafrill memberikan gambaran maksud pertanyaannya.

"Sebab wajah"Ringkas sahaja jawapan Melysa.Lutfi Zafrill semakin tidak faham dengan apa yang telah berlaku tadi.Dia baru sahaja membuka mulut tetapi dipintas oleh Melysa.
"Semoga berjumpa lagi,Budak Mella" Melysa berlari meninggalkan Lutfi Zafrill selepas selesai menuturkan kata-kata itu. 'What?' Lutfi Zafrill terpana.Belum sempat dia mahu mengejar Melysa,susuk tubuh Melysa sudah hilang daripada pandangan.

Kembar dan dunia sihir BAB5


Tiba-tiba terdengar derapan tapak kaki dari luar bilik. Bunyi tapak kaki itu diakhiri dengan suara Lutfi Zakiel yang separuh terkejut.Lutfi Zakiel memandang satu-satunya manusia yang ada di dalam bilik tersebut. Tangannya membentuk genggaman.Dia mengetap gigi menahan amarah. 'Ini sudah melampau!Cukup melampau!' Muka Lutfi Zakiel sudah merah seperti udang kena bakar.Dia membuka mulut dan mula menghamburkan kata-kata kurang sopan kepada adiknya yang masih berdiri kaku.
"Apa yang telah kau lakukan hah?Kau ni memang budak manja yang tidak tahu berkelakuan baik. Kau suka menyakitkan hati aku,Lutfi Zafrill!" Lutfi Zafrill tersentak mendengar kata-kata abangnya. Dia tidak gemar dipanggil budak manja dan Abangnya tahu mengenai perkara tersebut.
"Zafrill tak buat semua ni.Zafrill tak tahu apa-apa pun pasal benda ni."Lutfi Zafrill kini berhadapan dengan abangnya. "Kenapa along langsung tak dengar apa yang Zafrill bagi tahu?Zafrill tak tipu tapi along tetap kata Zafrill menipu."Lutfi zafrill menggeleng kepala dengan rasa tidak percaya.
Lutfi Zafriel mempamirkan senyuman mengejek. "Oh,iya?Kau fikir semua orang akan percaya apa yang kau cakap sebab ko budak baik?begitu?Kau dengar sini,aku tak kisah kalau kau nak perhatian orang dengan cara menipu.Tapi,barang-barang aku.kau tahu tak,aku paling tak suka orang sentuh barang-barang aku!"Suara Lutfi Zakiel makin lama makin meninggi.
"Well,do you want to noe something!sekarang ni Zafrill rasa tak ada gunanya Zafrill bercakap.Sebab Along tak kan percaya.Dan along tak pernah cuba percaya.Mungkin separuh yang along cakap tu betul.Zafrill budak manja yang nak perhatian lebih.Atau lebih teruk lagi,budak manja ni dah gila sebab dia berhalusinasi sesuatu yang karut.Pasal bilik ni pula,terpulang la along nak percaya atau tidak.Zafrill tak tahu langsung pasal bilik jadi macam ni."Lutfi Zafrill menarik nafas panjang. Dia sendiri tidak percaya dia baru sahaja menjerit dan menghamburkan kata-kata tanpa berhenti. Tidak untuk menarik satu nafas pun.
Lutfi Zakiel seperti kehilangan kata-kata. Tapi dia masih lagi marah dengan adiknya. Dia baru mahu membuka mulut namun adiknya lebih pantas memintas.
"Zafrill tak mahu bercakap dengan along lagi.Zafrill tak nak dengar apa-apa yang along cuba katakan.Sebab semua tu sampah!" Lutfi Zafrill berlari keluar dari bilik dengan langkah yang pantas.Dia mahu keluar dari rumah itu. Dia perlukan masa untuk bersendirian.Kolam air mata terbentuk tatkala dia tiba di kawasan yang sering menjadi kunjungannya apabila dia sedang mnghadapi masalah.
Lutfi Zafrill merenung Tasik kecil di hadapannya. dia sedang memikirkan kejadian yang berlaku terhadapnya.Dalam banyak-banyak hari, kenapa hari ni?Tepat jam 12 malam ini kedua-dua kembar akan meningkat umur.ya,malam ini umur mereka akan genap 17 tahun.Lutfi Zafrill tak percaya kenapa semua harus terjadi pada hari tersebut.Tak boleh ke masalah hadir pada hari lain?
Dia bangun dari bangku yang sedang didudukinya. Pokok matang berkayu keras di tepi bangku itu dipandang dengan garang.Dia menghayunkan penumbuk ke arah pokok tersebut.Bunyi sesuatu yang keras berlaga terhasil apabila penumbuknya menyentuh permukaan luar batang pokok pada kelajuan maksimum

Kembar dan Dunia sihir BAB4


~^_^~

"Along, gambar tu bergeraklah!"
"huh?"
"Betul,tak percaya cuba tengok.Eh,kenapa tak bergerak ni?Tadi lukisan dalam kanvas ni bergerak."
"Angah ingat lagi apa ibu cakap?Tak baik main-mainkan orang lain.Along tak sangka angah buat macam ni"
'Tadi aku tengok lukisan ni bergerak. muka orang dalam lukisan ni berubah-ubah.Betul!Tak kan aku berhalusinasi'
"Sudahlah. Malas along nak layan angah.Buat sakit hati je"
Badan Lutfi Zafrill sedikit terangkat. 'Apa?Along tak nak layan aku?Buat sakit hati dia?Aku jujur.Aku tak tipu.Aku nampak dengan mata aku sendiri.Aku tak rabun atau buta lagi kot.Kenapa susah sangat Along nak percaya cakap aku?well,that would be a little hard even for anyone to believe. lukisan bernyawa?Lukisanbergerak?satu markah untuk Lutfi Zafrill!'
perbualan tersebut berlaku satu jam yang lalu.Hampir sejurus mereka pulang dari membeli buku dan tepung kastard.Namun Lutfi Zafrill masih lagi termenung mengenai perkara tersebut.Kali terakhir dia termenung seperti itu adalah selepas pergaduhannya dengan kembar tak sehati sejiwanya 3 bulan yang lalu.
Jelas sekali dia tidak suka bergaduh dengan Abangnya.Dia lebih rela dipulaukan oleh orang Israel daripada perlu bermasam muka dengan Lutfi Zakiel.Tapi dia agak kecewa kerana abangnya tidak mempercayai kata-katanya langsung.Malah menuduhnya menipu,bukan secara literal.Abangnya memang tidak mengatakan terus dengan kata-kata tetapi Lutfi Zafrill tahu apa yang sedang bermain di fikiran abangnya ketika dia memberitahu akan hal lukisan itu.
"Ugh!" Rambutnya menjadi kusut disebabkan oleh tangannya sendiri. dia meniup-niup rambut di dahinya yang terjuntai akibat daripada gosokan tangannya tadi.
Lutfi Zafrill bangun dan berjalan dengan lemah ke arah biliknya. Bilik itu dikongsi bersama Lutfi Zakiel. Mereka berkongsi bilik sejak kecil lagi.Ibu Bapa mereka yang mencadangkan supaya mereka berkongsi bilik kerana mereka kembar.Tentu sukar sekiranya mereka terpaksa berjauhan apabila mereka sudah terbiasa bersama.
Lutfi Zafrill menaiki anak tangga satu-persatu.Matanya terlihat malap dan tidak bercahaya seperti selalu. Kini dia sudah tiba di hadapan pintu bilik. Tangannya teragak-agak sama ada mahu membuka pintu bilik atau tidak. Dia tidak pasti kembarnya ada di dalam bilik atau tidak. Walaupun dia rindu untuk berdekatan dengan abangnya itu,namun dia masih was-was. Dia tidak mahu melihat abangnya dalam keadaan marah dan juga kecewa.Walaupun dia tahu dia tidak bersalah.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan niat utamanya ke situ, setelah 5 minit dia berdiri di hadapan pintu . Dia mengerling sekilas papan notis yang direka sendiri oleh mereka setahun yang lalu.
Papan tanda itu diletakkan mereka untuk memberitahu orang di dalam rumah mereka sudah dewasa dan mereka bukan kanak-kanak lagi. mereka meletakkan perkataan english campur melayu iaitu 'Ketuk dulu sebelum masuk dan this is our zone.Please do not invade ours'. Terdapat gambar Bola berwarna hijau di bahagian kanan papan notis dan gambar gitar berwarna Hitam pekat di bahagian kiri papan notis.
Lutfi Zafrill menghela nafas yang agak panjang dan mula membuka pintu bilik. Dia menjenguk ke dalam bilik. Tiada kelibat Lutfi Zakiel.Tetapi sesuatu telah berlaku terhadap bilik  tersebut. sesuatu yang sangat dasyat. Dia kaku apabila melihat bahagian bilik milik abangnya. Bahagian tersebut kelihatan seperti telah dimasuki perompak . semua barang berterabur tanpa kedudukan yang tetap.

Jumat, 01 Februari 2013

Kembar dan dunia sihir BAB3

Lutfi Zafrill berjalan beriringan dengan dengan abangnya. Mereka menuju ke kawasan tempat letak kenderaan. disitu mereka mula membuka kunci basikal dan mula mengayuh ke arah jalan besar. destinasi mereka ketika itu adalah kedai buku Mela-mela.

Kedai buku Mela-mela terletak berhampiran dengan stesen bas bandar. ianya tidak lah begitu terlindung dan mudah dijumpai. pengunjung yang berkunjung ke kedai itu agak ramai . ada di antaranya adalah penumpang bas yang ingin menghilangkan kebosanan daripada menunggu bas. mereka akan berlegar-legar di dalam kedai dengan melihat buku-buku yang dijual sementara menunggu bas mereka tiba. sekiranya berkemampuan,mereka akan membeli buku-buku yang menarik perhatian mereka.

'sretttt....' bunyi tayar basikal menjerit apabila kedua-dua kembar menekan brek. Basikal mereka berhenti sejurus bunyi tersebut. Mereka menongkat basikal dan menghayunkan langkah ke pintu masuk kedai buku Mela-mela.

Penjaga kaunter kedai itu melemparkan senyuman mesra ke arah mereka. mereka mengangguk sedikit dan meneruskan langkah ke bahagian remaja. Di situ terdapat banyak buku,majalah,komik dan bahan bacaan yang berkaitan remaja.

Lutfi Zafrill membelek-belek buku yang ada di bahagian tersebut manakala abangnya berpeluk tubuh menantinya. Sesekali Lutfi Zakiel melemparkan pandangan ke arah gadis di kaunter pembayaran. Gadis itu sedang melayan seorang pelanggan lelaki. pada mulanya situasi di kaunter pembayaran adalah seperti biasa sehingga lah sesuatu di luar jangkaan berlaku.

Pelanggan lelaki yang ingin membuat pembayaran tiba-tiba merentap tangan gadis penjaga kaunter dengan kasar. Gadis itu terjerit kecil kerana terkejut. Dia merenung tajam ke arah lelaki di hadapannya. Lelaki itu tersengih-sengih seperti kera mendapat penyapu.

"Maafkan saya?" Gadis berambut panjang itu bertanya dengan nada amaran. Dia menjatuhkan pandangan ke tangannya yang masih dipegang pelanggan yang kurang ajar itu. Lelaki itu itu mengeluarkan wang dengan sebelah tangan dan meletakkannya di atas meja kaunter.

"Untuk satu malam." suara garau lelaki itu menyapa telinga si gadis. Mendengar sahaja tiga patah perkataan itu membuatkan badan gadis tersebut menggeletar. dia memandang tiga keping not 100 ringgit malaysia dengan pandangan tidak percaya. baru sahaja dia ingin mengangkat tangan untuk menampar muka lelaki biadap di hadapannya tiba-tiba satu suara mematikan niatnya.

"Ada apa-apa masalah di sini?" Lufti Zakiel sudah berdiri di sebelah pelanggan lelaki itu. mukanya tampak tenang. Dia menghalakan pandangan ke arah tangan lelaki yang sedang memegang tangan gadis itu tanpa kebenaran.

"Bukan urusan kau." Lelaki itu menjawab dengan nada ancaman.
"Tolong lepaskan tangan dia. Dan aku rasa kau perlu fikir dulu sebelum lakukan apa yang sedang kau lakukan ini."
"Kau siapa nak arah-arah aku?Budak hingusan.Umur baru setahun jagung nak tunjuk handal.huh!" Nada lelaki itu seakan-akan mengejek .
"Terima kasih untuk pujian itu. sekarang,lepaskan tangan dia dan minta maaf pada dia" Senyuman sinis terukir di muka Lutfi Zakiel. Biasanya itu tanda yang menunjukkan dia sudah mula berasa menyampah dan bosan.

     Lelaki itu melepaskan tangan gadis penjaga kaunter dan tersenyum sebentar sebelum dia mula menghayunkan penumbuk ke arah muka Lutfi Zakiel.
"Budak ni!!" Tangan lelaki itu di sambar sebelum sempat sampai ke destinasinya iaitu tepat ke tulang pipi remaja yang berkulit cerah itu.
   
Selang beberapa saat satu jeritan kedengaran. Lelaki itu kini sedang berurusan dengan perutnya yang senak akibat mendapat tumbukan sauk yang padu daripada Lutfi Zakiel. Mukanya berkerut menahan rasa sakit. Belum sempat dia membalas serangan itu, Pandangannya mula berpinar-pinar. Rupa-rupanya gadis penjaga kaunter telah mengetuk, oh lebih kepada menghempas pasu kaca yang agak kukuh di belakang tengkuk lelaki itu. Lama-kelamaan lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri.

    '999' Lutfi Zakiel mengeluarkan telefon bimbit berwarna hitam dengan jalur hijau di tepi dan mula mendail nombor kecemasan.

     Suasana di dalam kedai ketika itu tidak kecoh disebabkan kejadian tersebut kerana tidak ramai pelanggan di waktu itu. Mungkin itu juga penyebab betapa beraninya lelaki tersebut melakukan gangguan terhadap gadis comel penjaga kaunter. Ya, setidaknya itu lah yang difikirkan oleh Lutfi Zakiel, budak dingin berhati mulia.

Jumat, 21 Desember 2012

Kembar dan dunia sihir BAB2

“Jom lukis!” Lutfi Zafrill berteriak dengan penuh semangat. Tangannya kedua-dua ditolak ke langit. Rakan-rakan yang lain ketawa melihat gelagatnya yang terlebih ceria. Mereka masing-masing segera mengambil posisi untuk mula melukis.
Kawasan lapang di luar kelas menjadi pilihan guru mereka. Cikgu Khai telah mengarahkan pelajar lelaki menyusun kerusi di kawasan tersebut. Lutfi Zakiel hanya mengangkat kerusinya sahaja tanpa mempedulikan kerusi pelajar lain. Sikapnya seakan-akan mementingkan diri sendiri. Mujurlah rakan-rakan sekelas yang lain tidak ambil pusing akan hal tersebut. Adik kembarnya pula begitu bersemangat dengan mengangkat hampir kesemua kerusi pelajar perempuan.
“Arigato gozaimasu! Zafrill,kau memang baik lah.” Ucapan terima kasih disusuli pujian terdengar di telinga Lutfi Zafrill. Dia tersenyum tiap kali menerima kata-kata seperti itu. Pelajar perempuan memang suka mengangkatnya dengan kata-kata. Dia mengangkat tangan kanan dengan senyuman terukir di bibir. No hal lah,hal kecil je,kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan minta tolong dari aku. Ini adalah antara maksud isyarat tangan tersebut. Semua orang sudah sedia maklum.

Sesi melukis dimulakan. Kerusi Lutfi Zakiel dan Lutfi Zafrill adalah berhampiran. Walaupun perwatakan mereka berbeza ibarat langit dengan bumi,namun mereka berdua tidak boleh dipisahkan. kalau bergaduh pun mereka akan berdamai semula tak sampai 24 jam. ikatan persaudaraan mereka begitu kuat dan teguh.
Lutfi Zakiel mula melakar di atas kanvas lukisan. Wajahnya tampak tenang dan aman. Lakaran menunjukkan imej manusia atau lebih tepat lagi seorang lelaki dengan sayap di kedua-dua belakang bahunya. Baju yang dipakai persis baju pahlawan purba. Lakaran Lutfi Zakiel siap dan dia mula mewarna kanvas itu dengan rona gelap. warna hitam dan merah hati menjadi pilihannya. latar belakang begitu sarat dengan pemandangan alam yang kelam kabut dan penuh keributan. sesuatu yang sangat contra dengan ekspresi yang sedang ditunjukkan oleh wajah Lutfi Zafril.
satu jam setengah berlalu. lukisan Lutfi Zakiel sudah hampir siap. Lukisannya itu akan sepenuhnya siap setelah dia menurunkan tandatangan di bahagian bawah sisi kanvas. Lukisan Lutfi zakiel tampak 'real'  dan bernyawa.
"sesiapa yang sudah selesai melukis sila angkat kerusi sendiri dan bawa ke kelas semula.kita ada satu jam lebih lagi sebelumkelas tamat. lukisan yang telah siap boleh lah dikeringkan dekat balkoni biru." Arahan Cikgu Khairul jelas menusuk ke telinga pelajar-pelajar yang tekun melukis.
"Lutfi,awak rasa lukisan saya ni cantik tak?" Elm bertanya dengan nada ceria. Badannya bergerak-gerak seperti budak tadika. Elm memang terkenal dengan sikapnya yang kebudak-budakan.
Lutfi Zakiel memberi pandangan menyampah.'Huh!budak perempuan' Cemuhnya di dalam hati. Dia mengemas barang-barang dan alatan melukis tanpa menunjukkan minta dengan lukisan Elm.
"Eh..cantiknya lukisan awak!" Balas Lutfi Zafrill sedikit terjerit. Dia mula mendekati abangnya dan Elm. 'Hmmp,along memang tak boleh harap. orang tanya dia boleh buat pekak je' Bebel Lutfi Zafrill.
"Betulkah?" Lutfi Zafrill mengangguk. "Terima Kasih Zafrill" Elm melompat riang. Lutfi Zafrill membalas dengan senyuman. Lukisan bunga sakura Elm dilihat sekilas oleh Lutfi Zakiel sebelum dia melangkah pergi dengan kerusi serta alat lukisan. Langkahnya diikuti adiknya selepas beberapa saat. Bezanya, Lutfi Zafrill sedang membawa dua buah kerusi dan alatan melukis dengan mengantungkan alatan tersebut pada bahu kiri dan kanannya.
Semua pelajar telah siap mengemas dan sudah mahu pulang. Ketua kelas bangun dan memberi ucapan selamat diikuti rakan-rakan sekelas.
"Kiriz!Arigato Gozaimasu sensei!" Lantang sekali suara ketua kelas.

kembar dan dunia sihir BAB1



                ‘kritz..kritz..’ Bunyi kertas apabila daya geseran dihasilkan oleh gerakan pensel diatasnya. Lutfi Zakiel tekun melakar dan menconteng. Adiknya Lutfi Zahrill pula sedang rancak menyanyi kecil. Dia mengetuk-ngetuk pensel di tangan dengan mata terpejam . Lagu astronaut nyanyian simple plan merupakan salah satu lagu kegemarannya.
                Pelajar-pelajar lain di dalam kelas sibuk melakukan kerja masing-masing. Ada juga yang berbual-bual kosong. Guru seni mereka masih belum hadir. Jam sudah menunjukkan tepat jam 8.30 pagi. kelas tuisyen tersebut seharusnya bermula pada jam 8.00 pagi. waktu standard bagi kelas tambahan di sekolah mereka bermula. Guru seni mereka telah menghantar pesanan  melalui khidmat pesanan ringkas (sms) berkenaan kelewatannya. Dia perlu mengambil adik perempuannya yang baru memulakan cuti semester di stesan bas translyvia.
                “Along, balik tuisyen nanti kita singgah kedai buku dulu ye.” Lutfi Zahrill menoleh ke arah abang kembarnya. Muka Lutfi Zakiel hanya separuh terlihat kerana sebahagiannya ditutupi rambut. Rambut Lutfi Zakiel panjang hingga ke bahu.dia tidak gemar menyikat rambut hadapannya. Dia akan membiarkan rambutnya jatuh menutupi muka. Walaupun begitu, dia tetap kelihatan kemas dan tidak selekeh seperti pengemis.
                “Hmm..Angah dah bagi tahu ibu? Tak baik melencong tanpa keizinan ibu. Nanti ibu sedih.” Lutfi Zakiel berkata dengan nada prihatin. Dia menolak kertas lukisan ke hadapan dan menyandarkan badannya di kerusi . Lencana kelab  seni  jelas kelihatan apabila dia duduk dengan postur tersebut. Cahaya matahari memancar dan terpantul dari lencana menghasilkan ilusi lencana bersinar bagai mengeluarkan cahaya.
                “Angah dah text ibu tadi. Ibu suruh beli tepung kastard untuk buat puff krim. Along tahu tak rupa tepung kastard tu ?” Lutfi Zahrill  merenung abangnya dengan ekspresi ingin tahu.
                “……………..” tiada jawapan di terima dari Lutfi Zakiel. Dia memang seorang yang kurang bercakap berbeza dengan kembarnya yang suka bercakap bagaikan bertih jagung. Lutfi Zahrill mencebik dan mengalihkan pandangan ke hadapan kelas. Abangnya memang tidak seronok dan sangat membosankan.
                Kebanyakan orang sangat mencemburui mereka. Mereka beranggapan bahawa mempunyai kembar merupakan sesuatu yang sangat ‘cool’  dan seronok. Tetapi tidak bagi Lutfi Zahrill, kembarnya seorang yang kurang bercakap manakala dia pula suka bercakap. Perbezaan ini sangat ketara sehingga dia sendiri  bosan apabila berbual dengan Lutfi ZAkiel.
                “Bangun….Ohayou sensei!” ketua kelas memberi ucapan selamat pagi di dalam bahasa jepun diikuti oleh pelajar-pelajar lain. Guru seni baru sahaja tiba. Dia menggalas beg silinder yang berisi kanvas lukisan di bahunya.
                “Pelajar-pelajar,hari ini seperti yang cikgu janjikan kita akan melakukan aktiviti di luar kelas. Tema kita bagi minggu ini adalah Jepun.Seperti yang kamu semua tahu, pengetua sekolah telah melancarkan satu kempen sempena Negara jepun yang telah di landa musibah.” Cikgu Khairill berhenti sejenak. Matanya meliar memandang pelajarnya Satu persatu. Seorang pelajar kurang memberi perhatian. Mukanya tertunduk kebawah dan tangannya bergerak-gerakmelukis di atas kertas.
                Cikgu Khairill melangkah perlahan ke arah pelajar terbabit. Pelajar lain mengikuti langkah cikgu Khairill dengan pandangan aneh. Apa yang ingin dilakukan cikguKhai? CikguKhai adalah panggilan mesra bagi pelajar-pelajar di sekolah tersebut.
                “Awak, apa yang sedang awak lakukan? Bukankah cikgu Khairill sedang bercakap di hadapan?”
                Pelajar-pelajar lain berbisiksesama sendiri.
“Bukankah dia pelajar baruitu?”Soal Sean kepada Haidir.Haidirmenganggukkankepala.Budak baru itu memang agak pendiam. Dia berpindah ke sekolah tersebut sejak seminggu yang lalu namun masih tidak mempunyai seorang kawan.Dia jugat idak bercakap dengan sesiapa pun walaupun dengan rakan sekelasnya.
“Cikgu Khairill hanya bercakap sesuatu yang telah saya tahu.Saya tidak fikir saya perlu mendengar itu semua.”Suara Pelajar baru itu kedengaran jelas di dalam kelas. Semua pelajar memandang dengan perasaan tidak percaya.Dia masih tuduk, tidak mengangkat kepala dan tidak melihat siapa yang sedang bercakap dengannya.
Cikgu Khairill menarik kertas yang telah dilukis pelajar tersebut.
“Herm, menarik! Pandai awak lukis. Bukankah lebih baik kalau awak berikan perhatian terhadap guru di hadapan dan melukis apabila disuruh ?Dan bercakap tanpa melihat teman bual adalah sesuatu   yang  tidak baik.” Pelajar baru mengangkat kepala dan merenung Cikgu Khairill. Mukanya berubah mendadak apabila melihat gerangan yang telah bercakap dengannya.
Dia bangun dan segera memintamaaf daripada guru di hadapannya.
“Maafkan saya cikgu. Saya tak bermaksud..” kata-kata maaf pelajar tersebut terhenti apabila dipintas oleh Lutfi Zakiel.
“Terlajak perahu boleh diundur. Kalau dengan hanya ucapan maaf semua boleh diperbetulkan mudahlah kehidupan semua penjahat di muka bumi ini. Bukankah begitu Cikgu?” Cikgu Khairill mengangkat kening .Lutfi Zakiel seorang yang kurang bercakap manakala kata-katanya yang keluar pula ibarat belati yang menikam hati mangsanya.
Pelajar baru itu makin tertunduk. Matanya merenung kasut sneakernya yang berwarna hitam dominan dan merah darah. Dia fikir salah seorang rakan kelasnya  yang bercakap sebentar tadi. Dia tidak menyangka Cikgu Khairill yang menegurnya.Apa boleh buat, Nasi sudah menjadi bubur. Dia melepaskankeluhanberat.
“Kali ini saya lepaskan awak.Lain kali tolong berikan perhatian pada setiap kata-kata saya.Em,walaupun perkara tersebut sudah maklum bagi semua  orang.” Cikgu Khairil mengenyitkan matanya dan disambut oleh tawarakan rakan kelas. Pelajar baru tersebut mengangguk dan memberikan senyuman nipis tanda terima kasih kerana telah memaafkannya. Cikgu Khairill kembali ke hadapan kelas dengan senyuman. Bukan satu isu yang perlu dibahaskan. Fikir Cikgu Khairill. Dia menyambung kata-katanya yang terbengkalai dan kali ini semua pelajar memberi perhatian termasuklah pelajar baru tersebut. Lutfi Zakiel tersenyum sinis melihat pelajar baru tadi.